Fikratul Ummah – Jun 2014

alt
 

MUQADDIMATUL KALAM

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh…

Segala puji bagi Allah Yang Maha Menentukan, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat. Alhamdulillah, Khilafah Centre dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah berjaya menganjurkan Konferens Muslimah yang bertemakan Selamatkan Wanita dan Anak-anak dengan Syariah dan Khilafah pada 4 Mei 2014 yang lalu.

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Konferens tersebut adalah acara kemuncak dalam Kempen Kebangkitan Khilafah anjuran MHTM yang diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya wanita bahawa kehidupan kita saat ini adalah kehidupan yang sempit dan sengsara. Walaupun Malaysia adalah Negara yang aman daripada peperangan fizikal atau kezaliman pihak tentera seperti di negeri umat Islam yang lain, namun Malaysia tidak aman daripada pelbagai jenis masalah sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Jadi, masalah yang sedang dan akan terus merosakkan wanita dan generasi ini harus ditangani segera dengan benar.

Konferens yang telah dihadiri oleh wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat ini telah membongkar punca permasalahan ini yang berakar umbi daripada peranan sebuah Negara yang berkewajipan untuk mengatur urusan rakyatnya. Jadi, dalam FU edisi kali ini, kami persembahkan kepada para pembaca sekalian teks pembentangan keempat-empat ahli panel konferens yang dengan jelas menebarkan fakta dan realiti, punca serta langkah penyelesaian dalam merungkaikan tema konferens yang telah dipilih.

Mudah-mudahan kupasan FU edisi khas ini mampu menyuntik semangat dan membuka fikiran para pembaca sekalian untuk terus bangkit dan berjaya dunia akhirat bersama janji Allah SWT bahawa umat Islam di akhir zaman akan berkuasa di muka bumi dan kita akan hidup dengan aman sentosa.  Firman Allah SWT,

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa[TMQ an-Nuur (24):55].

Wallahu a’lam.


WANITA DAN KANAK-KANAK MANGSA KEROSAKAN SISTEM DEMOKRASI-KAPITALIS DI MALAYSIA

Oleh:
Dr. Aslam Diyana Selamat
Aktivis Muslimah HizbutTahrir Malaysia

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Namun realitinya sama ada diakui atau tidak, negara ini adalah sebuah negara pengamal sistem demokrasi-kapitalis. Ia mendoktrin rakyatnya bebas dalam kehidupan sama ada dalam konteks untuk berakidah, bertingkahlaku, memberi pendapat dan memiliki harta. Inilah yang dikatakan sebagai penerapan konsep hak asasi manusia secara mendasar. Penerapan konsep hak asasi manusia ini juga meliputi isu persamaan gender, khususnya penekanan kepada hak-hak wanita yang mesti disamakan dengan lelaki kerana sebelum ini wanita sering disifatkan sebagai golongan yang didiskriminasi. Atas dasar ini, kerajaan dan institusi asing Barat sentiasa berusaha mengubah struktur keluarga dan peranan wanita melalui CEDAW, Dasar Wanita Negara, Dasar Keluarga Negara dan lain-lain.

CEDAW adalah singkatan bagi Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita) yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1979. Konvensyen ini diwujudkan tidak lain kecuali untuk mengukuhkan lagi prinsip hak asasi manusia dan kesamaan wanita di seluruh dunia. Konvensyen ini menyediakan asas untuk merealisasikan kesaksamaan di antara wanita dan lelaki dengan memastikan akses yang sama kepada wanita, dan peluang yang sama dalam kehidupan politik dan awam -termasuk hak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya- dan juga pendidikan, kesihatan dan pekerjaan (http://www.un.org/womenwatch/daw/cedaw/cedaw.htm)

Apa yang lebih penting, ia sebenarnya adalah usaha mengukuhkan kedudukan AS sebagai global leader yang kononnya berdiri untuk menjaga dan mempertahankan hak asasi wanita seluruh dunia. Sehubungan itu, sejumlah 188 negara telah meratifikasi konvensyen ini dan 99 daripadanya adalah negara penandatangan. Malaysia adalah antara negara di rantau Asia yang telah menerima dan meratifikasi CEDAW pada 5 Julai 1995.  Kesemua negara yang terlibat ini dikehendaki untuk membentuk polisi bagi mewujudkan lebih ruang keselamatan dan peluang pekerjaan bagi wanita dan keluarga di negara masing-masing. 

Atas dasar itu, maka wujudlah Dasar Wanita Negara bersama-sama dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita pada tahun yang sama penyertaannya sebagai kelangsungan objektif oleh perikatan badan antarabangsa tersebut. Antara rangka yang digubal dalam membentuk dasar ini termasuklah hala tuju pembangunan wanita. Pada tahun 2013, Malaysia mempunyai penduduk wanita seramai 14 juta daripada lebih 28.9 juta penduduk. Oleh yang demikian wanita dikatakan perlu berperanan dalam menyumbang pembangunan ekonomi negara. Tambahan itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Profesor Monique dan Professor Natalie pakar psikologi dari Kanada, mereka mendapati bahawa faktor penentu kejayaan bagi wanita adalah berdasarkan posisi wanita dalam kerjaya dan jumlah sumber pendapatan yang diperolehi.

Di Malaysia, 49.5% wanita terlibat dalam guna tenaga wanita (employment) pelbagai bidang pada tahun 2012 berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kerajaan juga telah mensasarkan seramai 55% daripada wanita di Malaysia untuk terlibat dalam sektor pekerjaan. Dalam sistem demokrasi-kapitalis, kadar kemiskinan negara merupakan indikator kemunduran yang mendatangkan kerugian malah beban kepada negara. Di Malaysia, tingginya kadar kemiskinan ini datangnya daripada kalangan ibu tunggal dan wanita yang terpaksa menjadi ketua keluarga dan seterusnya menyara keluarga masing-masing. Mengikut perangkaan yang diperolehi, sejumlah 663,261 orang wanita di Malaysia terpaksa menjadi ketua isi rumah pada tahun 2000 [www.statistics.gov.my/portal].

Menurut Islam, peranan asal wanita dalam sesebuah keluarga adalah sebagai penanggungjawab utama untuk menjaga dan mengatur rumahtangga manakala lelaki pula sebagai ketua rumah tangga dan penjana ekonomi keluarga. Melalui CEDAW, kita dapat melihat bagaimana Barat berusaha untuk menyamaratakan peranan yang perlu dimainkan oleh kedua-dua gender. Peranan baru wanita sengaja diciptakan dan diperbesarkan oleh Barat atas nama hak asasi manusia dan persamaan gender. Secara tidak langsung, usaha ini menyebabkan tanggungjawab penjagaan anak-anak oleh wanita dipinggirkan. Malah, peranan utama wanita kini dialihkan kepada kesibukan-kesibukan mencari sumber pendapatan keluarga. Usaha Barat ini bukan sahaja menghilangkan peranan seorang wanita, tetapi peranan seorang lelaki sebagai ketua keluarga turut terpalit sama. Realitinya, impak persamaan hak asasi yang dilaungkan Barat telah menghancurkan institusi keluarga Muslim dan kesan ketara dapat dilihat apabila hilangnya salah satu fungsi negara sebagai pelindung wanita.

Masalah Bertimpa-Timpa Dan Kesannya

Dengan peningkatan kos sara hidup seperti kenaikan harga barang-barang, yuran pendidikan, kos kesihatan yang mahal, pelaksanaan cukai baru dan banyak lagi, telah mengakibatkan kemelut kemiskinan dalam institusi keluarga turut meningkat. Usaha pengembangan ekonomi melalui pelbagai cara oleh pihak kerajaan ini secara tidak langsung telah memaksa wanita keluar bekerja bagi menanggung beban dan menyelamatkan ekonomi keluarga. Peranan utama wanita sebagai ummun wa rabbatul bait (ibu dan pengatur rumah tangga) terpaksa dikorbankan demi memenuhi keperluan ini. Paparan di salah sebuah akhbar utama pada 24 April lalu mengenai seorang gadis yatim piatu seusia 15 tahun yang terpaksa menjadi ketua keluarga dan keluar bekerja telah mendapat perhatian dan simpati masyarakat. Ini cuma salah satu daripada banyak kisah hidup wanita Malaysia yang sedang berhadapan dengan kesempitan hidup. Persoalannya, apakah peranan dan tanggung jawab negara dalam hal ini?

Kemelut kesempitan hidup dan kemiskinan bukan sahaja memaksa wanita keluar mencari nafkah, bahkan wanita juga terpaksa berhadapan dengan arus materialistik. Ramai wanita yang sanggup menjadi objek eksploitasi samada secara ‘terhormat’ atau tidak. Rumah-rumah pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut berleluasa terutama di ibu kota dan kewujudannya sukar dibendung. Salah satu berita dalam Utusan Malaysia pada tahun 2012 telah melaporkan bahawa pelacur wanita tempatan telah meningkat sebanyak 70%. Ini adalah hasil daripada tangkapan yang berjaya dilakukan oleh pihak PDRM pada tahun tersebut [UM 31/01/2012]. Jumlah ini tidak termasuk bilangan pelacur yang tidak dapat dikenal pasti, khususnya yang menjadi ‘perempan simpanan’ dan juga ‘kelas atasan’. Selain itu, tidak kurang juga wanita yang berusaha berhempas pulas menjadi artis dan model sebagai cara mudah untuk memperoleh sumber pendapatan yang lumayan bagi meningkatkan taraf hidup. Ringkasnya, usaha menaik taraf ekonomi oleh negara ini telah secara langsung menaikkan jumlah wanita yang terlibat dalam kemaksiatan.

Selain itu, wanita merupakan mangsa yang paling tinggi berhadapan dengan ancaman keganasan. Menurut Tengku Naufal Tengku Mansor, seorang pengamal undang-undang di Malaysia, statistik kes keganasan rumah tangga terhadap wanita secara puratanya meningkat dari setahun ke setahun. Lebih 90 peratus kes-kes keganasan rumah tangga dilakukan oleh lelaki (suami) terhadap isteri, manakala hanya lima peratus kes wanita mengkasari [UM 25/08/2010]. Realitinya 1 daripada 3 orang wanita di dunia pernah menjadi mangsa keganasan sama ada dipukul, dijadikan habuan seks, didera dan dianiaya dengan pelbagai cara. Data statistik kes rogol di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2009 menunjukkan bahawa kes rogol meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 9 tahun dan 80.5% daripada mangsa ini adalah daripada kaum Melayu. Dalam satu kejadian terbaru di Bachok Kelantan pada 3 April 2014 yang lalu, seorang wanita hamil tujuh bulan dan telah memiliki seorang anak berusia 5 tahun telah menjadi mangsa rogol 5 lelaki yang tidak berhati perut ketika keluar membeli makanan bersama rakannya [UM 03/04/2014].

