Dosa-dosa Amerika Tidak Akan Terhapus Begitu Saja
“Malam ini (Selasa), saya mengumumkan misi ketenteraan AS di Iraq sudah tamat. Operasi Kebebasan Iraq sudah tamat dan rakyat Iraq kini bertanggungjawab terhadap keselamatan negara mereka sendiri. “Ia adalah ikrar saya kepada rakyat AS sebagai calon di pejabat ini. Februari lalu, saya mengumumkan satu rancangan yang akan membawa keluar tentera pertempuran dari Iraq, di samping menggandakan usaha mengukuhkan kekuatan Pihak Keselamatan Iraq dan menyokong kerajaannya sendiri dan rakyatnya,” katanya ketika mengumumkan pengunduran tentera AS di Rumah Putih, sebentar tadi. – AFP
Sumber: Berita Harian 01/09/10
Setelah 7 tahun Amerika laknatullah menjajah dan menjarah bumi Iraq, maka baru kini mereka ingin keluar darinya. Suatu tempoh masa yang cukup lama untuk kita bayangkan betapa sengsara dan peritnya kehidupan umat Islam di Iraq hari ini semenjak penjajahan Amerika pada 20 Mac 2003. Jumlah umat Islam yang terbunuh dan tercedera sudah tidak terhitung lagi. Jutaan wanita menjadi janda dan jutaan kanak-kanak menjadi yatim piatu. Kerosakan dan kemusnahan yang dialami oleh bumi Iraq itu juga terlalu besar sebenarnya untuk dinilai. Inilah bukti kejahatan dan kekejaman yang dibawa oleh mana-mana kuasa penjajah kapitalis termasuklah Amerika apabila mereka menjajah dan menakluk mana-mana negeri.
Jelas sekali, pengisytiharan Obama untuk menarik tentera Amerika dari bumi Iraq itu sebenarnya tidak mampu menutup kebusukan dan kekejaman yang telah dibawa oleh Amerika selama ini. Umat Islam tidak seharusnya terkeliru dan terpedaya dengan kata-kata sihir Obama. Darah dan kehormatan umat Islam di Iraq yang telah ditumpahkan dan yang telah dicalar oleh Amerika selama tempoh masa penjajahan mereka. Semua ini wajib dibalas dan dijawab oleh umat Islam dengan jihad. Untuk itu, umat Islam memerlukan kekuatan negara bagi menghadapi kekuatan negara imperalis Amerika laknatullah itu. Umat Islam memerlukan pembela, umat Islam memerlukan perisai. Yakinlah, hanya dengan kekuatan Khilafah sahajalah segala kejahatan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh Amerika laknatullah di Iraq dan di tempat-tempat lain di dunia ini akan dapat dibalas dengan setimpal. Hanya kekuatan Khilafah sahajalah yang sanggup dan bersedia untuk mengisytiharkan jihad menentang kekejaman Amerika. Kita sudah tidak boleh lagi mengharapkan para pemimpin sekular umat Islam yang berkuasa saat ini. Hakikatnya para pemimpin sekular umat Islam hari ini adalah boneka Barat yang hina lagi dina. Mereka kesemuanya tunduk dan melutut kepada kuffar Amerika laknatullah. Para pemimpin sekular di negeri-negeri umat Islam hari ini lebih takut kepada Amerika dari takut kepada Allah SWT. Maka oleh kerana itulah mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan nyawa dan darah umat Islam selama ini. Para pemimpin thaghut ini hanya menghabiskan masa mereka dengan persidangan tergempar dan resolusi-resolusi basi yang langsung tidak menggerunkan Amerika laknatullah sedikitpun. Malah lebih buruk Amerika pula ada bersama mereka, dan mendominasi mereka ketika mereka mengadakan persidangan-persidangan tersebut!
Oleh itu wahai umat Islam, kalian wajib bergerak dan bangkit untuk menegakkan kembali kekuasaan Khilafah sebagai satu-satunya institusi yang bersedia untuk melindungi umat Islam dari terus dihina oleh kaum kuffar. Sabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR Muslim].
Lihat SN111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB