Cukai Adalah Haram Untuk Seluruh Mukabumi Sintok

CUKAI ADALAH HARAM UNTUK SELURUH MUKABUMI SINTOK

28 April –Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjadi institusi pengajian tinggi pertama di dunia yang memiliki kawasan bebas cukai jika kertas cadangan mewujudkannya diluluskan oleh Jemaah Menteri tahun ini. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, cadangan itu masih dalam proses perbincangan dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan sebelum dilaksanakan sepenuhnya. “UUM sedang memperincikan kertas cadangan dari aspek lokasi, ekonomi dan perundangan agar pelaksanaannya memberi kesan positif kepada UUM dan kawasan ini.

Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada kastam dan beberapa pihak yang berkenaan. “Saya yakin kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Projek ini disasarkan dilaksanakan awal tahun depan,” katanya ketika menghadiri majlis Anugerah Kerana Jasa 2010 di sini hari ini. Status bebas cukai adalah antara empat strategi UUM dalam pelan transformasi 10 tahun untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka dunia dan sebagai universiti penyelidikan dalam bidang pengurusan dan sains menjelang 2013. UUM mempunyai keluasan 1,061 hektar dengan lingkaran jalan sepanjang 13 kilometer mengelilinginya yang menyediakan kawasan dan kemudahan mencukupi untuk membuka premis perniagaan di kawasan itu.

Kata Mohamed Mustafa, projek tersebut bukan sahaja mampu menjana ekonomi masyarakat setempat, malah turut menyediakan peluang kepada penuntut untuk mendalami ilmu perniagaan secara berkesan. “Kawasan ini merupakan kawasan limpahan ekonomi yang mampu menarik orang ramai sama seperti Langkawi yang berjaya menjadi tumpuan setelah dijadikan kawasan bebas cukai.

Kita juga akan buka kepada pihak swasta yang berminat untuk turut serta dalam projek ini. “Kita akan pastikan ia tidak mengganggu sistem pendidikan UUM dan akan pastikan syarikat yang berminat dapat memulakan perniagaan dengan selesa,” katanya. Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti kawasan untuk dijadikan Komplek“Kita akan pastikan ia tidak mengganggu sistem pendidikan UUM dan akan pastikan syarikat yang berminat dapat memulakan perniagaan dengan selesa,” katanya.

 Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti kawasan untuk dijadikan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin dalam kawasan bebas cukai itu nanti.

 Sumber: Utusan Online, 28/04/2011

Cukai Adalah Haram Untuk Seluruh Mukabumi SIintok

Cukai tidak disyariatkan oleh Islam sebagai salah satu elemen ekonomi dan perekonomian. Cukai adalah suatu kezaliman di mana penguasa (yang kuat) menindas rakyat (yang lemah). Zon bebas cukai hakikatnya hanyalah kawasan untuk membeli-belah, tetapi hakikatnya jika barangan dikeluarkan dari zon tersebut, ia akan tetap dicukai. Pi mai pi mai tang tu jugak. Hukum asal seluruh mukabumi adalah ia bebas dari sebarang bentuk cukai. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya pengutip cukai tempatnya adalah di dalam neraka” [HR Ahmad].

Islam adalah suatu ideologi yang sempurna dan indah yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menjadi aturan hidup seluruh manusia, baik yang muslim mahupun selainnya. Dengan Islam, manusia tidak perlu bersusah payah, berhempas pulas mencari-cari formula untuk menciptakan suatu aturan lain termasuk melahirkan zon bebas cukai…