Tidak cukup dengan itu, wanita turut terancam dengan keganasan domestik. Biarpun Islam membenarkan suami memukul isteri yang nusyuz, namun hanyalah sebatas pukulan yang mendidik serta tidak menyebabkan kecederaan fizikal. Namun ironinya, di negara yang kononnya mendokong sistem yang memperjuangkan kebebasan dan kesamaan gender ini, masalah keganasan domestik yang melampau tetap berlaku dan amat sukar dibendung. Walaupun statistik tidak menunjukkan peningkatan yang ketara pada penghujung tahun 2012 namun kita tidak menolak kemungkinan terdapat banyak wanita yang takut dan malu untuk tampil membuat laporan malah sanggup bertahan untuk mempertahankan rumahtangga. 

Ini adalah antara kes yang dipaparkan di dada akhbar bagi kejadian keganasan domestik di Malaysia dan ada di antaranya sehingga membawa kepada kes kematian. Namun begitu, perceraian tetap merupakan jalan terakhir dalam masalah rumahtangga. Wanita terpaksa berhadapan dengan perceraian apabila rumah tangga tidak lagi harmoni. Dalam tempoh 15 tahun, kes perceraian yang didaftarkan ini telah meningkat lebih 4 kali ganda. Menurut sumber Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara penyebab berlakunya kes perceraian adalah masalah ekonomi, suami atau isteri yang tidak bertanggungjawab serta masalah akhlak. Hal yang lebih menyedihkan lagi apabila kes perceraian ini menyumbang kepada peningkatan jumlah ibu tunggal yang terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi keluarga.

Impaknya, masalah-masalah yang sedang dihadapi wanita di Malaysia kini menyebabkan mereka berhadapan dengan risiko kesihatan mental dan fizikal. Laporan Berita Harian pada tahun 2011 menyatakan bahawa kaum wanita menduduki tangga ke-16 di dunia dalam masalah tekanan hidup [UM 18/07/2011]. Mengapa ini terjadi? Ini berlaku kerana kebanyakan wanita terpaksa menghadapi konflik bebanan tugas. Kajian telah membuktikan bahawa wanita mengalami tekanan kerana terpaksa bekerja kuat bagi menggalas tanggungjawab menjaga keluarga serta terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan.

Selain itu, negara Malaysia sedang berhadapan epidemik HIV dan AIDS. Masalah HIV terus meningkat setiap tahun. Jumlah yang terkumpul bagi kes HIV sahaja sehingga tahun 2009 telah menjangkau 87,710 orang [UM 14/09/2010]. Ini bukanlah satu fakta yang memeranjatkan kerana peningkatan ini secara signifikannya begitu konsisten dengan masalah pergaulan bebas berdasarkan data-data yang berkaitan dengan eksploitasi dan pemerdagangan wanita Malaysia. Apa yang menjadi kerisauan adalah masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh wanita ini memberi kesan negatif secara langsung kepada anak-anak dan keluarga itu sendiri.

Kesibukan wanita bekerja menyebabkan penjagaan anak-anak terpaksa dikontrak kepada orang lain. Anak-anak terpaksa dihantar ke pusat pengasuhan. Terdapat juga ibu bapa yang terpaksa menggaji pembantu rumah untuk menjalankan tugas si ibu. Lebih menyedihkan, apabila ada yang terpaksa meninggalkan anak sehingga berhari-hari malah berminggu-minggu semata-mata untuk mencari sumber pendapatan. Akibatnya, perhatian kepada perkembangan anak sama ada secara fizikal mahupun mental terjejas. Malahan, anak-anak turut terdedah dengan ancaman keganasan domestik. Berdasarkan data yang diperolehi, trend penderaan anak-anak terus meningkat saban tahun dan jumlah kes kanak-kanak didera yang terkini (2012) adalah sebanyak 4000 kes [UM 11/08/2013]. Kebanyakan pendera ini terdiri daripada kalangan keluarga sendiri atau penjaga mangsa termasuklah pengasuh dan pembantu rumah. Bagi kanak-kanak perempuan, penderaan seksual sangat mendominasi malah mendahului penderaan berbentuk fizikal. Jika situasi ini dibiarkan berterusan, kesannya pada anak-anak bukan sahaja dari aspek gangguan mental dan perkembangan fizikal, tetapi yang lebih buruk adalah masalah tingkah laku kerana anak-anak ini lebih mudah terjebak ke lembah maksiat apabila meningkat dewasa kelak.

Budaya Hedonisme
Hedonisme adalah fahaman yang berasaskan kepada keseronokan. Sebarang unsur yang boleh mendatangkan kesusahan atau kesedihan merupakan satu belenggu yang merantai manusia untuk mengecapi kebahagian, kesenangan, ketenangan dan keseronokan. Golongan remaja sangat mudah terjebak dengan aliran ini kerana ia merupakan kunci bagi melepaskan diri dari sebarang masalah kehidupan mereka. Keghairahan remaja Malaysia mengejar gaya hidup bebas dan bersuka ria menyebabkan mereka sanggup melakukan pelbagai perkara yang boleh memberi kepuasan dan keseronokan yang optimum meskipun dengan cara meniru budaya hidup barat. Gaya hidup sedemikian seolah-olah dilabelkan sebagai simbol yang berprestij dalam sistem stratifikasi sosial bagi aliran hedonisme. Penonjolan budaya dapat dilihat melalui gaya hidup yang mementingkan hiburan yang melampau, LGBT, penyalahgunaan dadah, kehidupan yang mewah melebihi daripada kemampuan dan sebagainya.

Terkini, parti separa bogel Pool Party mula menjadi gaya baru dan kegemaran kebanyakan remaja di Malaysia. Meskipun penganjurannya secara besar-besaran di Johor dan Ampang pada awal April lalu telah disekat oleh pihak berkuasa, namun melalui sebaran gambar di internet, kita dapat merasakan budaya rosak Barat ini mula menular di kalangan remaja. Dalam kejadian terbaru pada bulan Mac tahun ini, 5 orang remaja mati dan 3 kritikal akibat pengambilan dadah amphetamine berlebihan ketika mengunjungi Future Music Festival Asia 2014 di mana polis telah mendapati 19 orang remaja positif dadah. Apa yang lebih menyedihkan, kesemua mereka yang terlibat ini adalah pelajar IPT.

Inilah hakikat pergaulan bebas yang mengakibatkan gejala sosial semakin berleluasa dan sukar dibendung. Hubungan seks luar nikah sudah menjadi lumrah. Pesta dan konsert hiburan bukan lagi semata-mata menjadi tempat hiburan malah menjadi medan melakukan hubungan keji itu. Akibatnya lahirlah ramai anak-anak luar nikah sehingga bilangan anak yang tidak sah taraf yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara mencecah 234,647 orang dari tahun 2006 hingga 2010 [BH 21/03/2011]. Ini adalah secebis petanda betapa rosaknya akhlak generasi rakyat Malaysia di masa hadapan. Hedonisme juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah penglibatan remaja dengan dadah, baik sebagai penagih mahupun keldai dadah. Pengambilan dadah adalah jalan keluar apabila berhadapan dengan tekanan hidup. Tambahan lagi, akibat kesempitan hidup, wanita sanggup dipergunakan sebagai pengedar dadah sebagai cara mudah memperolehi pendapatan yang lumayan. Statistik juga membuktikan bilangan anak-anak remaja di Malaysia yang mengambil dadah terus meningkat hampir 7 kali ganda dalam tempoh 4 tahun. YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri menyatakan kebimbangan beliau apabila pengedar dadah ini sedang mensasarkan kumpulan anak-anak seawal usia 10 tahun, semasa Sambutan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan pada Mac lalu di Kajang [UM 04/03/2014].

Kecenderungan untuk hidup mewah ini bukan sahaja mendedahkan golongan remaja kepada gejala sosial malah kegiatan jenayah juga. Buktinya, pendedahan yang dilakukan oleh akhbar Berita Harian pada 9 April lalu menunjukkan bahawa aktiviti gangsterisme di kalangan remaja meningkat. Kes jenayah samun berkumpulan, curi kenderaan, bunuh dan rogol semuanya meningkat secara mendadak dalam tempoh 2 tahun.

Punca Masalah Dan Penyelesaian
Pelbagai penyelesaian semasa sedang diusahakan oleh banyak pihak bagi mengatasi masalah wanita dan keluaga. Di peringkat antarabangsa, sambutan Hari Wanita Sedunia menjadi platform pembangkit kesedaran kepada wanita terhadap gagasan hak asasi wanita dan kesetaraan gender. Di Malaysia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyediakan pelbagai insentif dan program bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam pembangunan negara melalui sektor pekerjaan (termasuk perniagaan) yang dapat menjana pendapatan keluarga. Pihak kerajaan turut menyediakan insentif ke atas pusat jagaan anak-anak dalam program transformasi ekonomi melalui potongan cukai ke atas pusat jagaan anak-anak dan majikan. Selain itu, pelbagai hukuman pencegahan digubal yang bukan sahaja bertentangan dengan syarak, malah pada hakikatnya tidak mampu menyelesaikan masalah hingga ke akar umbi. Sebagai contoh, hukuman denda yang dikenakan ke atas pelaku zina, jelas bertentangan dengan wahyu dan sedikit pun tidak mendidik si pelaku untuk berubah. Dalam waktu yang sama, media massa dan internet juga terus menerus memaparkan rancangan hiburan tanpa sekatan selain rancangan seks yang terlalu mudah diakses.

Badan kerajaan turut memainkan peranan dengan penubuhan One Stop Crisis Centre iaitu Pusat Khidmat Sepadu yang diwujudkan di klinik dan hospital-hospital kerajaan. Ia berbentuk konsep perkhidmatan yang menawarkan khidmat perubatan, kaunseling dan polis di satu pusat khusus bagi mereka yang mengalami masalah keganasan. Kita tidak menafikan usaha baik kewujudan pusat ini, namun persoalannya sejauh manakah mangsa keganasan mendapat pembelaan sewajarnya dan sejauh manakah masalah ini telah dapat diatasi? Begitu juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang turut berusaha memainkan peranan. Di antaranya dengan mewujudkan rumah perlindungan wanita bagi mereka yang menghadapi gangguan mental akibat keganasan dan gadis terlanjur. Selain itu juga, Baby Hatch (rumah perlindungan bayi) diwujudkan yang kononnya dapat mengurangkan masalah kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

Apa yang pasti, segala penyelesaian yang diambil tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah semakin bertambah dari masa ke semasa. Jadi, persoalan mendasar di sini ialah, di manakah silapnya? Apakah puncanya? Adakah semata-mata disebabkan oleh kelemahan individu? Ataukah disebabkan oleh kelemahan penerapan sistem perundangan? Realitinya, segala penyelesaian yang diambil tidak ubah seperti menadah air yang turun akibat ketirisan atap. Air cuma ditampung agar tidak membasahi lantai dan tidak melimpah. Begitulah yang dikatakan penyelesaian simptomatik yang bukan berdasarkan diagnosis dan tidak merawat punca. Walhal hakikatnya ataplah yang perlu dibaiki atau ditukar bagi membaiki ketirisan tersebut.

