Canberra hadapi saman ganti rugi

Pribumi Australia ambil tindakan undang-undang berhubung isu ‘generasi hilang’

CANBERRA: Wakil masyarakat pribumi Australia semalam mengesahkan rancangan melancarkan usaha mengemukakan tuntutan saman ganti rugi selepas kerajaan membuat permohonan maaf secara rasmi awal
minggu ini kerana kesalahan dan penderaan lampau ke atas kumpulan penduduk berkenaan.

Perdana Menteri, Kevin Rudd, sudah menolak sebarang pembentukan dana bagi mangsa dasar kejam itu yang berlaku pada 1910 hingga 1970-an.

Rudd mendapat pujian ramai kerana mengetuai kerajaan mengucapkan permohonan maaf itu tetapi pada masa sama turut dikecam kerana enggan membayar pampasan kepada mangsa.

Pakar perundangan berkata, permohonan maaf itu tidak mengukuhkan peluang mengelak kes tuntutan ganti rugi dimenangi di mahkamah.

Kes itu yang mana butirannya tidak didedahkan kerana belum difailkan, adalah yang pertama sejak Parlimen membuat permohonan maaf rasmi, dua hari lalu.

Kenyataan itu sebagai reaksi di atas tindakan kerajaan lalu merampas berpuluh-puluh ribu anak pribumi daripada ibu bapa dan diletakkan di rumah kebajikan dan keluarga angkat.

Aktivis dan peguam, Jack Rush yang mewakili beberapa kumpulan pribumi yang menggelar diri sebagai ‘Generasi Hilang’ semalam berkata, sekurang-kurangnya 40 tuntutan pampasan sudah disediakan di Victoria saja.

Rush berkata, beliau mewakili seorang pribumi, Neville Austin, tetapi enggan membincangkan kes itu secara spesifik. Austin pula enggan mengulas.

Beberapa kes sudah difailkan sebelum ini tetapi kebanyakannya, gagal. Peguam pula menyifatkan sebarang usaha membuktikan kesan buruk dasar itu secara perundangan, sememangnya sukar.

Pemangku Perdana Menteri Julia Gillard, mewakili Rudd yang kini melakukan lawatan ke luar negara, semalam mengulangi kerajaan tidak akan membuat sebarang tawaran atau pembayaran ganti rugi kepada penduduk pribumi terbabit.

“Kita sudah menyatakan tidak kepada isu itu sebelum ini,” kata Gillard kepada rangkaian stesen Fairfax Radio Network.

Sementara itu, laporan akhbar juga melaporkan, Austin berhasrat menyaman kerajaan negeri Victoria dan membabitkan tuntutan yang tidak dinyatakan selepas beliau dirampas pihak berkuasa daripada sebuah hospital pada 1964.

Ketika itu beliau cuma bayi berusia 5 bulan yang dimasukkan ke hospital kerana masalah jangkitan paru-paru. Beliau kemudian dipaksa tinggal di rumah kebajikan dan anak-anak yatim sehinggalah berusia 18 tahun, lapor Herald Sun.

Rudd mendapat pujian ramai kerana mengetuai kerajaan mengucapkan permohonan maaf itu tetapi pada masa sama turut dikecam kerana enggan membayar pampasan kepada mangsa.

Dianggarkan seramai 100,000 kanak-kanak dirampas daripada ibu bapa dalam dasar yang memberi alasan bertujuan memastikan anak Pribumi itu membesar seperti kanak-kanak kulit putih.

Penduduk pribumi, Bruce Trevorrow menerima bayaran ganti rugi AS$775,000 (RM2.3 juta) bulan ini daripada kerajaan negeri Australia Selatan selepas dirampas kerajaan tanpa pengetahuan ibu bapanya, 50 tahun lalu.

Ada seramai 450,000 pribumi di Australia yang mempunyai penduduk seramai 21 juta. AP

Sumber: Berita Harian 16/02/08

Ulasan:

Permohonan maaf oleh Perdana Menteri Australia kepada pribumi Australia yang berkulit hitam mengimbas kembali tindakan kejam terhadap penduduk pribumi kulit hitam untuk beberapa kurun yang lepas (iaitu) sejak Britain menghantar penduduk berbangsa Inggeris yang dibuang negeri ke Australia.

Sebenarnya tidak ada pernah dalam undang-undang sama ada di peringkat antarabangsa ataupun tempatan kedudukan di mana kaum pribumi yang dijajah, dibunuh atau ditindas, boleh memohon ganti rugi dengan apa yang telah dilakukan oleh penjajah. Sekiranya ada mekanisma untuk menuntut pampasan dan membalas perbuatan penjajah menjajah tanah orang lain secara paksa, maka sudah tentu penjajah tidak akan berani menjajah mana-mana bangsa atau negara lain. Sudah tentu juga kaum pribumi di benua-benua Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara atau di mana-mana sekalipun tidak akan menjadi mangsa kekejaman penjajah yang tidak berperikemanusiaan.

Bagaimanapun di dalam Islam, Allah swt telah meletakkan hukum jihad yang membolehkan kaum Muslimin membalas segala kejahatan musuh/penjajah yang cuba untuk menjajah negara Islam. Jihad boleh jadi di dalam bentuk ofensif (serang) atau dalam bentuk defensif (mempertahankan). Kaum Muslimin diwajibkan berjihad sama ada menyerang musuh mahupun mempertahankan diri dari musuh di mana semua ini dilakukan di dalam rangka untuk mematuhi perintah Allah di dalam menegakkan agama Islam. Di dalam Islam, tidak ada konsep memohon ganti rugi dari penjajah yang telah menjajah tanah umat Islam. Penjajah wajib dihalau keluar dengan melancarkan jihad ke atas mereka. Umat Islam tidak dituntut untuk memohon ganti rugi daripada AS dan Britain dengan penjajahan mereka ke atas Irak dan Afghanistan. Kaum Muslimin juga tidak dituntut untuk memohon ganti rugi daripada entiti Yahudi atas penjajahan dan kekejaman mereka di bumi Palestin. Kita diwajibkan berjihad melawan dan menghalau musuh dan melakukan futuhat (pembukaan) ke atas negeri-negeri orang kafir untuk menyebarkan Islam di sana. Inilah yang wajib dilakukan oleh umat Islam ke atas kafir penjajah.