Derita kanak-kanak Yaman akibat Saudi dan AS

Gambar BG 020416Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa kira-kira 320,000 kanak-kanak di Yaman berhadapan dengan kekurangan zat makanan yang mampu mengancam nyawa akibat krisis bekalan makanan serta infrastruktur di Yaman ekoran konflik yang melanda negara tersebut. Jutaan yang lain pula tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan atau air bersih berikutan perang tersebut. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah kanak-kanak yang dipaksa untuk menjadi tentera dengan 848 kes dicatatkan termasuk kanak-kanak lelaki seawal usia 10 tahun.

“Secara purata, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari. Pihak UNICEF mengesahkan 934 terbunuh secara langsung dan 1,356 cedera,” menurut laporan tersebut [Sinar Harian Online, 30/3/16],

Perang proksi di Yaman yang tercetus kira-kira setahun lalu telah berlarutan sehingga mengakibatkan perkhidmatan asas dan infrastruktur di Yaman seperti sekolah, hospital dan sistem air serta sanitasi berada di ambang keruntuhan. Pemberontakan puak Houthi ditangani dengan campur tangan Saudi melalui siri serangan udara yang berlebihan sehingga mengakibatkan kemusnahan serta kematian di pihak orang awam. Bahkan pakatan yang diterajui Saudi turut didakwa menggunakan bom berangkai (cluster bomb) di kawasan kejiranan berhampiran Sana’a pada awal tahun ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah badan pemerhati hak asasi manusia [Human Rights Watch, 7/1/16].

Pihak-pihak yang bertelagah turut dilaporkan mengebom hospital-hospital di Yaman, meskipun koordinat GPS telah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak. Setakat ini, dilaporkan terdapat tiga insiden yang melibatkan pengeboman fasiliti kesihatan dan dua daripadanya disahkan dilakukan oleh tentera udara pakatan yang diterajui Saudi (klinik di Al Houban pada 2/12/15 dan hospital di daerah Haydan pada 26/10/15).

Saudi dan penyokongnya sering memainkan sentimen kemazhaban (anti-Syiah) dalam menjustifikasi tindakan ketenteraan yang diterajuinya itu. Atas nama memerangi syiah, Saudi merasakan yang mereka mendapat ‘lesen’ besar daripada Allah untuk melakukan pembunuhan dan kezaliman yang ternyata sebahagian besarnya melibatkan orang awam!!! Sungguh, hal ini telah menjadi fitnah besar kepada Islam apabila berlakunya permusuhan dan pembunuhan sesama Muslim, sedangkan dalam masa yang sama Amerika Syarikat dan Yahudi yang jelas-jelas kafir dan memerangi umat Islam, bukan sahaja dibiarkan oleh Saudi, tetapi dijadikan tuan dan sahabat!

Akibat ketaatan dan ketundukan Saudi serta negara-negara yang mendukungnya dalam perang ke atas Yaman ini, AS tidak lagi perlu merisikokan nyawa tenteranya atau mengeluarkan belanja yang besar di bidang ketenteraan bagi mengekalkan cengkaman dan status quo-nya di Timur Tengah, kerana Saudi dan sekutu-sekutunya telah pun mengambil alih peranan tersebut dengan melakukan kerja-kerja kotor bagi pihak AS di rantau tersebut!

Di sebalik sentimen anti-syiah yang dimainkan oleh Saudi dalam rangka menjaga kepentingan Amerika, realitinya AS dengan Iran mempunyai hubungan rapat yang cuba disembunyikan oleh kedua negara itu. Melalui retorik anti-AS, Iran hakikatnya mempunyai hubungan baik dengan negara Uncle Sam itu, malah sering sahaja tunduk kepada kehendak kuasa besar tersebut atas dasar manfaat bersama. Kerana itu sampai sekarang Iran tidak pernah memerangi AS mahupun entiti Yahudi, di sebalik suara lantang mereka kononnya mengkritik dan memusuhi kedua-dua negara kuffar tersebut!

Justeru, baik Saudi mahupun negeri-negeri kaum Muslimin lainnya, semuanya termasuk dalam perangkap AS dan apa yang lebih buruk ialah, mereka memasuki perangkap tersebut dengan sukarela dan tidak mahu keluar darinya!

Sungguh, keburukan penguasa umat Islam ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Selagi mereka memerintah dengan tunduk patuh kepada kuasa kafir Amerika, selagi itulah umat Islam akan terus menderita. Umat Islam wajib bergerak untuk mendirikan semula pemerintahan Islam (Khilafah) yang bukan sahaja akan menerapkan hukum Allah di muka bumi, tetapi akan mengajar segala kejahatan Amerika dan Yahudi ke atas umat Islam selama ini, sekali gus akan muncul sebagai super power dunia untuk kali yang kedua.