Khatimah
Sebagai kesimpulan, umat Islam harus sedar bahawa masalah yang melanda wanita pada hari ini adalah masalah yang sistemik. Ibarat anggota tubuh yang saling terkait antara satu sama lain, apabila sakit salah satu anggota, maka anggota lainnya pun akan turut terjejas. Begitulah sistem hidup manusia. Hak asasi manusia, kesetaraan gender, hedonisme dan demokrasi, semuanya adalah idealisme dan sistem yang datangnya dari Barat yang mengakar umbi dalam kehidupan manusia amnya dan umat Islam khususnya. Inilah punca peruntuh generasi, bukan pembina atau pembangun generasi. Sistem demokrasi-kapitalis Barat, selain merupakan sistem kufur yang haram diambil oleh umat Islam, ia juga terbukti tidak mampu untuk mengekang permasalahan yang sedang melanda khususnya wanita dan anak-anak dan terbukti menambah parahkan lagi masalah.

Firman Allah SWT,

Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?[TMQ al- Maidah (5):50].

Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah”  [TMQ al-An’am (6):57].

Dengan fakta kerosakan dan nas yang jelas mengharamkan sistem buatan manusia ini, adakah anda masih mahukan sistem demokrasi-kapitalis terus berjalan dalam kehidupan? Tepuk dada tanyalah iman.

Wallahu’alam


KEZALIMAN SISTEM DEMOKRASI TERHADAP WANITA DAN ANAK-ANAK DI SELURUH DUNIA

Oleh :
Sumayyah Amar
Wakil Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Setiap makhluk ciptaan Allah SWT dikhususkan dengan tanggungjawab tertentu yang selari dengan fitrah kejadian masing-masing, termasuklah wanita. Bagi melaksanakan segala tanggungjawab yang dibebankan, Allah SWT turut memberi pelbagai keistimewaan kepada wanita. Antaranya kaya dengan kasih sayang, tinggi dengan kesabaran serta komited dengan setiap amanah. Maka, wanitalah yang  paling layak menjadi ibu untuk anak-anak bernaung kasih serta mendidik mereka menjadi insan yang diredhai Allah SWT. Bagi si suami, isteri yang dinikahinya adalah ketenteraman bagi dirinya. Bukan itu sahaja, wanita juga kelak akan diminta pertanggungjawaban sebagai anggota masyarakat yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Namun, sistem demokrasi-kapitalis telah meragut kebahagiaan masyarakat di seluruh dunia sehingga ke tahap mencabar pelaksanaan tanggungjawab dan kedudukan wanita khususnya wanita Islam. Saban hari di setiap pelosok negara kaum Muslimin, wanita dan anak-anak menjadi mangsa kezaliman dan penindasan. Benarlah firman Allah  SWT,

Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)[TMQ ar-Rum (30):41].

Akhawati al-Karimaat,
Setiap hari kita dihujani dengan berita-berita yang memaparkan kerosakan dan penderitaan umat Islam sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kerosakan di dalam negara Malaysia telah pun dijelaskan sebelum ini. Statistik yang dipaparkan cukup menyesakkan dada kita. Bilakah semua ini akan berakhir? Dalam kesibukan kita mencari penyelesaian bagi masalah yang menimpa negeri ini, jangan pula kita lupa akan saudara-saudara kita yang berada di negeri-negeri umat Islam yang lain seperti Mesir, Syria, Myanmar dan banyak lagi. Penderitaan yang mereka alami juga sangat dahsyat sehingga melampaui batas dan di luar tabi’i manusia. Apa yang mereka sedang hadapi bukan sekadar masalah kekeluargaan tetapi sebuah suasana perang dengan penghapusan dan pembantaian yang tidak tergambar oleh akal. Mari kita telusuri sedikit apa yang berlaku di belahan dunia umat Islam.

Di Mesir, rakyatnya sehingga ke hari ini masih kebingungan kerana pemimpin yang mereka lantik melalui demokrasi, telah dijatuhkan dengan mudah melalui rampasan kuasa tentera. Bukan sekadar itu, rakyat yang mendukung beliau diperangi pula habis-habisan. Dr. Mohamed Morsi, presiden Mesir pertama yang terpilih secara demokratik, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai 2013. Kelompok hak asasi manusia Amnesty International mengatakan sekurang-kurangnya 1400 orang terbunuh dalam kekerasan di seluruh Mesir pada waktu itu, sementara ribuan lainnya ditangkap dan dipenjara. Kita menyaksikan pembunuhan kejam ke atas peserta demonstrasi anti-pemerintah di Mesir oleh tangan kepemimpinan tentera sekular, mesin pembunuh yang dipimpin oleh Jeneral Abdul Fattah al-Sisi. Semua golongan tidak kira tua, muda, perempuan, anak-anak, bahkan bayi, menjadi korban pertumpahan darah ini.

Akhawati al-Karimaat
,
Kebangkitan di Syria tercetus sejak 2012 berpunca daripada sekumpulan kanak-kanak seramai 28 orang sedang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Perkataan yang ditulis oleh kanak-kanak ini adalah keluar daripada hati nurani mereka iaitu “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN“. Slogan ini sebenarnya telah menjadi laungan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria kemudiannya menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara dicabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak tersebut lalu meninggal dan keluarganya menuntut mayat kanak-kanak tersebut dan meminta agar kanak-kanak lain juga dibebaskan. Kerajaan kemudian meletakkan syarat pembebasan kanak-kanak tersebut dengan penyerahan wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak rejim. Ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap rakyat dan menunjukkan kebiadaban tentera rejim.  Atas kejadian ini, maka berlakulah kebangkitan di Syria.

Setelah kebangkitan berlaku tanpa dapat dibendung lagi oleh Basyar yang merupakan ejen Amerika, maka Amerika bertindak seolah-olah mahu menghulurkan bantuan, tetapi hakikatnya ia hanya membiarkan umat Islam terus dibunuh oleh Assad sementara ia (Amerika) mencari pengganti baru bagi Assad. Bukti terpampang jelas di depan mata, antara yang paling ketara ialah pelepasan senjata kimia beracun oleh tentera Assad yang dibiarkan sahaja tanpa belas kasihan oleh Amerika dan juga kuasa-kuasa besar dunia yang kononnya lantang bersuara ingin menyelesaikan konflik dan menyelamatkan warga Syria yang dibunuh! Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke 120, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”

Akhawati al-Karimaat

Sedarlah bahawa demokrasi bukan sahaja gagal dan menindas kaum Muslimin di negara majoriti umat Islam, tetapi turut “menyeksa” kaum Muslimin yang menjadi minoriti di pelbagai negara. Kebencian terhadap agama Allah dan kaum Muslimin ini terlihat jelas oleh tentera/pemerintah kuffar dalam menghapuskan etnik Rohingya di Myanmar. Penindasan terhadap etnik Rohingya sebenarnya telah bermula sejak tahun 1962 lagi dan masih berlanjutan sehingga kini. Rejim Myanmar melancarkan perang besar-besaran ke atas Islam, terutama ke atas masjid-masjid dan siapa sahaja yang menampakkan keIslaman mereka. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan untuk diberi ‘latihan profesional’ dan kemudian dirogol. Bayangkan akhwati sekalian, wanita-wanita yang tinggal di kem-kem pelarian menjadi bahan seks bagi tentera yang bertugas untuk menjaga kem-kem pelarian tersebut. Sesiapa yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah-rumah dibakar dan ada yang ditukar menjadi stesen polis dan mereka yang kehilangan rumah berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan. Kes pembantaian terbaru Muslim Rohingya berlaku berikutan bancian penduduk sempena pilihan raya yang akan diadakan. Pihak rejim menginginkan agar hasil bancian penduduk kali ini, etnik Rohingya tidak tersenarai dalam senarai penduduk Myanmar.

Begitu juga dengan Muslim Uyghur di China yang merupakan kelompok minoriti Islam yang tinggal di rantau Barat laut Xinjiang, bersempadan dengan Asia Tengah, turut menjadi mangsa penghapusan. Rantau ini berada di bawah kawalan China pada tahun 1949 dan sejak itu Muslim Uyghur berjuang untuk kemerdekaan. Kumpulan minoriti itu sering dikaitkan dengan kumpulan pengganas, sering ditindas oleh kerajaan China dan menghadapi sekatan agama serta diskriminasi. Mereka berdepan peraturan ketat dalam beragama hingga dipaksa menggunakan al-Quran yang diluluskan kerajaan sahaja. Mereka juga berdepan sekatan-sekatan tertentu dalam peluang kerjaya. Lelaki Uyghur yang mahu berkhidmat dalam kerajaan mesti mencukur kepala dan wanita tidak dibenarkan bertudung. Muslim Uyghur juga dipinggirkan di tanah air sendiri selepas kemasukan puak majoriti China. Situasi semakin buruk ketika era Revolusi Budaya. Muslim di Xinjiang ini ditindas dengan kejam, masjid-masjid dimusnahkan, pakaian menonjolkan agama dan bahasa asli diharamkan. Di bawah Mao, ekonomi Xinjiang merudum sehingga 60,000 rakyat lari ke wilayah Russia untuk melepaskan diri dari masalah hidup.  Pihak pemerintah China telah mengerahkan tentera dan polis khusus untuk menyerang rumah-rumah Muslim Uyghur dan membunuh mereka sebebas-bebasnya.

Muslim di Rusia juga mengalami penderitaan yang sama dan Muslimah turut disakiti dan dianiaya. Suami mereka yang ikhlas berjuang ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Manakala di Uzbekistan pula, wanita-wanitanya dilakukan pemandulan paksa secara sistematik tanpa pengetahuan mereka. Inilah penderitaan umat Islam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang tidak akan berkesudahan tanpa pembelaan dari para pemimpin mahupun dari umat Islam lainnya. Mereka sudah penat memanggil kita semua untuk membela mereka, namun malangnya sebahagian besar tidak menyahut.

Akhwati al-Karimaat
Pada Januari 2014, bumi Republik Afrika Tengah pula bergolak. Agenda pembantaian umat Islam telah dilakukan oleh orang-orang Kristian kerana dendam yang telah lama dipendam sejak kekalahan mereka semasa Perang Salib dahulu lagi. Umat Islam di Afrika Tengah telah dibunuh dengan kejam. Wanita dan anak-anak tidak terkecuali daripada nafsu dendam puak Kristian. Mereka diculik, dibunuh, dibakar, dirogol dan sebagainya. Dilaporkan juga mengenai orang-orang Kristian yang membunuh kaum Muslimin dan memotong-motong tubuh mereka, bahkan memakan daging mereka mentah-mentah. Pada 13 Januari lepas, BBC menerbitkan penyelidikan terperinci tentang “seorang kanibal yang memakan daging manusia untuk membalas dendam”. Seorang saksi mengatakan, “Mereka menyerang dan menendangnya. Mereka menghentam batu ke kepalanya. Mereka melakukannya tanpa henti, walaupun dia sudah mati” “Mereka membakar mayat sekitar 20 orang. Mereka memotong seluruh kakinya, kemudian salah seorang dari mereka memakannya. Dia menggigitnya empat kali, lalu menelannya mentah-mentah, sebelum dibakar” Mereka merayakan kejahatan keji ini dengan berkumpul di sekelilingnya, menjabat tangannya, dan menepuk kepalanya, tersenyum dan tertawa seolah-olah ini pertama kali dia tersenyum lebar. Bagi mereka, dia adalah pahlawan. Salah satu daripada mereka berkata. “Semua orang sangat marah pada orang-orang Islam. Tidak mungkin ada yang akan ikut campur!”.

