Disebalik Bantuan Kemanusiaan Rohingya

Hanya menjelang umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mengarahkan supaya bantuan kecemasan disalurkan kepada umat Islam etnik Rohingya di Myanmar. Rakyat Myanmar yang tinggal di UAE turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan ketegangan di negara mereka itu terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.
Noor Mohammad Tandamiya yang berasal dari Myanmar memberitahu wartawan, keluarganya memutuskan untuk meninggalkan tanah air mereka di daerah Mongdu, Myanmar dan menjadi pelarian. “Pelampau Buddha tidak membenarkan kami bekerja atau mengerjakan solat di masjid. Mereka akan membunuh ahli keluarga kami jika kami berkeras untuk ke masjid dan kerajaan pula tidak melakukan sebarang tindakan. “Kami juga berdepan dengan kesukaran untuk berbuka kerana tidak ada makanan serta minuman walaupun kami memiliki wang, kami tidak dibenarkan dan boleh membeli apa-apa,” katanya.Gesaan ini muncul setelah Human Right Watch mengeluarkan laporan 56 muka surat yang bertajuk : “The Government Could Have Stopped This’: Sectarian Violence and Ensuing Abuses in Burma’s Arakan State,” antara lain melaporkan pihak berkuasa Myanmar gagal untuk mengambil tindakan yang benar-benar berkesan di dalam meredakan ketegangan yang berpunca daripada meletusnya keganasan etnik agama di Wilayah Arakan. Walaupun pasukan tentera berjaya mengawal para pengganas di dalam ibu kota wilayah itu, saksi daripada orang-orang Buddha Arakan dan umat Islam sendiri melaporkan kepada Human Rights Watch yang pasukan kerajaan hanya melihat pihak yang tertelagah melakukan kemusnahan di antara satu sama lain. Pengarah Human Rights Watch Asia, Brad Adams sendiri melaporkan bahawa pasukan keselamatan Burma gagal melindungi orang-orang Arakan dan Rohingya daripada keganasan tetapi kemudiannya mereka sendiri yang terlibat melakukan keganasan, pembunuhan, rogol dan tangkapan beramai-ramai etnik Rohingya. Walaupun pihak kerajaan menyatakan mereka komited untuk menghentikan semua keganasan, tetapi keadaan semasa menunjukkan perkauman tetapi wujud.Sementara itu, kerajaan Arab Saudi turut berjanji menyumbangkan AS$50 juta (RM155 juta) kepada etnik Rohingya Islam. Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Bin Zayed Al Nahyan juga merayu supaya masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentikan keganasan etnik di barat negara itu. Namun beliau tidak menyatakan bentuk tindakan yang harus dilakukan.

Sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di Mekah baru-baru ini juga belum menghasilkan apa-apa tindakan yang benar-benar dapat menyelamatkan umat Islam Rohingya. Apa yang menyedihkan, tiada tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin umat Islam ke atas Myanmar. Apakah yang ditakutkan kepada sebuah negara miskin seperti Myanmar itu? Amat menyedihkan sikap para pemimpin umat Islam pada hari ini. Sidang tergempar OIC yang diharapkan dapat memberikan tekanan sebenar ke atas Myanmar masih belum memberikan apa-apa hasil bahkan, ada kalangan pemimpin umat Islam yang menghantar surat menyokong proses demokrasi di Myanmar dan sekadar menjanjikan bantuan di dalam membantu meringankan beban umat Islam Rohingya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia, sebuah negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.
Beberapa perspektif  mengenai kesengsaraan dan penderitaan yang lalui oleh umat Islam Rohingya  di Myanmar:

1.    Konflik yang melibatkan umat Islam di Myanmar pada ketika ini mirip dengan konflik yang pernah berlaku ke atas umat Islam di Balkan pada 20 tahun yang lalu dari segi pembunuhan dan penindasan. Jika pada 20 tahun yang lalu, umat Islam Bosnia di Balkan yang tidak memiliki apa-apa senjata untuk mempertahankan diri mereka telah dibunuh dengan kejam oleh terroris berbangsa Serbia, manakala ketika ini di Barat Myanmar, berlaku pula penghapusan etnik Rohingya yang beragama Islam oleh terroris Buddha, musyrikin. Umat Islam Rohingya tidak memiliki sebarang senjata yang boleh mempertahankan diri mereka daripada terroris Buddha musyrikin. Alasan mereka dihalau, ditindas dan dibunuh hanyalah semata-mata kerana mereka  beragama Islam dan ini  adalah sama sepertimana yang diceritakan di dalam Surah al-Buruuj, di mana sekumpulan umat yang telah beriman dengan wahyu yang dibawa oleh Rasul Allah telah dibunuh oleh kaum kafir hanya semata-mata mereka telah beriman dengan Allah dan RasulNya.

