Empat Perkara Yang Perlu Difahami Mengenai Kekejaman Zionis Israel Terhadap Palestin

Terdapat empat perkara yang perlu diberikan perhatian serius mengenai isu Palestin di bawah penjajahan Zionis Israel:

Pertama, permusuhan dan kebencian orang-orang kafir terhadap umat Islam adalah nyata, sampai hari kiamat.

Orang-orang kafir sama sekali tidak menginginkan kebaikan terhadap umat Islam, bagi mereka, Islam adalah ajaran yang buruk dan punca kepada kejahatan. Mereka sama sekali tidak akan menerima atau menyukai orang Islam kecuali orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Rasa simpati dan bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh segelintir orang-orang kafir terhadap kezaliman yang dilakukan oleh entiti haram Israel adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana manusia yang inginkan kedamaian. Namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk meletakkan harapan terhadap mereka untuk membela rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel. Jika ada laungan sokongan daripada orang-orang kafir sama ada pemimpin, tokoh masyarakat atau rakyat biasa, ianya tidak akan pergi lebih jauh sehingga dapat membebaskan tanah Palestin daripada cengkaman Zionis Israel. Media antarabangsa yang dikuasai oleh barat melakukan bermacam-macam propaganda dan manipulasi berita untuk menjustifikasi tindakan kejam rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tidak memeranjatkan apabila ia dengan begitu mudah mempengaruhi pemikiran dan persepsi kebanyakan orang-orang kafir kerana bibit-bibit kebencian sudah tersemai dalam hati-hati mereka. Hanya memerlukan sedikit provokasi sahaja, kebencian dan permusuhan mereka terhadap umat Islam pasti akan terserlah.   Oleh itu, umat Islam harus sedar bahawa mereka sama sekali tidak boleh meletakkan sedikitpun harapan terhadap badan antarabangsa seperti PBB dan badan-badan kemanusian yang dipelopori oleh orang-orang kafir untuk memberikan pembelaan hakiki terhadap umat Islam. Hanya dengan kekuatan yang datang dari umat Islam sendiri sahajalah yang akan dapat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

 

Kedua, wujudnya para pemimpin umat Islam yang mengkhianati bumi Palestin.

Para pemimpin umat Islam yang khianat, telah sekian lama membiarkan Palestin terus dibuli oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat melalui bermacam-macam perjanjian antarabangsa. Hasil bermacam-macam rundingan dan perjanjian yang telah termeterai malah mengukuhkan lagi cengkaman Zionis Israel terhadap tanah Palestin dan melemahkan kedudukan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka daripada terus ditindas.  Sesiapa sahaja yang melihat peta kedudukan entiti haram Israel yang dikelilingi oleh negara-negara umat Islam sudah pasti sukar untuk memahami bagaimana rejim Zionis Israel boleh terus menerus membantai sesuka hati umat Islam Palestin  sedangkan entiti tersebut dikelilingi oleh negara-negara arab yang beragama Islam!. Bagaimana ianya boleh berlaku?! Tak masuk akal langsung. Sedangkan percikan darah dan tangisan umat Islam Palestin yang dizalimi oleh rejim haram Israel sejak tahun 1948 lagi begitu terang dan jelas umpama  petir yang menghiasi angkasa. Jawapan kepada persoalan tersebut ialah, umat Islam Palestin telah dikhianati oleh para pemimpin umat Islam sendiri. Para pemimpin yang khianat, mereka tidak mempunyai sedikitpun keberanian untuk mengerakkan tentera mereka menentang tentera entiti haram Israel. Mereka bukan hanya berdiam diri melihat tanah umat Islam Palestin dirampas inci demi inci oleh penceroboh Zionis, bahkan mereka secara tidak langsung telah membantu memperkukuhkan kedudukan entiti haram Israel di atas Tanah Yang Diberkati dengan membantu menjayakan bermacam-macam rundingan dan perjanjian antarabangsa. Bukan lagi rahsia, para pemimpin khianat ini sudah sampai ke tahap tidak ada lagi rasa malu pada umat Islam dan takut pada azab Allah SWT apabila mereka telah mengiktiraf kewujudan entiti haram Israel di atas tanah yang rampas daripada umat Islam Palestin.

 

Ketiga, umat Islam ketika ini hidup berpecah belah.

Sempadan nasionalisme yang dibentuk ketika penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam telah menjadikan umat Islam umat yang berpecah belah. Umat Islam telah dibelenggu oleh sempadan nasionalisme dalam apa jua keputusan dan tindakan mereka. Sempadan nasionalisme menjadikan umat Islam melihat permasalahan yang sedang dihadapi di Palestin sebagai masalah rakyat Palestin semata-mata, bukan masalah umat Islam secara keseluruhan. Perpecahan ini memudahkan rejim Israel Zionis secara terang-terangan merampas inci demi inci tanah Palestin dan terus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Rejim Zionis mengetahui dengan yakin bahawa umat Islam daripada belahan yang lain tidak akan membela dan menyelamatkan rakyat Palestin dengan cara yang diperintahkan oleh Allah SWT iaitu jihad fisabilillah. Ini kerana umat Islam telah dimandulkan oleh sempadan nasinalisme dan sentiasa tunduk kepada undang-undang antarabangsa yang didominasi oleh sekutu kuat rejim Zionis Israel iaitu Amerika Syarikat. Musuh-musuh Islam ini tahu bahawa umat Islam akan hanya sekadar menghulurkan bantuan kemanusian atau menzahirkan kemarahan terhadap kekejaman yang telah dilakukan berulang-ulang kali oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Semua kemarahan dan bantuan kemanusian daripada dunia Islam ini  sedikit pun tidak mengentarkan rejim Zionis Israel untuk terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Inilah natijah apabila umat hidup berpecah belah berdasarkan sempadan nasionalisme dan tidak bersatu seperti yang diperintah Allah SWT.  

 

Keempat, Palestin tidak akan dapat dibebaskan daripada penjajahan rejim Zionis Israel selagi sistem pemerintahan Islam iaitu Sistem Khilafah tidak ditegakkan semula.

Rejim Israel Zionis hanya akan dapat dihalau dari bumi Palestin oleh jihad yang dilancarkan oleh tentera Khilafah. Hanya sistem Khilafah yang bersedia dan mempunyai keberanian melancarkan jihad menentang rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya. Kerajaan-kerajaan negara Islam yang ada ketika ini khususnya kerajaan yang berada di sekeliling Palestin seperti Jordan, Mesir, Syria atau berhampiran dengan Palestin seperti Arab Saudi, Turki dan Iraq, sama sekali tidak akan melancarkan jihad menentang rejim Zionis Israel. Kerajaan-kerajaan tersebut dipimpin oleh boneka-boneka yang lebih takut kepada Amerika Syarikat berbanding dengan Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kata-kata retorik yang keluar daripada mulut mereka. Itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menutup rupa sebenar mereka yang merupakan tali barut kepada kuasa barat. Hakikatnya mereka hanya akan melakukan sebarang tindakan jika diarahkan atau direstui oleh tuan mereka iaitu Amerika Syarikat. Maka, selagi sistem Khilafah tidak ditegakkan, rejim Zionis Israel akan terus membantai rakyat Palestin dengan sesuka hati. Mereka langsung tidak takut dengan tindak balas daripada negara-negara Islam kerana mereka tahu walau apaun yang mereka lakukan ke atas tanah dan penduduk Palestin, para pemerintah negara-negara umat Islam yang ada di sekeliling mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, kecuali hanya mengeluarkan kata-kata retorik yang hanya mengelikan hati rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya. 

 

Dr Musab

Aktivis HTM