Ini hanyalah klimaks dari kejahatan yang terus dilakukan terhadap saudara-saudara Muslim kita di Republik Afrika Tengah oleh puak Kristian yang dengki dan memusuhi. Ini adalah salah satu gambaran daripada situasi yang benar-benar sedang dihadapi oleh saudara-saudara Muslim kita di sana saat ini. Merujuk kepada kerjasama Perancis, keterlibatan antarabangsa dan kejahatan para penguasa Muslim, sikap mereka terhadap kaum Muslimin di Afrika Tengah ini adalah sama seperti sikap mereka terhadap pembantaian bersejarah ke atas Muslim di Serbia pada tahun 1995 di mana lebih daripada 8 ribu orang awam mati dibunuh, perempuan-perempuan Bosnia diperkosa secara sistematik di bawah pengawasan pasukan PBB Belanda. Sesungguhnya, Allah SWT telah memberikan ancaman azab yang pedih kepada mereka yang menyeksa orang-orang Mukmin.

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian (bencana, membunuh, menyeksa) kepada orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka  azab (neraka) yang membakar” [TMQ al-Buruuj (85):10].

Akhawati al-Karimaat
Muslimah yang hidup di dunia Barat juga tidak terlepas daripada sentimen Islamophobia dengan pelbagai penindasan dan pandangan serong masyarakat terhadapnya. Wanita tidak bebas untuk menutup aurat, mereka didiskriminasi dan dihina. Pada 20 Mei tahun lepas, 2 orang Muslimah yang menetap di Paris telah menjadi mangsa Islamophobia.  Rabia, gadis berusia 17 tahun, telah diserang oleh kelompok yang digelar “Skinhead”. Akibat serangan tersebut, Rabia tersungkur ke tanah dan kemudian dihina dengan perkataan seperti “Arab kotor” dan “Muslim kotor”. Kemudian  mereka membiarkan Rabia dalam keadaan mulut, muka dan sikunya berdarah. Leila O, berusia 21 tahun yang sedang mengandung empat bulan telah diserang oleh  dua orang dengan menarik dan mengoyakkan tudungnya, memotong rambutnya, memukul tubuhnya berkali-kali, termasuk perutnya hingga menggugurkan kandungannya. Namun, atas dasar tidak mencampuri urusan negara lain, sekali lagi para penguasa umat Islam terus menjadi buta dan tuli daripada memberi bantuan dan pembelaan kepada mereka yang tertindas.

Lebih berbahaya daripada serangan secara fizikal, wanita dan anak-anak kaum Muslimin diserang pemikirannya dengan idea-idea sekularisme-kapitalis. Pelbagai mitos mengenai kecantikan pada definisi Barat telah merasuk Muslimah. Mereka sanggup berbelanja besar untuk alat-alat kosmetik, malah Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mencatat jumlah pengguna kosmetik tertinggi di dunia. Iran pula menduduki kedudukan tertinggi dalam pembedahan plastik di hidung. Wanita Dubai yang paling tinggi menjalani proses penyedutan lemak dan suntikan Botox. Ini bukanlah satu pengiktirafan kepada wanita, sebaliknya penghinaan yang amat besar. Wanita sebagai objek seks, dihias cantik dan diperagakan seperti barang jualan yang murah. Jika di negara Barat, budaya ini biasa dan dianggap sebagai puncak kemuliaan wanita, namun hakikatnya ia adalah puncak kehinaan bagi seseorang Muslimah. Tanpa sedar, sebenarnya kapitalisme telah menjadikan wanita sebagai objek seks yang boleh dimanipulasikan sebagai pelaris produk keluaran mereka. Justeru, wanita dan anak-anak Muslim di seluruh dunia perlu disedarkan, diselamatkan dan dikeluarkan daripada terus menjadi objek penindasan sistem demokrasi-kapitalis-sekular kepada sistem ciptaan Allah yang terjamin kebahagiaannya.

Khatimah

Akhawati al-Karimaat
Kami ingin bertanya, adakah anda semua mengaku sebagai seorang Muslim yang mencintai Islam? Adakah kaum Muslimin di seluruh dunia ini merupakan saudara seagama dan seakidah anda? Sejak dulu mereka menjerit memanggil anda semua untuk membela mereka. Penderitaan yang mereka alami sudah tidak tertanggung lagi. Tidakkah anda wajib untuk membantu mereka, menyahut panggilan mereka? Bukankah penderitaan wanita dan kanak-kanak Muslim di negeri-negeri lain merupakan  urusan anda? Wahai Muslimah sekalian, adakah anda semua bersedia untuk bersama-sama dengan kami untuk membela nasib mereka?

Rasulullah SAW bersabda,“Perumpamaan kaum Mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta mereka adalah seperti satu tubuh. Jika satu bahagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak dapat tidur dan merasa demam[HR Bukhari dan Muslim].

Dalam Hadis Rasulullah SAW dari Anas bin Malik, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya” [HR. al-Bukhari dan Muslim].

Sikap diamnya para penguasa kaum Muslimin di pelbagai negeri adalah natijah daripada wujudnya nation state (negara bangsa) di Dunia Islam. Dengan fahaman nasionalisme yang ada, seolah-olah menjadikan kaum Muslimin terlepas daripada ikatan mereka yang satu, iaitu ikatan tauhid. Mereka merasa asing dengan saudara mereka yang Muslim yang berada di tempat lain atau berlainan bangsa. Para penguasa di negeri tersebut seakan tidak mendengar perintah Allah SWT,

Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan” [TMQ al-Anfal (8):72].

Sampai bila kalian mahu tunggu lagi wahai para Muslimah, sebelum kalian mahu bergerak untuk menolak sistem demokrasi ciptaan manusia dan berusaha menegakkan sistem Khilafah warisan Rasulullah SAW yang akan membawa kesejahteraan kepada kita semua? Semoga Allah memimpin kita semua ke jalan kebenaran.

Wallahu’alam.


DEMOKRASI LIBERAL, PANGKAL SEGALA MASALAH

Oleh:
Ir. Ummu Fadhilah
Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia


Keadaan Wanita dan Anak-Anak yang Buruk

Di Indonesia, wanita dan anak-anak berdepan dengan pelbagai masalah. Masalah yang paling menonjol ialah kemiskinan, jenayah dan krisis identiti. Pada Mac 2013, jumlah penduduk termiskin di Indonesia telah mencapai 28.07 juta orang (11.37%), dan 70% daripadanya adalah wanita.  63% penduduk miskin ini berada di kawasan desa yang majoritinya ialah petani dan nelayan. Selain itu, hampir 75 juta penduduk yang masih belum memiliki rumah dan lebih daripada 150 juta orang dinafikan hak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik. Manakala hampir 1.5 juta kanak-kanak pula yang keciciran sekolah setiap tahun dan terdapat 11.7 juta kanak-kanak yang buta huruf. Peratus kanak-kanak yang kekurangan nutrisi pula ialah sebanyak 19.6 % atau lebih kurang 8 juta anak. Data ini adalah yang didaftarkan, sementara fakta menunjukkan krisis kemiskinan lebih daripada angka-angka tersebut.

Disebabkan kemiskinan, wanita dan anak-anak terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan mereka. Rata-rata daripada mereka mempunyai taraf pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak boleh mendapat pekerjaan yang selayaknya. Majoritinya menjadi tenaga kerja tidak formal seperti pembantu rumahtangga dan pekerja kilang yang berpotensi mendapat layanan yang kasar. Para wanita ini menjadi objek keganasan fizikal dan seksual. Anak-anak pun turut membantu ekonomi keluarga.  Disebabkan kemiskinan, mereka tidak bersekolah dan menjadi pengemis atau penyanyi jalanan dan menjadi buruh kasar. Mereka membesar menjadi anak yang liar dan cenderung terdedah kepada aktiviti jenayah. Tidak sedikit daripada anak-anak itu yang menjadi korban penjenayah dan bahkan menjadi penjenayah.

Kemiskinan juga telah mengikis identiti muslimah. Dengan alasan survival dan keperluan ekonomi, mereka meninggalkan nilai-nilai agama.  Ramai yang terjerumus kepada pekerjaan yang diharamkan. Mereka tidak memakai pakaian yang menutup aurat (menanggalkan pakaian muslimah), bekerja di cafe, bar, hotel, bahkan menjadi pelacur.  Dalam kalangan wanita yang agak bernasib baik, mereka bekerja di pejabat, namun nilai-nilai seorang muslimah mereka turut terkikis. Pakaian mereka membuka aurat, berkhalwat dan bergaul bebas dengan pekerja-pekerja lelaki. Pergaulan yang bebas ini menyebabkan kecurangan antara sesama mereka dan menimbulkan konflik dalam keluarga.

Disebabkan perkara ini, sudah tentu kita setuju bahawa ini adalah situasi kehidupan yang tidak normal bagi wanita dan anak-anak yang mesti diakhiri. Maka, untuk menyelesaikannya perlu wujud pemikiran yang cemerlang dan usaha yang serius.

Demokrasi Liberal Pangkal Segala Masalah
Semua masalah di atas bukanlah semata-mata kerana isu lemahnya individu. Kemiskinan wanita dan anak-anak bukan disebabkan kerana mereka malas bekerja.  Secara fakta pada ketika ini, para wanita bekerja siang dan malam, bahkan jauh meninggalkan negaranya, mengorbankan kehormatannya, semata-mata untuk memenuhi keperluan hidupnya. Namun mereka tetap hidup dalam kemiskinan. Malah pada dasarnya tidak ada individu yang ingin menjadi penjenayah.  Secara fitrah, mereka ingin menjadi orang baik dan menikmati kehidupan yang sejahtera.  Akan tetapi, disebabkan tekanan hidup dan tipisnya peluang untuk mendapat pemenuhan keperluan hidup, akhirnya mereka terpaksa melakukan jenayah.

Pada dasarnya, masalah yang menimpa wanita dan anak-anak ini disebabkan kerana sistem pengaturan urusan masyarakat (politik) yang berlandaskan pada idea liberal. Secara faktanya, Indonesia menerapkan sistem politik demokrasi liberal dan ekonomi kapitalis.  Demokrasi liberal tertumpu pada idea kebebasan. Ada empat jenis kebebasan yang diagungkan dalam sistem demokrasi iaitu (1)  kebebasan keyakinan (beragama), (2) kebebasan berpendapat atau bersuara, (3) kebebasan berperilaku dan (4) kebebasan pemilikan (ekonomi)1.
  
