Demokrasi-Kapitalisme melahirkan individu yang ganas

Hampir saban hari kita didedahkan dengan berita sebegini. Tidak kira kecil atau dewasa, tua mahupun muda menjadi mangsa. Adakah setiap dari kita hanya memerhati tanpa berusaha mencari penyelesaian sebenar kepada permasalahan yang dihadapi? Sedarilah semakin ramai manusia yang hidupnya dihimpit ketakutan dan keresahan walaupun dicanang bahawa negara ini antara negara paling selamat di dunia.

Selamatkahkehidupan ini jika setiap hari kita mendengar berita harta disamun, kehormatan dicabul, keselamatan digugat, nyawa diancam dan seribu satu macam jenayah melingkari kita ketika ini? Pernahkah terfikir mengapa seseorang itu sanggup dan tergamak untuk menjadi peragut, penyamun, pembunuh, penzina dan sebagainya?  Tidak dinafikan manusia memang ada kecenderungan untuk melakukan maksiat sepertimana firman Allah SWT,

“serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang dibawanya kepada kejahatan dan membawanya kepada ketaqwaan”
[TMQ as Shams (91):8].

Namun segala kemaksiatan itu sewajibnya diselesaikan dengan sistem Islam, sebagaimana yang telah diterapkan 1300 tahun yang lalu yang terbukti berjaya mengekang kejadian jenayah dan melahirkan ramai individu yang bertaqwa, masyarakat yang saling mengambil berat akan keadaan sekitarnya serta pemimpin yang menjaga rakyatnya.

Hakikatnya kini punca segala masalah yang berlaku dalam kehidupan diletakkan di bahu manusia (individu) semata-mata. Masyarakat hanya sekadar memerhati dan pemimpin tidak ambil peduli.Persoalannya sampai bilakah individu manusia akan dipersalahkan walhal persoalan sistem yang rosak langsung tidak disentuh? Wahai umat Islam sedarilah bahawa segala masalah dan kemaksiatan yang berleluasa ini adalah angkara sistem kehidupan yang bernama Demokrasi Kapitalisme. Sistem inilah yang bertanggungjawab melahirkan generasi rosak dan merosakkan kerana ianya adalah peraturan hidup yang direka oleh penjajah kuffarlaknatullah untuk diterapkan dalam kehidupan kita. Ia memberi kebebasan untuk manusia menjalani kehidupan mengikut hawa nafsu mereka. Selagi sistem ini masih diterimapakai oleh masyarakat kita selagi itulah kemaksiatan di atas akan terus meningkat tanpa dapat dibendung lagi.

Sudah tiba masanya kita menggantikan sistem kehidupan demokrasi kapitalime ini dengan sebuah sistem kehidupan terbaik dan sempurna yang diperintahkan oleh Allah sebagaimana firmanya,

“Pada hari ini telah Akuusempurnakanuntukmuagamamu dan Aku cukupkan nikmatKukepadamu dan Aku redhai Islam menjadi agamamu”

[TMQ Al Maidah (5):3].

Dan sistem yang diperintahkan oleh Allah ini tidak lain tidak bukan adalah sistem Khilafah, sebuah sistem yang telah menaungi dan mensejahterakan dunia selama lebih 1400 tahun.

Rujukan : Utusan Malaysia