Dikaitkan dengan Pembawa Pistol, LBH Pelita Umat: Propaganda Jahat Terhadap HTI

Mediaumat.id – Usaha mengait Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) dengan seorang perempuan yang membawa pistol jenis FN dinilai sebagai propaganda jahat terhadap sebuah organisasi yang sudah dicabut Badan Hukum Perkumpulannya (BHP) tersebut. “Propaganda jahat terhadap HTI,” ujar Ketua LBH Pelita Umat, Chandra Purna Irawan dalam sebuah kenyataan media yang diterima Mediaumat.id, Jumaat (28/10/2022).

Setidaknya ada empat pandangan dari segi undang-undang (legal opinion) yang dijadikan hujah oleh Chandra sehingga beliau menyimpulkan demikian.

Pertama, berdasarkan semua bahan penulisan HTI yang pernah dibacanya, HTI menyampaikan dakwah melalui pendekatan pemikiran, hujah yang bernas, perlawanan gagasan (secara idea), tanpa kekerasan, tanpa fizik dan tanpa melakukan pemaksaan. “Begitu juga secara de facto dan de jure, tidak ada satu jiwa pun yang meninggal kerana dakwah HTI atau kemudahan awam yang rosak akibat dakwah HTI,” ujarnya.

Kedua, segala fitnah dan tuduhan keji terhadap organisasi dakwah HTI adalah tidak adil dan melanggar undang-undang, kerana tidak berlandaskan undang-undang (due process of law). Seharusnya kesempatan diberikan kepada pihak yang dituduh untuk melakukan pembelaan.

“Lalu bagaimana HTI akan membela sedangkan BHP-nya sahaja telah dicabut,” ujarnya.

Padahal, lanjutnya lagi, prinsip kesetaraan di sisi undang-undang menyatakan, “Setiap orang adalah sama di sisi undang-undang, mesti didengar dan hendaklah secara adil….”

Ketiga, segala tuduhan dan fitnah berupa naratif polarisasi yang bersifat indelingsbelust (disusun atur) yang mengarah kepada penipuan awam, adalah tindakan pelanggaran terhadap Fasal 14 dan Fasal 15 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1946 tentang Prosedur Undang-undang Jenayah.

Keempat, jika “pelaku keganasan” yang dituduh itu dikaitkan dengan sosial media (contohnya dengan cara like, share, watch, read) tulisan atau ceramah mana-mana ustaz atau ulama HTI, hal ini tidak serta-merta boleh dikaitkan dengan HTI.

“Pertanyaannya, bagaimana kalau seseorang yang dituduh pengganas itu sering menonton ceramah atau membaca kenyataan yang datangnya daripada pemerintah, apakah boleh dikaitkan keterkaitan antara pelaku keganasan dengan pemerintah?” ungkap beliau.

Jika itu terjadi (tuduhan sewenangnya), tegas Chandra, maka ini menandakan kebebasan berekspresi dan berpendapat sedang berada dalam keadaan darurat yang bersangatan. Hal ini tentu bertentangan dengan prinsip undang-undang cogitationis poenam nemo patitur (tidak ada seorang pun yang dapat dihukum atas apa yang ada dalam fikirannya).[] Joko Prasetyo

[Alih bahasa dari: https://mediaumat.id/dikaitkan-dengan-pembawa-pistol-lbh-pelita-umat-propaganda-jahat-terhadap-hti/]