Kebebasan beragama mengajarkan fahaman sinkritisme yang menilai bahawa semua agama adalah baik. Nasihat dan amar ma’ruf nahi munkar menjadi tumpul. Ketika ini agama tidak dipandang perkara penting, tidak peduli apa jua anutan rakyat, selagi mereka berkelakuan baik. Kebebasan berperilaku mengajarkan bahawa setiap manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka ingini.  Berzina juga dibiarkan, muslimah mendedahkan aurat tidak dipersoalkan, meminum khamar dan menyalahguna dadah selama tidak mengganggu orang lain turut dibiarkan. Kebebasan berpendapat membolehkan manusia untuk berbicara apa sahaja yang mereka ingini. Idea ini menimbulkan konflik antara kelompok, parti dan antara pemeluk agama. Mereka bebas menghina ajaran Islam, menghina Rasulullah dan mencerca Al-Qur’an. Disebabkan kebebasan berbicara, sesama anggota parti politik saling fitnah dan mencaci maki. Kebebasan pemilikan membuka ruang kepada siapa sahaja untuk meraih apa yang mereka ingini dengan apa cara, meskipun bertentangan dengan agama. Kebebasan pemilikan dalam sistem demokrasi telah menimbulkan jurang ekonomi dan kemiskinan besar-besaran.

Dalam pengaturan urusan rakyat, demokrasi liberal memberikan kekuasaan (hukum) dan kedaulatan di tangan rakyat sehingga rakyat bebas membuat aturan yang akan dilaksanakan oleh negara.  Dalam pelaksanaannya, meskipun rakyat yang memiliki kedaulatan, namun hanya kalangan tertentu sahaja daripada rakyat yang memiliki pengaruh di peringkat pembuat dasar dan polisi, bukan keseluruhan rakyat.  Malah sejak kemunculan demokrasi, tampuk kekuasaan berada di tangan para intelektual dan para pemilik modal (kapitalis). Hingga kini, di negara demokrasi mana pun, kelompok kapitalis pula yang menjadi pemilik kekuasaan bahkan kedaulatan. Majoriti rakyat dipaksa untuk mengikuti suara segelintir orang yang mampu membeli suara rakyat tersebut. Itulah demokrasi yang menyerahkan segala urusannya kepada rakyat. Maka kelompok rakyat yang dianggap kuat iaitu para kapitalislah yang akan menentukan masa depan negara.

Fakta dominasi kapitalis terhadap dasar dan polisi negara dapat disaksikan dengan mata kasar.  Undang-undang yang digubal oleh para wakil rakyat di Parlimen berpihak kepada kepentingan perbadanan (corporation).  Lebih-lebih lagi setelah penandatanganan kesepakatan (comprehensive partnership) antara Indonesia dan AS, dasar atau polisi dalam negara Indonesia diarahkan sesuai kepentingan corporate state AS.  Mulai dari isu keselamatan, makanan, pendidikan, kesihatan, lingkungan hidup, bahkan isu wanita pun semuanya dikawal oleh AS melalui kenderaan politiknya iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  Bahkan untuk menentukan siapa yang akan menjadi Presiden di Indonesia perlu mengikuti arahan dan kepentingan AS. Para pengendali syarikat multinasional (multi-national corporation) bekerjasama dengan badan-badan korporat tempatan untuk mengarahkan polisi dan dasar dalam negara Indonesia demi kepentingan mereka.

Lihat saja dengan idea kebebasan pemilikan yang dianuti oleh Indonesia yang telah menjadikan polisi dan dasar ekonominya bercorak neo-liberal. Pemilikan saham syarikat-syarikat milik negara dilelong dan diapungkan pada pasaran antarabangsa.  Akibatnya para pemilik modal besarlah yang menguasai pemilikan saham tersebut. 

Di Papua, gunungnya menjadi lombong emas PT. Freepot McMoran milik Amerika. Di Sumatera, Jawa dan Kalimantan, tanah dan lautnya menjadi ladang minyak dan gas ExxonMobil, Total, Chevron, ConocoPhilips dan sebagainya. Negara hanya meraih hasil cukai dengan peratusan yang sangat kecil.  Cukai yang kecil ini menjadi sumber hasil dalam Belanjawan Negara. Sementara itu pembiayaan didominasi oleh belanja rutin pegawai.  Jadi sangat ironi apabila negara hanya mempunyai sumber pendapatan daripada cukai (termasuk cukai daripada rakyatnya) dan cukai ini kebanyakannya digunakan untuk membiayai gaji pegawai itu sendiri.  Sementara sumber daya alam yang sejatinya milik rakyat dijual kepada negara asing.  Kemudian rakyat tidak mendapatkan apa-apa selain mereka perlu menjadi buruh dan pekerja di syarikat-syarikat asing, bekerja di institusi pemerintah yang dibayar daripada cukai.

Dari segi aspek perkhidmatan yang diberikan oleh negara terhadap rakyat, negara demokrasi hanya menjadi pengatur dan fasilitator antara pengusaha (syarikat dan badan korporat) dengan rakyat. Sebagai contoh dalam perkhidmatan kesihatan, negara membuat undang-undang SJSN (Sistem Jaminan Sosial Nasional). 

Di dalamnya negara memberi mandat kepada BPJS (Badan Penyelenggara Jaminan Sosial) untuk mengelola dan menyelenggarakan perkhidmatan kesihatan. Dalam BPJS, terdapat gabungan beberapa syarikat insuran yang menjual perkhidmataan kesihatan. Rakyat membayar premium kepada BPJS, BPJS membayar tuntutan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh hospital kepada rakyat, sehingga BPJS ini tidak lain ialah badan swasta yang menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sepatutnya diberikan secara percuma oleh Negara menjadi sejenis perniagaan yang berorientasikan keuntungan.

Tidak hanya kesihatan, hampir semua perkhidmatan awam dijalankan oleh badan swasta. Pendidikan, pengangkutan, komunikasi, makanan, air bersih, perumahan, seluruhnya dikelola dengan model perkongsian awam swasta (Public-Private Partnership) antara pemerintah dengan sektor swasta atau badan-badan korporat. Sebagaimana lazimnya syarikat, maka ia akan memberi fokus kepada keuntungan dan bukan perkhidmatan. Akibatnya perkhidmatan (services) yang dihasilkannya dijual dengan harga tinggi kepada rakyat.   

Sistem ekonomi liberal inilah yang telah menciptakan jurang ekonomi dan kemiskinan yang meluas.  Realiti menunjukkan bahawa jumlah orang dengan kekayaan di atas 100 000 dollar AS dan yang di atas 1 juta dollar AS hanyalah 1% dari jumlah penduduk Indonesia.  Ertinya 99 % penduduk Indonesia terkategori tidak kaya. Bahkan 20% daripadanya termasuk kelompok yang berada di bawah garis kemiskinan.  Jadi, sekali lagi liberalisasi ekonomi dan politik inilah yang menjadi sumber malapetaka. 

Tidak hanya diserang oleh liberalisasi ekonomi, Indonesia turut diserbu dengan liberalisasi budaya, agama dan pemikiran.  Demokrasi yang bertumpu kepada kebebasan, menjadikan keuntungan material dan kewangan menjadi prinsip fundamental dalam penggubalan undang-undang.  Industri fesyen, ubat-ubat diet dan kosmetik dibenarkan untuk beroperasi secara sah untuk membuat wanita berasa bahagia dengan penampilan fizikal mereka. Syarikat multinasional bebas mempromosikan cita-cita dan angan-angan fiksyen dan berbahaya kepada wanita. 

Industri pornografi sama ada dalam bentuk produk filem, majalah dan media lainnya halal dalam sistem demokrasi. Akibatnya, masyarakat terdedah kepada pelbagai rangsangan seksual dahsyat yang mendorong mereka untuk melakukan perilaku bejat seks bebas dan homoseksual. Akibatnya? Kehamilan luar nikah, ibu tunggal, pengguguran haram dan pelbagai jenis penyakit seksual menimpa masyarakat, termasuk wanita. Syarikat-syarikat kapitalislah yang mengaut keuntungan dengan adanya industri-industri tersebut sementara wanita menanggung kerugian kewangan, moral dan sosial.

Demokrasi-sekuler ini turut mengajar jika wanita ingin hidup sejahtera dan bahagia mestilah ia setara dan sejajar dengan lelaki dalam ukuran material. Wanita menerima pulangan daripada penat lelah mereka dengan lembaran dolar, rupiah, riyal yang diraih hasil daripada keringatnya. Para pendukung kesetaraan gender pun mempromosikan bahawa lelaki dan wanita hendaklah memiliki hak yang sama, peranan dan tanggungjawab yang sama dalam semua bidang kehidupan, termasuk politik. Andaiannya adalah bahawa tanpa kesetaraan gender, penindasan terhadap wanita tidak dapat dielakkan.

Walhal menurut jutawan Nicholas Rockefeller, tujuan kesetaraan gender adalah untuk mengumpulkan cukai 50% lebih banyak daripada masyarakat untuk mendukung kepentingan bisnes. Penulis terkenal Bernard Lewis menulis dalam bukunya “The Middle East“, faktor utama dalam perjuangan hak wanita ialah ekonomi dan keperluan tenaga kerja wanita.   Kesetaraan gender adalah ciptaan Barat yang lahir untuk memenuhi keperluan bisnes dan bukan untuk memenuhi keperluan wanita.  Termasuk kempen ‘EVAW’ (End Violence Againts Women) di dunia muslim yang ‘katanya’ untuk mengubah nasib wanita dengan aturan seperti CEDAW, perjanjian internasional tentang hak-hak wanita dan kesetaraan gender, sesungguhnya konsep-konsep tersebut tidak mendefinisikan hak dan kewajipan yang membuat wanita dan lelaki menjadi setara, melainkan adalah untuk memperhatikan keperluan lelaki semata.  Gender adalah konsep Barat yang dibuat untuk mengelabui wanita. Janji-janjinya adalah fatamorgana.

Harga Mahal yang Ditebus Wanita Akibat Demokrasi Liberal

Pertama, demokrasi telah menyerang peranan keibuan.  Ibu yang hakikatnya dilahirkan untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya perlu menjadi mesin wang dan penghias jawatan peringkat strategik, tanpa pernah mendapatkan penjagaan kehormatan, kesihatan, bahkan keselamatan.  Wanita dipaksa menjauhi tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Kedua, pendidikan anak tidak maksimum. Akibat daripada hilangnya peranan keibuan, maka pendidikan anak pun terjejas. 

Ketiga, keruntuhan rumahtangga. Kesan lanjutan daripada pemerkasaan wanita (women empowerment) ala demokrasi ialah ancaman perceraian. Tingginya statistik perceraian di kota besar (seperti Jakarta, dsb) didakwa akibat daripada kemandirian isteri secara ekonomi dan politik (financial and political independence).

Keempat
, kehancuran masyarakat. Ketiga faktor sebelumnya akan mengakibatkan kehancuran masyarakat.  Perubahan cara pandang ibu yang menganggap anak, suami dan rumah tangga sebagai beban menyebabkan dia enggan menikah atau lebih tenang menjadi ibu tunggal. Perceraian secara tidak langsung akan menyebabkan perubahan pada struktur masyarakat. Anak daripada rumahtangga yang hancur tidak terdidik dengan baik dan cenderung untuk terjebak kepada aktiviti jenayah. Natijah daripada ketidakseimbangan ini akan menuai kehancuran masyarakat.

