Bumbung Masjid Menyembah Bumi Tanpa Adanya Gegaran
CHUKAI: Penduduk Kampung Batu Putih, Kerteh di sini, gempar apabila sebahagian besar bumbung masjid kampung berkenaan yang tidak sampai setahun digunakan runtuh dan ranap dalam beberapa saat, kira-kira jam 9 pagi semalam.
Katanya, dia tergamam sebaik melihat bumbung masjid yang boleh menampung lebih 500 jemaah terletak di depan kedainya itu runtuh dan ranap sekelip mata, manakala tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaik pulih masjid menjerit dan terjatuh bersama runtuhan atap genting dan struktur keluli.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang daripada pekerja berkenaan cedera parah lalu meminta bantuan beberapa orang awam untuk membawa mereka ke Klinik Kesihatan Kerteh. Bagaimanapun, dua lagi pekerja berkenaan hanya cedera ringan,” katanya ketika ditemui. Kejadian bumbung masjid runtuh itu adalah yang kedua seumpamanya selepas sebahagian besar bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh pada 2 Jun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Putih, Aziz Idris, 54, berkata bumbung masjid terbabit dikesan mengalami kebocoran sejak tiga bulan lalu dan laporan sudah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya negeri.
“Susulan aduan itu, beberapa pekerja Indonesia dihantar untuk menjalankan kerja pembaikan dan penggantian bumbung baru oleh kontraktor yang bertanggungjawab ini dan tidak menyangka kejadian seumpama ini boleh berlaku hari ini (semalam).
“Sebelum ini pengurusan masjid ada menerima beberapa aduan daripada jemaah yang mengatakan struktur bumbung itu tidak selamat dan mengesan beberapa keretakan pada bahagian bumbung serta siling masjid,” katanya. Jurutera Daerah Kemaman, Rosli Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi membabitkan sebahagian besar bumbung di bahagian depan masjid itu.
“Kita akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar dan mengambil tindakan susulan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang,” katanya.
Sumber: Berita Harian 03/10/09
Tak Perlu Ada Gegaran Gempa Pun Bumbung Masjid Menyembah Bumi
Apa dah jadi dengan projek-projek di Terengganu sejak akhir-akhir ini? Masjid yang bernilai RM2.1 juta yang baru berusia kira-kira setahun jagung turut menyembah bumi mengikuti jejak langkah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak yang roboh pada 2 Jun yang lalu. Apakah andaian dan kesimpulan awal yang kita boleh perkatakan berkenaa dengan kejadian ini? Sejak kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin senyap dan sejuk buat seketika, kini keadaan kembali hangat dan panas dengan kejadian di masjid Kampung Batu Putih, Kerteh ini. Mengapa kejadian ini berlaku? Persoalan yang akan terus bermain di bibir rakyat adalah samada kejadian-kejadian ini merupakan indikasi kekorupan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Apa yang jelas, apabila sesebuah pemerintahan itu penuh rasuah dan kezaliman, maka sudah pasti rakyat yang akan menerima kesannya. Korupsi dan penyelewangan adalah perkara yang lumrah dalam dunia politik Kapitalisme. Dengan aqidah sekularisme dan manfaat sebagai asas perbuatan, tidak hairanlah sekiranya para politikus kapitalis banyak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan Allah. Wahai umat Islam! Lihatlah betapa rosaknya dunia politik Kapitalisme. Kamu pasti akan merasa tempias keburukannya. Hanya Islamlah satu-satunya jalan keluar dari kemelut ini.