Bukan Menggentarkan Musuh, Malah Menggembirakan Mereka

KD Tunku Abdul Rahman hanya kerosakan teknikal

KUALA LUMPUR
: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, akan melakukan Ujian Perairan Tropika pada 18 Februari ini dan dijangka beroperasi semula selepas mengalami kerosakan teknikal 17 Januari lalu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata kapal terbabit hanya mengalami kerosakan teknikal dan tekanan tinggi di bahagian sistem tangki berkenaan.

Berikutan itu, beliau menafikan laporan sebuah akhbar Inggeris mendakwa kapal selam berkenaan mengalami kerosakan besar sejak tiga bulan lalu sehingga gagal menyelam. Masalah ini dikesan 17 Januari lalu ketika melakukan pemeriksaan penyelenggaraan di Pusat Penyelenggaraan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

Kita memandang serius dan 18 Februari ini akan dilakukan Ujian Perairan Tropika bagi memastikan tiada masalah timbul selepas ini, katanya selepas majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Anggota Baru Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian 12/02/2010

Bukan menggentarkan musuh, malah menggembirakan mereka

Kerap kita mendengar kehebatan tentera negara luar dengan kecanggihan persenjataan mereka. Jarang sekali negara-negara ini mendedahkan kelemahan dan kekurangan dalam aspek pertahanan negara mereka. Lain pula halnya dengan negara kita yang memegang pendekatan 1 Malaysia ini. Hakikatnya, Malaysia tidak pernah lokek dalam mewarwarkan kelemahan persenjataan yang sepatutnya di kira rahsia negara, atas nama ketelusan. Nuri telah beberapa kali terhempas, kapal TLDM pernah terbakar dan seterusnya enjin pesawat pejuang telah hilang.  Kini,  kapal selam yang pembeliannya penuh dengan kontroversi telah menampakkan kelemahannya.

Sebagai Negara yang diwarwarkan Negara Islam yang termaju, terbaik dan termakmur, hakikatnya, Malaysia tidak pernah mengukirkan apa-apa ‘budi’ dalam menegakkan jihad fi sabilillah menentang pihak kuffar yang terus menerus membunuh kaum Muslimin.  Amat menyedihkan, segala peralatan perang kita tidak digunakan untuk mendapat keredhaan Allah. Lebih menyedihkan, apa yang lebih menyerlah adalah skandal dan kelemahan, bukannya kekuatan yang menakutkan musuh!! 

Ini sungguh berbeza dengan sejarah yang menggambarkan secara utuh selama 1300 tahun , umat Islam dilindungi dengan kekuatan tentera yang memiliki persenjataan yang canggih untuk zaman tersebut dengan para mujahid yang cintakan kematian dan syahid. Ini jauh berbeza dengan keadaan kita hari ini. Kita mewawarkan kelemahan demi kelemahan – amat memalukan sekali.  Tidak bimbangkah kita dengan sistem pertahanan kita yang lemah ini? Yang pasti, kita tidak akan mampu melindungi diri dalam keadaan seperti ini. Apakah kita tidak peka dengan perintah Allah di bawah?

“Dan persiapkanlah diri untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang kamu tambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggentarkan musuh Allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahui mereka. Apa-apa yang kamu belanjakan dijalan Allah nescaya disempurnakan Allah balasannya kepada kamu sedangkan kamu tidak dizalimi”
. [TMQ al-Anfaal(8):60]

Wahai Panglima Tentera Malaysia!! Kamu adalah ketua tentera yang seharusnya memimpin para tentera seperti Khalid al-Walid untuk ke medan perang, berjuang mengembangkan Deen Allah dengan kekuatanmu, bukannya hanya duduk di kerusi empuk dengan senyuman tanda bangga atas lemahnya sistem pertahanan kita!

Bergeraklah, kuatkanlah kekuatan perangmu agar musuh menjadi gentar. Berikanlah nusrah (pertolongan) kepada agama Allah agar tertegak kembali Khilafah ala minhaj nubuwwah ,yang akan memerintahkan agar kesemua sistem pertahanan seluruh negeri-negeri kaum Muslimin saat ini bergabung dan menggentarkan dunia!!!

‘Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [TMQ 24:55]