Kelima
, semakin mengukuhnya sistem demokrasi dan ekonomi kapitalis.  Ramai wanita tidak faham bahawa kesetaraan gender, pemerkasaan wanita, justeru akan mengekalkan sistem demokrasi dan kapitalisme itu sendiri.  Keterlibatan wanita dalam aktiviti perbaikan keadaan Negara (islah), tanpa semangat mengubah sistem bahkan memanfaatkan demokrasi sebagai media untuk keluar daripada masalah hakikatnya adalah satu bentuk bunuh diri politik.

Sungguh, demokrasi ialah sistem ilusi yang penuh kedustaan. Ia tidak mampu menjamin kesejahteraan wanita sebagaimana yang dipropagandakan. Ia pun tidak mampu menjamin kestabilan masyarakat, keadilan ekonomi, juga hak-hak dasar manusia.  Menjadi satu kebohongan jika demokrasi dikatakan berpihak kepada rakyat kerana secara realiti, pelaksanaan demokrasi hanyalah menghasilkan masalah kepada rakyat.

Kegagalan Pemerintah Demokrasi Menyelesaikan Masalah Wanita dan Anak-Anak

Gagalnya pemerintah demokrasi liberal dalam menyelesaikan masalah wanita dan anak-anak terletak pada perumusan akar masalah (formulation of the root of the problem). 

Merujuk kepada idea kapitalis bahawa pengagihan kekayaan yang serata boleh dipenuhi dengan meningkatkan tingkat produksi barang dan perkhidmatan dan juga dengan mengurangi jumlah penduduk.  Hal ini berdasarkan pada andaian bahawa jumlah penduduk dunia selalu bertambah secara geometri sementara barang dan perkhidmatan berkembang secara aritmetik.  Akibatnya akan sering berlaku kekurangan barang dan perkhidmatan.  Andaian ini sangat bertentangan dengan Islam kerana Allah SWT berfirman bahwa Dialah yang akan menjamin rezeki penduduk bumi jika mereka melakukan pengaturan urusan hidupnya sesuai dengan syariat Islam. 

Disebabkan itulah pemerintah selalu bertumpu kepada pertumbuhan ekonomi secara makro tanpa memperhatikan pengagihan yang merata kepada setiap penduduk. Padahal keperluan primer adalah keperluan hidup setiap individu rakyat. Pemerintah menggunapakai idea bahawa mekanisme pengagihan kekayaan adalah harga.

Sesiapa yang memiliki  kuasa untuk membeli barang dan perkhidmatan dialah yang boleh memenuhi  keperluan hidupnya, tanpa mengambil kira kuasa beli (purchasing power) seluruh  rakyatnya. Tidak ada jaminan bagi setiap individu untuk mencukupi keperluannya. Kesalahan berikut ada pada kebebasan pemilikan. Tidak ada klasifikasi pada kekayaan; mana barang yang menjadi milik individu, milik negara dan milik rakyat. 

Kekayaan yang sepatutnya milik rakyat diswastakan dan keuntungannya masuk ke poket individu pengusaha.  Negara menjual harta milik umum kepada syarikat milik individu. Begitu juga harta milik individu dipaksa oleh negara untuk dijual kepada syarikat.  Ini terjadi pada kes sengketa tanah pertanian yang akan digunakan untuk bisnes estet makanan yang dimodali oleh para usahawan.  Tanah-tanah milik individu rakyat dan juga tanah adat yang hakikatnya milik bersama rakyat, dijual oleh pegawai kerajaan tanpa pengetahuan rakyat.  Jelas ini adalah kezaliman.  Akibatnya yang menjadi tuan tanah adalah badan korporat dan rakyat menjadi petani miskin. 

Oleh kerana seluruh aset bangsa ini telah dimonopoli oleh para kapitalis multinasional, maka negara tidak mempunyai sumber masukan tetap daripada eksplorasi kekayaan alam, sehingga untuk pembangunan infrastruktur umum, negara berhutang kepada pinjaman luar negeri yang sebenarnya adalah lintah darat bertaraf global seperti Bank Pembangunan Asia (ADB), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mensyaratkan pinjaman dengan kadar faedah tinggi dan syarat-syarat yang mereka tetapkan. 

Daripada dana hutang itulah negara memberi kredit kepada wanita sebagai modal usaha. Program pemerkasaan ekonomi wanita melalui pemberian modal bagi usahawan kecil dan sederhana, secara faktanya tidak akan mengurangkan kemiskinan wanita dan keluarga.  Industri berskala kecil dengan pasaran terhad tentu tidak akan dapat bersaing dengan industri skala besar yang dimiliki para kapitalis dengan pasaran global. Dalam pasaran bebas, semua pihak diberikan kebebasan untuk melakukan persaingan. Ibarat bermain tinju, semuanya boleh masuk ke gelanggang tinju tanpa memperhatikan kelas-kelasnya, sama ada kelas berat, kelas ringan ataupun kelas terbang. Semuanya dialu-alukan untuk  bermain dan bersaing secara langsung. Maka sangat mudah difahami siapa yang kuat dialah yang akan memenangi pertandingan.
 
Begitu juga logik yang digunakan pemerintah untuk menyelesaikan masalah wanita dengan adanya program pemerkasaan politik wanita dan menghentikan diskriminasi terhadap wanita. Pemerintah mendorong wanita untuk terlibat aktif dalam membuat dasar. Affirmative action berupa penetapan kuota 30 % wanita di parti dan Parlimen diharapkan dapat meningkatkan jumlah undang-undang yang memihak kepada nasib wanita. Hal ini diyakini dapat mengubah nasib wanita itu sendiri.

Namun pemerintah lupa bahawa hal ini tidak mungkin dapat diwujudkan.  Parlimen yang didominasi para kapitalis hanya akan mengeluarkan peraturan yang menguntungkan mereka, tanpa mempedulikan nasib wanita.  Mengutip pernyataan Joseph E. Stiglitz, yang mengungkapkan bahawa 99% manusia bekerja demi memenuhi keselesaan dan kelayakan 1% golongan elit.  Mereka (imperialis) tidak pernah peduli bahawa yang demikian itu akan merosakkan jati diri wanita, menghancurkan keluarga dan membahayakan generasi. Maka suara wanita pun akan terabai. Jangankan untuk membela kepentingan kaumnya, untuk menjaga nasibnya sendiri sukar dilakukan. Ini dibuktikan dengan banyaknya para wanita Parlimen yang terjebak dengan rasuah dalam partinya, dan akhirnya mereka dipenjara, keluarga dan anak-anaknya terbiar.

Sudah terlalu banyak penderitaan yang ditanggung oleh wanita, keluarga dan anak-anak akibat daripada kesalahan pemerintahan yang dilakukan oleh negara demokrasi liberal.  Fakta-fakta buruk menjadi bukti kegagalan sistem ini. 

Kecemerlangan Khilafah Islam Dalam Memenuhi Keperluan Wanita dan Anak-Anak
Berbeza dengan sistem demokrasi liberal dan ekonomi kapitalis, sistem politik Islam yang dinamakan Khilafah, akan menerapkan sistem ekonomi Islam yang menjamin adanya pengagihan sumber daya alam kepada seluruh manusia, termasuk wanita dan anak-anak. Secara ringkas, jaminan tersebut nampak dalam pelbagai hukum syarak berikut:

Untuk pemenuhan keperluan pokok yang berupa barang, Islam memberikan jaminan dengan mekanisme tidak langsung, iaitu dengan jalan menciptakan kondisi dan sarana yang dapat menjamin terpenuhinya keperluan tersebut. Sedangkan berkaitan dengan keperluan perkhimatan asas ia dipenuhi dengan mekanisme langsung, yakni negara secara langsung memenuhi keperluan perkhidmatan asas tersebut.

A.    Pemenuhan Keperluan Asas Berupa Barang (Makanan, Pakaian dan Tempat  Tinggal)
Hukum Islam telah menjamin tercapainya  pemenuhan seluruh keperluan asas (primer) warga negara secara menyeluruh, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Caranya dengan mewajibkan setiap lelaki untuk bekerja sehingga dia dapat memenuhi keperluan-keperluan asas dirinya sendiri, seterusnya memenuhi keperluan nafkah orang-orang yang menjadi tanggungannya. Jika orang tersebut tidak mampu bekerja, maka Islam mewajibkan kepada anak-anaknya serta ahli warisnya untuk memenuhi keperluan primernya. Bahkan Islam juga mewajibkan kepada jiran tetangganya yang muslim untuk memenuhi keperluan asas tetangganya. Jika orang-orang yang wajib menanggung nafkahnya tidak ada atau tidak mampu, maka negaralah yang wajib memenuhinya melalui baitul mal.

(1).  Islam Mewajibkan bekerja kepada setiap lelaki yang mampu bekerja
Islam mewajibkan bekerja kepada setiap orang serta memerintahkan mereka memanfaatkan kekayaan yang mereka peroleh. Semuanya ini dalam rangka mewujudkan kemajuan taraf ekonomi dalam suatu negara, sekaligus memenuhi keperluan asas (primer) setiap orang, serta memberikan kesempatan kepada orang tersebut agar dapat memenuhi keperluan-keperluan pelengkapnya (sekunder dan tertier).

(2) Negara menyediakan lapangan pekerjaan agar setiap orang yang mampu bekerja dapat memperoleh pekerjaan
Jika orang-orang yang wajib bekerja telah berusaha mencari pekerjaan, namun dia tidak memperoleh pekerjaan walaupun dia mampu bekerja dan telah berusaha mencari pekerjaan tersebut, maka negara wajib menyediakan lapangan pekerjaan atau memberikan pelbagai fasiliti agar orang yang bersangkutan dapat bekerja untuk mencari nafkah kehidupan. Ini adalah kerana hal tersebut memang menjadi tanggungjawab negara. Rasullah SAW bersabda,

Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan (rakyat), dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap urusan rakyatnya”  [HR Bukhari dan Muslim].

(3) Memerintahkan kepada setiap ahli waris atau kerabat terdekat untuk bertanggungjawab memenuhi keperluan asas orang-orang tertentu, jika ketua keluarganya tidak mampu memenuhi keperluan orang-orang yang menjadi tanggungannya
Jika negara telah menyediakan lapangan pekerjaan dan pelbagai fasilitasi pekerjaan, namun seorang individu tetap tidak mampu bekerja sehingga tidak mampu mencukupi nafkah anggota keluarga yang menjadi tanggungjawabnya, maka kewajipan nafkah itu dibebankan kepada para kerabat dan ahli warisnya, sebagaimana firman Allah SWT,

Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan ahli waris pun berkewajipan demikian…” [TMQ al-Baqarah (2):233].

Anak berkewajipan menafkahi kedua orang tua mereka. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman,“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya”  [TMQ Luqman (31):14]. 

Selain itu, kewajipan kerabat yang mempunyai pertalian darah (mahram) untuk menafkahi kerabatnya berdasarkan pada sabda Rasulullah SAW, “Mulailah memberi nafkah dari orang-orang yang menjadi tanggunganmu, ibumu, ayahmu, saudara laki-lakimu dan saudara wanitamu, kemudian kerabatmu yang jauh, kerabatmu yang jauh, kerabatmu yang jauh  [Al-Hadits].

