Dari rakyat untuk rakyat, benarkah?

Demonstrasi tuntut hak pendatang di seluruh AS

LOS ANGELES 2 Mei – Ribuan pendatang dan ahli kumpulan hak asasi berarak secara aman di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam dan terus mendesak agar pembaharuan dibuat bagi membantu 12 juta pendatang haram.

Lebih 10,000 orang berarak di Los Angeles lewat semalam dalam salah satu demonstrasi terbesar di AS, setahun selepas protes yang sama dicemarkan dengan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Kumpulan hak asasi pendatang menjangkakan protes pada tahun ini yang diadakan di beberapa bandar penting seperti New York, Washington, Chicaho dan Miami, akan menjadikan isu pembaharuan dalam hal ehwal pendatang sebagai perhatian.

Aktivis giat berkempen untuk pembaikpulihan Undang-Undang Imigresen Persekutuan yang diharap dapat mewujudkan peluang pendatang haram mendapatkan kerakyatan.

Selain itu, ia juga diharap dapat menghentikan serbuan ke atas premis perniagaan bagi membanteras pendatang tanpa izin.

Kira-kira 10,000 pendatang keturunan Hispanik dan Asia berkumpul di Union Square di New York sebelum mula berarak ke Pejabat Imigresen Persekutuan.

Di Los Angeles pula, sekitar 10,000 orang turut berkumpul dan berarak tetapi jumlah yang hadir amat sedikit jika dibandingkan dengan protes pada 2006 yang dihadiri hampir sejuta orang.

Ketua Latino Movement USA, Jose Gutierrez berkata, protes itu mewakili suara pendatang tanpa dokumen di seluruh AS.

“Memperjuangkan hak lebih 12 juta pendatang tanpa izin yang bekerja di negara ini adalah perkara mustahak.

“Setiap hari ada saja individu yang terpisah daripada keluarga akibat serbuan pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Sementara seorang lagi aktivis, William Torres dari kumpulan March 25th Coalition, turut mempersoalkan keadilan kerana golongan ini dieksploitasi untuk tenaga kerja yang murah tetapi dinafikan hak mendapat kerakyatan.

Sumber: Utusan Malaysia 03/04/08

Ulasan:

“Democracy is the government of the people, by the people, for the people.” Inilah kata-kata terkenal si kafir Abraham Lincoln yang sering dipuja oleh pemuja-pemuja demokrasi, termasuklah dari kalangan umat Islam. Kata-kata ini seperti menjadi satu ‘hikmat’ atau ‘suci’ kepada pejuang-pejuang demokrasi, malah ia kadangkala dijulang sesuci orang itu menjulang agamanya. Walhal ia hanyalah secebis kata-kata yang keluar dari mulut seorang kafir, bekas Presiden negara kufur Amerika.

Amerika sendiri, sebagai sebuah negara penyebar demokrasi tidak pernah mematuhi konsep demokrasi yang dibawanya. Kata-kata Abraham Lincoln di atas hanyalah menjadi penyedap mulut dan ‘moto’ untuk pihak Kapitalis terus kekal berkuasa dan merampas kekayaan negara serta menafikan hak rakyat.

Demokrasi kononnya menyeru pemerintahan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat, hakikatnya merupakan sebuah sistem yang penuh penipuan, kekejian, kejijikan dan yang lebih penting, bertentangan seratus peratus dengan Islam!!! Bukti-bukti sudah begitu banyak dan terlalu nyata. Demokrasi hanya dipergunakan oleh pemerintah yang kaya-raya untuk terus memerintah dan menindas rakyat dan mengaut segala keuntungan untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.

Lihat sahajalah kes ini yang hanyalah secuil bukti dari kebohongan demokrasi. Rakyat bangkit untuk menuntut hak mereka, namun apakah rakyat akan dilayan? A[akah rakyat akan diberi hak mereka? Adakah ‘dari rakyat untuk rakyat’ benar-benar akan mendengar permintaan rakyat? Semuanya hanyalah khurafat belaka! Demokrasi tidak lebih dari sebuah khurafat yang dipercayai rakyat dan rakyat menaruh harapan kepadanya yang tidak akan pernah tercapai.

Kerajaan sekali-kali tidak akan tunduk kepada kehendak rakyat, walaupun berjuta rakyat yang menuntut hak mereka. Kerajaan hanya memerintah dan menjaga kepentingan sendiri sahaja dan jika kebetulan bertepatan dengan kepentingan rakyat, maka barulah ia akan dipenuhi. Inilah hakikat demokrasi dari dulu kini dan selamanya. Ia adalah sebuah sistem kufur yang datangnya dari Barat dan bertentangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan Islam. Sistem ini wajib ditolak oleh umat Islam dan digantikan dengan sebuah sistem pemerintahan Khilafah, sebuah sistem yang datangnya dari wahyu dan diwariskan kepada kita oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin.