Faktor Sebenar Isu Bekalan Gula

Sautun Nahdhah (SN) telah memaparkan isu gula dibawah tajuk “KEKURANGAN GULA: Hakikat atau Sengaja?”. Setelah lewat sebulan kupasan oleh SN, isu ini telah timbul semula dengan punca punca yang berbeza dari sebelumnya. Sebelum ini antara punca-punca yang dikaitkan dengan kekurangan gula adalah:


1.Masalah kilang gula perlis yang mampu mengeluarkan 50% dari keupayaan mereka.

2.Aktiviti penyeludupan dan penyorokan gula oleh pemborong dengantujuan memanipulasi harga.

SN sudah mengupas isu ini dan memberikan penyelesaian menurut Islam. Walaubagaimanapun kebelakangan ini muncul semula “punca-punca” baru yang cuba dikaitkan dengan kekurangan gula.

Utusan Malaysia pada 12hb Julai yang lalu dibawah tajuk “Pemborong akan bekal gula ikut zon bagi atasi masalah bekalan” laporan ini bertujuan mencipta punca baru iaitu masalah agihan yang tidak sekata dan seterusnya menyelesaikan punca yang dicipta tersebut. Manakala Utusan Malaysia 18hb Julai dibawah tajuk “Agihan gula dikaji semula” menekankan lagi punca dan penyelesaiannya, di mana Datuk Mohd Shafie Apdal Menteri PDNHEP dipetik berkata:

“Sepatutnya pihak industri dan pemborong perlu mendapatkan bekalan secara terus dari kilang kerana mereka mempunyai keupayaan besar dari segi modal, pengangkutan selain menikmati harga istimewa berbanding harga runcit”

“Sekiranya mereka (industri dan pemborong) terus mengambil bekalan dan membekalkan ke kawasan lain, sudah pasti bekalan gula di peringkat peruncit dan pengguna akan mengalami masalah besar terutama menjelang musim perayaan”

“Kita akan selaraskan semula pengagihan bekalan gula mengikut zon negeri dalam tempoh terdekat supaya agihan ini dapat diimbangi dengan keperluan di semua peringkat meliputi industri, pemborong, peruncit dan pengguna seluruh negara,” katanya.

Di dalam setiap laporan di atas Datuk Mohd Shafie Apdal Menteri PDNHEP berulangkali menekankan kapasiti pengeluaran gula negara sebanyak 1.2 juta metrik tan dan sedangan pemintaan *****a 925,000 ribu metrik tan.

Berbeza pula laporan oleh Berita Harian pada 17hb Julai di bawah tajuk “3 kilang tidak proses gula: Pengilang utamakan eksport punca bekalan pasaran tempatan kurang”.

Berita harian melaporkan kementerian yang sama mendapati tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual dipasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi. Harga bahan tersebut diluar negara lebih tinggi iaitu AS$509.74(RM1,835) satu tan berbanding AS$324.36(RM1,232) satu tan dipasaran tempatan.

Sumber dari berita harian pada 18hb Julai juga memberitahu, eksport gula sebanyak 50% dibenarkan kepada kilang gula tempatan dan MITI juga berhak mengurangkannya. Jika berdasarkan sikap pengilang dan ditambahkan dengan kuota Eksport sebanyak 50% yang diberikan oleh MITI sendiri, maka tidak hairanlah kita menghadapi kekurangan gula sekarang.

Keempat – empat kilang memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 1.2 juta metrik tan dan jika 50% darinya dieksport maka bekalan gula dipasaran tempatan adalah sebanyak 600,000 metrik tan, walhal negara memerlukan sebanyak 925,000 metrik tan.

Pengagihan Dan Mekanisma Pengagihan

Setiap sistem ekonomi memiliki kaedah pengagihannya keperluan asasnya sendiri, tetapi mekanisma pengagihan yang dicadangkan oleh pihak KPDNHEP ditidak diketahui dari mana asal usulnya. Timbul persoalan iaitu berkaitan mekanisma pengagihan ini, adakah ia merupakan ilmu baru yang dikeluarkan oleh LSE, Harvard atau MIT?

Sistem Ekonomi Kapitalis berpijak dari tahyul bahawa sumber terhad tetapi keinginan manusia tidak terbatas, Jadi menurut mereka perlu ada satu mekanisma yang mengekang manusia dari membolot sumber sumber tanpa had. Di sinilah mereka memperkenalkan mekanisma harga sebagai alat yang mengimbangkan penawaran dan permintaan.

Di dalam masaalah gula yang kita hadapi sekarang pihak pengilang lebih berminat untuk memasarkan gula di pasaran luar kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi, oleh itu permintaan merekalah yang dipenuhi kerana harga yang lebih ditawar oleh pasaran luar. Jadi menurut kerangka pemikiran sistem kapitalis, masalah gula boleh diselesaikan dengan menaikan harga gula setara dengan apa yang dibayar oleh pasaran luar.

Sistem ekonomi Islam tidak menjadikan mekanisma harga semata sebagai alat pengagihan, kerana mekanisma harga menyebabkan golongan yang tidak mampu membayar lebih tidak dapat memenuhi keperluan primer dengan sempurna. Mekanisma harga juga semakin mencengkam hidup golongan miskin didalam pasaran terbuka, malah negara- negara miskin juga semakin dicengkam oleh mekanisma ini. Mari kita buat perbandingan antara negara kita dan negara kaya seperti Britain dan jiran kita Singapura. Secara kasar rakyat mereka mampu membayar lebih dari majoriti rakyat negara kita, mereka mungkin tiada masalah untuk membayar RM 2 untuk sekilo gula berbanding dengan majoriti rakyat negara kita, maka jika mekanisma harga menjadi rujukan sudah tentu agihan sumber seperti gula akan diagihkan keluar dan permintaan tempatan gagal dipenuhi kecuali jika kita juga sanggup membayar harga yang sama.

Sistem Islam melihat manusia itu sebagai subjek yang perlu dipenuhi keperluan asas hidupnya. Negara menjamin terpenuhnya keperluan asas rakyatnya dan tidak membiarkan harga secara bebas menentukan agihan. Negara juga tidak menafikan eksport kerana ianya boleh mendatangkan kekayaan kepada negara dalam bentuk lebihan dalam imbangan pembayaran (balance of payment), hanya saja eksport itu berlaku apabila keperluan dalaman negara itu dipenuhi dengan sempurna dan lebihan dari keperluan itulah yang dieksport dengan harga yang kompetatif.

Sumber : mykhilafah.com