Dan jika ada yang mengabaikan kewajipan nafkah kepada orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya, sedangkan dia berkemampuan untuk itu, maka negara berhak memaksanya untuk memberikan nafkah yang menjadi kewajipannya. Hukum-hukum tentang nafkah ini telah banyak diulas panjang lebar dalam kitab-kitab fiqh Islam.

(4). Mewajibkan kepada jiran tetangga terdekat yang mampu untuk memenuhi sementara keperluan asas (makanan) tetangganya yang kelaparan

Jika seseorang tidak mampu memberi nafkah terhadap orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya, sama ada terhadap keluarganya atau mahramnya, dan dia pun tidak memiliki kaum kerabat atau mahram yang dapat menanggung keperluannya, maka kewajipan pemberian nafkah itu beralih kepada baitul mal (negara). Namun sebelum kewajipan tersebut beralih kepada negara, dalam rangka menjamin hak hidup orang-orang yang tidak mampu tersebut, maka Islam juga telah mewajibkan kepada tetangga dekatnya yang muslim untuk memenuhi keperluan-keperluan asas orang-orang tersebut, khususnya berkaitan dengan keperluan makanan untuk menyambung hidup. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak beriman kepadaku, tidak beriman kepadaku, tidak beriman kepadaku, orang yang pada malam hari tidur dalam keadaan kenyang sementara tetangganya kelaparan dan dia mengetahui hal tersebut” [HR al-Bazzar].

Meskipun demikian, bantuan tetangga itu tentunya hanya bersifat sementara sehingga tetangganya tidak mati kelaparan. Namun untuk jangka panjang, maka negara yang berkewajipan untuk memenuhi keperluan asasnya, sebab memang negara (baitul mal) berfungsi memberi bantuan kepada orang-orang lemah, sedangkan pemerintah adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya.

(5) Negara secara langsung memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal seluruh warga negara yang tidak mampu dan memerlukan.
Menurut Islam, negara (baitul mal) berfungsi memberi bantuan kepada orang-orang lemah dan yang memerlukan, sedangkan pemerintah adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya. Dalam hal ini negara akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyat yang menjadi tanggungannya. Dalam rangka memenuhi keperluan asas individu masyarakat yang tidak mampu memenuhi keperluan asasnya secara sempurna, sama ada kerana mereka telah berusaha namun tidak cukup (fakir dan miskin) ataupun terhadap orang-orang yang lemah dan cacat yang tidak mampu untuk bekerja maka negara hendaklah menempuh pelbagai cara untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

B.    Jaminan Pemenuhan Keperluan Asas Berupa Perkhidmatan (Keselamatan, Kesihatan Dan Pendidikan)
Keselamatan, kesihatan dan pendidikan adalah tiga perkara yang merupakan keperluan asasi dan wajar dinikmati oleh manusia dalam hidupnya. Berbeza dengan keperluan asas berupa barang (makanan, pakaian, tempat tinggal), yang mana Islam melalui negara menjamin pemenuhannya melalui mekanisme yang bertahap.Maka terhadap pemenuhan keperluan asas berupa perkhidmatan iaitu keselamatan, pendidikan dan kesihatan dipenuhi negara secara langsung kepada setiap individu rakyat.

Hal ini kerana pemenuhan terhadap ketiganya termasuk masalah “perkhidmatan umum” (ri’ayatu asy syu-uun) dan kemaslahatan hidup terpenting. Dalam hal ini, khilafahlah yang berkewajipan mewujudkan pemenuhannya terhadap seluruh rakyat. Islam telah menentukan bahawa yang bertanggungjawab menjamin tiga jenis keperluan dasar tersebut adalah negara. Negaralah yang perlu mewujudkannya agar dapat dinikmati seluruh rakyat, sama ada muslim maupun non muslim, miskin atau kaya, sedangkan seluruh biaya yang diperlukan, ditanggung oleh Baitul Maal.

(1).  Jaminan Pendidikan
Jaminan terhadap pemenuhan keperluan pendidikan kepada seluruh rakyat dapat diwujudkan dengan cara menyediakan pendidikan percuma. Negara Khilafah diwajibkan untuk menyediakan fasiliti dan infrastruktur pendidikan yang cukup dan memadai seperti sekolah-sekolah, makmal-makmal, pusat-pusat penyelidikan, buku-buku pelajaran, dan lain sebagainya.  Negara Khilafah juga berkewajipan menyediakan tenaga-tenaga pengajar yang pakar dalam bidangnya, sekaligus memberikan gaji yang cukup kepada guru dan pegawai yang bekerja di pejabat pendidikan. 

Para Sahabat telah sepakat mengenai kewajipan memberikan ujrah (gaji) kepada tenaga-tenaga pengajar yang bekerja di jabatan pendidikan negara Khilafah di seluruh peringkat pendidikan. Khalifah Umar bin Khaththab ra pernah menggaji guru-guru yang mengajar anak-anak kecil di Madinah, sebanyak 15 dinar setiap bulan. Gaji ini beliau ambil daripada Baitul Mal.

(2).  Jaminan Kesihatan
Khilafah Islam akan menyediakan sarana dan prasarana perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya.  Ini telah dibuktikan melalui penerapan Islam pada masa Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah membangunkan suatu tempat pengubatan untuk orang-orang sakit dan membiayainya dengan harta Baitul Maal. Pernah serombongan orang berjumlah lapan orang dari Urairah mengunjungi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka kemudian menyatakan keimanan dan keislamannya kepada Rasulullah, kerana Allah. Di sana, mereka diserang penyakit dan menderita sakit limpa. Rasulullah SAW memerintahkan mereka beristirahat di tempat penggembalaan haiwan ternakan kaum Muslimin milik Baitul Maal di sebelah Quba’, di tempat yang bernama “Zhi Jadr”. Mereka tinggal di sana sehingga sembuh dan kembali gemuk. Mereka diizinkan meminum susu binatang-binatang ternakan itu (unta), kerana mereka memang berhak.

Dalam bidang perkhidmatan kesihatan ini, Bani Ibnu Thulun di Mesir memiliki masjid yang dilengkapi dengan tempat-tempat untuk mencuci tangan, almari tempat menyimpan minuman-minuman dan ubat-ubatan serta dilengkapi dengan para doktor untuk memberikan pengubatan percuma kepada para pesakit. Maka keberadaan doktor di tengah masyarakat, selesainya isu perkhidmatan kesihatan, dan pembangunan sarana atau pusat-pusat kesihatan adalah tugas-tugas yang dibebankan Islam terhadap khilafah Islamiyyah. Negaralah yang bertanggung jawab mewujudkan semua itu.

(3). Jaminan Keselamatan
Mekanisme untuk menjamin keselamatan setiap anggota masyarakat adalah dengan jalan menerapkan aturan yang tegas kepada siapa sahaja yang akan dan mengganggu keselamatan jiwa, darah dan harta orang lain. Sebagai gambaran kepada siapa saja yang mengganggu keamanan jiwa orang lain iaitu dengan jalan membunuh orang lain, maka orang tersebut menurut hukum Islam wajib dikenakan hukuman berupa qisas iaitu hukum balasan yang setimpal terhadap orang yang melakukan kejahatan tersebut.

Demikian juga siapa sahaja yang mengganggu keselamatan harta orang lain dengan jalan mencuri, merampas atau merompak, maka akan dikenakan hukuman yang tegas dan keras. Sebagai gambaran kepada pencurian barang yang nilanya ¼ dinar atau lebih (1 dinar = 4,25 gram emas) atau setara dengan 3 dirham perak, maka Islam menetapkan hukuman potong tangan. Dalam hal ini, masih banyak lagi ketentuan-ketentuan hukum Islam yang menjamin keselamatan jiwa, darah dan harta setiap warganegara. Hukum-hukum itu diterapkan dengan tegas adalah dalam rangka mencegah masyarakat agar tidak melakukan kejahatan.

Demikian pula dengan jaminan kehormatan dan kemuliaan wanita. Islam tidak mewajibkan wanita untuk bekerja.  Malah nafkahnya ditanggung melalui mekanisme yang sudah dijelaskan di atas.  Suami dan walinya yang akan mencukupi keperluannya.  Kepada perempuan yang tidak mempunyai suami, wali, kerabat maupun tetangga yang mampu, maka keperluannya akan dipenuhi oleh negara.  Islam telah menempatkan kehidupan wanita lebih banyak di rumah.  Menjalani tugas utama yang diberikan Allah kepadanya iaitu menjadi seorang ibu pendidik anak-anak dan pengurus di dalam urusan rumah.  Sesungguhnya aturan-aturan Islam bagi wanita di dalam rumah dapat menjaga martabat dan kehormatannya sebagaimana barang berharga yang wajib dipelihara.

Apa Yang Wajib Diperjuangkan Wanita?
Melihat permasalahan yang dihadapi wanita akibat daripada penerapan sistem kapitalis-sekuler, tidak ada cara dan solusi yang lebih tepat untuk menyelamatkan kehormatan dan kemuliaan kaum wanita selain dengan penerapan Syariat Islam. Maka perjuangan ketika ini perlu difokuskan kepada penegakkan Khilafah yang akan menerapkan Syariat Islam secara kaffah (keseluruhan) yang dengannya, kehormatan dan kemuliaan wanita dapat terjaga; yang dengannya, seluruh keperluan hidup wanita dapat terpenuhi. Oleh kerana itu, tinggalkanlah sistem demokrasi liberal dan raihlah kesejahteraan dalam naungan Khilafah.

Tegaknya khilafah, di samping sebagai keperluan, ia juga merupakan kewajipan kepada seluruh muslim. Oleh kerana itu, kepada kaum wanita sebagai sebahagian daripada umat Islam, mari kita kembalikan Islam kepada kehidupan nyata sebagaimana yang sudah terjadi sebelumnya.  Islam, ada di hati setiap umat dan tercermin dalam institusi negara. Yakinlah bahawa hanya Islam dan khilafah yang akan memuliakan wanita.

Rujukan:

1.    Abdul Qoddim Zallum.  Buku Demokrasi Sistem Kufur: Haram Mengambil, Menerapkan dan Menyebarluaskannya.  Hal 13 terjemah Indonesia. 


DEMOKRASI-KAPITALIS SISTEM KUFUR, GANTIKAN DENGAN KHILAFAH

Oleh:
Ustazah Ummu Hajar
Aktivis Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia

Muqaddimah
Begitu banyak permasalahan yang menimpa kaum wanita dan anak-anak, sama ada di Malaysia,  Indonesia dan di merata dunia. Sudah begitu jelas bahawa penderitaan demi penderitaan yang tidak tertanggung ini adalah hasil daripada penerapan sistem buatan manusia iaitu sistem demokrasi-kapitalis. Masalah demi masalah bertimpa-timpa dan sehingga kini tiada penyelesaian yang sebenar telah diambil. Lantaran itu, apakah kita mahu terus hidup dalam sistem yang rosak dan menyengsarakan ini?  Sudah pasti tidak!