2.    Pendirian berat sebelah (double standard) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam isu penindasan manusia apabila mereka hanya bersungguh-sungguh membela kaum minoriti Kristien yang ditindas seperti di Timor-Timor dan Sudan Selatan sehingga kedua-dua wilayah tersebut dipisahkan daripada negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam. Timor-Timor dipisahkan daripada Indonesia manakala Sudan Selatan dipisahkan daripada Sudan. Sedangkan nasib umat Islam yang hidup sebagai kaum minoriti tertindas seperti di Wilayah Selatan Thailand, Wilayah Arakan Myanmar, Wilayah Selatan Russia, Wilayah Turkestan Timur(Xinjiang) China dan Pulau Mindanao Filipina tidak ditangani dengan serius. Ini sebenarnya merupakan salah satu bukti yang nyata PBB sebenarnya didominasi oleh kuasa barat yang amat membenci Islam. Hanya melalui perlaksanaan Sistem Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah seorang pemimpin, iaitu Khalifah sahaja yang dapat menyelamatkan umat Islam di wilayah-wilayah tersebut. Sabda Rasulullah SAW:

“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

3.    Bangladesh dan wlayah Arakan (kawasan yang didiami oleh umat Isam etnik Rohingya sejak ratusan tahun yang lalu) hanya dipisahkan satu garisan sempadan. Namun, apa yang menyedihkan adalah Bangladesh telah menutup sempadannya daripada dimasuki oleh umat Islam Rohingya yang cuba melarikan diri daripada terroris Buddha Myanmar. Lebih menyedihkan, mereka telah menghalang sejumlah persatuan untuk beroperasi di sempadan Myanmar dan Bangladesh untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada wilayah Arakan di Myanmar. Situasi ini mirip dengan dengan tindakan rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menutup pintu Rafah di sempadan Mesir-wilayah Gaza yang menghalang kemasukan pelarian daripada Gaza bahkan menyukarkan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang diserang oleh Israel. Disebabkan oleh peristiwa ini, umat Islam telah memprotes tindakan rejim Mubarak di merata konsul-konsul Mesir di beberapa buah negara. Beberapa tahun kemudian, rejim Mubarak akhirnya tumbang disebabkan oleh protes rakyatnya sendiri.  Walaupun sebelum berlakunya konflik terbaru ini,negara Bangladesh ada menerima pelarian Rohingya beberapa dekad lalu, tetapi keadaan mereka di kem-kem pelarian di Bangladesh sangatlah daif dan tidak terbela. Tindakan yang dilakukan oleh Mesir dan Bangladesh ini berbeza dengan Daulah Khilafah Uthmaniyyah berpusat di Istanbul bukan sahaja telah menerima masuk pelarian-pelarian umat Islam dari Andalusia, tetapi juga kaum Yahudi dari Andalusia yang melarikan diri mereka daripada penghapusan etnik yang dilakukan oleh kerajaan Kristian Sepanyol apabila Sepanyol jatuh ke tangan kaum Kristian pada tahun 1492. Inilah bezanya Daulah Khilafah yang membantu umat Islam dan kaum lain yang tertindas jika dibandingkan oleh negara-negara muslim yang sekular, moderat atau liberal pada  zaman ini.

4.    Kegagalan para pemimpin negara umat Islam hari ini  di dalam melindungi umat Islam Rohingya di wilayah Arakan terserlah dengan hanya sekadar dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan dan tidak lebih daripada itu. Memang benar bahawa umat Islam Rohingya memerlukan bantuan kemanusiaan, tetapi bantuan berbentuk kemanusiaan itu sahaja tidak mencukupi. Apabila umat Islam ditindas dan dizalimi oleh kuasa kuffar, maka Alllah (SWT) memerintahkan umat Islam yang mempunyai kekuasaan ketenteraan untuk berjihad bagi menghentikan penindasan dan kezaliman kuasa kuffar tersebut.

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)..” [TMQ An Nisaa’ (4) :75]

5.    Bagaimanakah sebuah negara yang baru hendak membangun seperti Myanmar begitu berani membunuh, merogol, menindas dan menghalau umat Islam Rohingya daripada kampung halaman yang mereka di wilayah Arakan? Ianya adalah sama sepertimana peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas umat Islam sebelum ini di Bosnia, Palestin, Kashmir, wilayah selatan Russia, Turkestan Timur, Iraq dan Afghanistan.  Kezaliman dan pembunuhan umat Islam langsung tidak dibela dan dipertahankan oleh negara-negara muslim yang liberal dan moderat ini. Tidak ada negara umat Islam yang mengirim bala tenteranya yang terlatih untuk menamatkan kezaliman yang menimpa umat Islam. Sebaliknya, pejuang-pejuang mujahideen yang berani telah  secara sukarela menyusup masuk ke wilayah-wilayah tersebut untuk berjuang mempertahankan nyawa umat Islam.  Disebabkan belum ada sejarah di mana tentera negara umat Islam telah turun berperang membela nyawa umat Islam yang tertindas, maka  negara yang miskin seperti Myanmar berani menzalimi umat Islam Rohingya, sebab mereka tahu bahawa negara umat Islam lain tidak akan menghantar tentera-tentera terlatih mereka untuk membalas tindakan mereka. Apa yang berlaku sejak dari dahulu adalah penghantaran bantuan kemanusiaan sahaja yang tidak akan menghentikan kezaliman kaum Buddha musyrikiin terhadap umat Islam Rohingya. Kezaliman tersebut akan terus berlaku kecuali para pemimpin umat Islam mengorbarkan jihad dan mengirimkan pasukan tentera mereka yang terlatih untuk menghentikan kezaliman kaum Buddha musyrikiin tersebut, sehingga mereka berasa khuathir untuk memerangi umat Islam Rohingya lagi di masa hadapan dan seterusnya menjadi pengajaran kepada kaum kuffar yang lain.

Wa Allahu A’lam.

Rujukan :

1.    Utusan Malaysia 14/8/2012 dan 15/8/2012


2.    Human Rights Watch :  www.hrw.org