Mengapa Sistem Demokrasi-kapitalis Wajib Ditolak Oleh Wanita?
Pertama; Sistem ini tidak bersumber daripada wahyu. Umat Islam wajib menolak sistem demokrasi-kapitalis kerana ia tidak bersumber daripada wahyu Allah SWT. Allah SWT yang telah menciptakan manusia, maka Dialah Yang Maha Tahu dan Maha Bijaksana dalam mencipta peraturan yang paling baik serta paling sesuai untuk digunakan dalam mengatur kehidupan manusia. Sebaliknya, asas sistem demokrasi adalah ‘pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ dengan menjalankan peraturan dan hukum yang dibuat sendiri oleh manusia.

Pelaksanaan sistem demokrasi-kapitalis telah membuatkan syariat Allah terbuang dan diketepikan. Allah SWT berfirman,

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):49].

Kedua; Sistem demokrasi-kapitalis ini tidak pernah membela dan menjamin hak-hak wanita sehingga ada wanita yang terpaksa melacurkan diri untuk melangsaikan beban hutang mereka.

Ketiga; Sistem ini memaksa wanita untuk mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai ibu dan pengatur rumahtangga apabila mereka terpaksa sibuk bekerja.

Keempat; Sistem ini memandang wanita sebagai individu yang perlu memberi sumbangan kepada ekonomi negara meskipun dengan cara yang menghinakan mereka yang mana wanita dieksploitasi untuk pelbagai tujuan.

Kelima; Sistem demokrasi kapitalis ini adalah agenda musuh umat Islam. Umat Islam dikuasai oleh musuh melalui sistem kufur ini sedangkan Allah SWT telah mengingatkan kita dengan firmanNya,

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” [TMQ al-Maidah (5):51].

Masalah-masalah yang sedang berlaku berupa masalah sosial, ekonomi, pendidikan, keamanan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya cukup banyak dan mengerikan. Kita semua sudah tidak berasa aman dengan keadaan ini. Namun ramai tidak tahu sama ada wujud jalan keluar untuk mereka atau tidak. Akhirnya ramai yang menjadi pragmatis iaitu pasrah dengan keadaan sekeliling. Mereka mengambil jalan pintas dengan mengabaikan peraturan dan hukum-hukum Allah, serta tidak peduli dengan halal dan haram dalam menjalani kehidupan mereka.

Para pemimpin umat Islam pula ramai yang berpihak kepada musuh Allah dengan mempertahankan sistem kufur yang ditaja oleh kuasa Barat di negeri-negeri umat Islam sambil berkhidmat demi kepentingan dan dominasi Barat. Akibatnya Barat menjadi semakin kuat dalam mencengkam, menindas, menyengsarakan dan membunuh ramai umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Penyelesaian Permasalahan Umat Islam
Sebagai individu, kita tidak mampu untuk menurunkan kos sara hidup rakyat, menghapuskan cukai dan sebagainya. Kita juga tidak mampu untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim zalim Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Demikian juga kita tidak kuat untuk menahan penyebaran maklumat kotor di sekeliling kita sehingga merosakkan anak generasi kita.

Masalah-masalah ini juga bukan berpunca daripada peringkat masyarakat hingga mampu diselesaikan oleh masyarakat. Menyediakan pekerjaan untuk kaum lelaki dengan gaji yang secukupnya tidak dapat diselesaikan oleh masyarakat. Masyarakat juga tidak mampu untuk secara beramai-ramai pergi ke Afrika Tengah untuk menghentikan kekejaman tentera Kristian daripada terus membunuh umat Islam serta memperkosa kaum wanita di sana. Mereka tidak mampu melakukan itu tanpa pasukan tentera dan peralatan perang.

Jadi, siapakah yang mampu menyelesaikan semua permasalahan ini? Kekuasaan di peringkat negaralah yang mampu untuk menukar sistem rosak yang menyengsarakan ini untuk digantikan dengan sistem yang benar, mampu mensejahterakan umat dan yang  paling utama, diredhai oleh Allah SWT.  Negaralah yang akan menjamin pemenuhan hak dan keperluan wanita dan anak-anak sebagai insan, melalui pelbagai mekanisme yang wajib dilandaskan kepada syariat Islam semata-mata. Negara jugalah yang bertanggungjawab menyediakan sebuah sistem kehidupan yang menjamin keamanan dan keselamatan yang terbaik bagi rakyatnya dengan menyediakan hukuman yang adil yakni yang hanya datang dari syariat Islam.

Kita sedia maklum bahawa  permasalahan yang menimpa kaum wanita dan anak-anak adalah disebabkan oleh penerapan sistem demokrasi-kapitalis oleh negara. Padahal telah jelas firman Allah SWT,

Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin” [TMQ al-Maaidah (5):50].

Sesungguhnya hak dalam menetapkan hukum dan peraturan hidup ini adalah milik Allah SWT. FirmanNya,

“… Sesungguhnya tiadalah hukum itu melainkan bagi Allah SWT…” [TMQ al-An’am (6):57]

Lantaran itu, negara tidak boleh mengambil alih hak Allah ini dengan membuat hukum atau peraturan lain yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah. Sistem demokrasi-kapitalis buatan manusia ini wajib dibuang dan digantikan dengan sistem yang mampu untuk membela dan mensejahterakan kita semua iaitu sistem kehidupan Islam yang lengkap sempurna di bawah naungan Daulah Khilafah yang mengikut manhaj kenabian.

Sistem Khilafah adalah satu-satunya sistem kenegaraan yang mampu mengembalikan semula kehidupan Islam secara lengkap dan sempurna. Dalam Daulah Khilafah, pemimpinnya dipanggil Khalifah dan dia adalah seorang yang dibaiah oleh kaum Muslimin dengan syarat setuju dan bersedia untuk melaksanakan syariat Allah dalam mengatur segala urusan yang berkaitan dengan permasalahan kehidupan umat.
   
Sistem Khilafah Islam sahajalah yang mampu menawarkan dasar-dasar ekonomi yang kukuh bagi mengeluarkan kaum wanita daripada keperitan hidup dan kemiskinan yang di alami. Dalam Sistem Khilafah, selain wanita disiapkan untuk menjadi ibu dan pengatur rumah tangga, mereka juga disiapkan untuk berperanan di tengah-tengah umat. Khilafah memuliakan dan melindungi wanita dan peranan keibuan mereka.

Maruah mereka dilindungi dan mereka tidak akan dijadikan sebagai komoditi perdagangan, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Dalam Negara Khilafah, bekerja hanya merupakan satu pilihan untuk wanita dan bukan sesuatu yang dipaksa ke atas mereka kerana faktor kesempitan ekonomi. Dalam Islam, adalah menjadi kewajipan si suami atau bapa untuk mengadakan nafkah isteri dan anak-anak mereka. Jika  wanita itu tidak mempunyai suami atau bapa, maka kewajipan ini jatuh kepada wali atau waris terdekat mereka. Jika para waris tidak berupaya untuk menampung keperluan mereka dengan secukupnya, maka Negara Khilafah akan menjamin keperluan nafkah mereka.  Firman Allah SWT,

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian …” [TMQ al-Baqarah (2):233].

Khalifah juga akan menerapkan sistem pergaulan sosial yang menghindarkan pergaulan bebas. Negara Khilafah akan menutup kemaksiatan dengan melarang aktiviti membuat dan mencetak gambar berunsur lucah, memantau media massa berupa rancangan TV dan isi-isi akhbar. Khilafah juga akan melaksana dan menyelenggarakan pendidikan berkualiti dari tahap rendah hingga ke pendidikan tinggi yang berasaskan akidah Islam bagi membentuk syaksiyyah (keperibadian) yang mulia.

Selain itu, Khalifah akan menyiapkan wanita untuk menjadi ibu dan pengatur rumahtangga. Wanita pada pandangan Islam mempunyai peranan yang sangat penting sebagai ibu-ibu yang melahirkan dan mendidik generasi akan datang. Melalui wanitalah generasi terbaik atau khairu ummah dilahirkan. Di bawah Sistem Khilafah Islamiyah, wanita disiapkan juga untuk berperanan di tengah-tengah umat. Wanita boleh bergerak aktif dalam masyarakat dalam semua bidang, sama ada pendidikan, politik atau ekonomi serta dapat menjalankan sepenuhnya semua hak yang diberikan kepada mereka oleh Islam, tanpa terdedah kepada sebarang eksploitasi atau penindasan.

Sistem Khilafah Pasti Kembali Semula
Walaupun Sistem Khilafah telah diruntuhkan sejak 3 Mac 1924, namun Rasulullah SAW telah pun memberikan bisyarah mengenainya iaitu berita gembira kepada kita semua mengenai kepastian kembalinya sistem tersebut pada akhir zaman ini. Sabda Rasulullah SAW,

”…Kemudian akan kembali Khilafah atas jalan kenabian  [HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi].

Mari kita menyemak satu kisah penuh iktibar semasa umat Islam dipimpin oleh Khalifah yang menerapkan syariat Islam. Suatu masa, seorang Muslimah tinggal di sempadan empayar Rom dan Daulah Islam telah berteriak memanggil nama Khalifah Mu’tasim selepas seorang tentera Rom mencabul auratnya. Seorang yang kebetulan ada berhampiran tempat tersebut telah terdengar jeritan tersebut lalu pulang memberitahukan Khalifah. Bagaimanakah respon Mu’tasim? Beliau telah menghantar pasukan tentera yang sangat besar. Mu’tasim berkata, “Beritahu aku apakah bandar terkuat orang Rom, aku akan menghantar tenteraku ke situ”.

Khalifah dan masyarakat yang hidup dalam sistem Islam memahami perintah dan ganjaran yang Allah berikan kerana melindungi kehormatan wanita. Itulah mentaliti dan reaksi mereka ketika melihat seorang Muslimah dipersendakan. Khalifah tahu benar pesanan Nabi Muhammad SAW yang dititipkan oleh baginda dalam khutbah terakhirnya di Bukit Arafah adalah pesanan yang perlu ditanamkan dalam menjaga wanita iaitu “Maka, takutlah kamu kepada Allah dalam hal perempuan. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan Allah menghalalkan mereka kepadamu dengan nikah”.

Memelihara kehormatan wanita itu adalah kewajipan yang tidak boleh dilepaskan oleh pemerintah! Inilah yang telah dilakukan oleh para Khalifah terdahulu. Namun, setelah Negara Khilafah  diruntuhkan pada tahun 1924 dan digantikan dengan sistem demokrasi-kapitalis sehingga ke hari ini, wanita telah kehilangan perlindungan dan keamanannya. Maka timbullah pelbagai masalah seperti pencabulan, keganasan dan penghinaan terhadap wanita di dunia Islam, sedangkan para pemimpin Negara umat Islam hari ini terus menutup mata dan memekakkan telinga!!

Maka di manakah al-Mu’tasim hari ini? Kita sangat memerlukan perisai ini semula untuk melindungi wanita dan anak-anak serta menjaga mereka dari kerosakan, penganiayaan, kezaliman dan eksploitasi. Tanpa Khilafah sebagai perisai umat Islam, penderitaan wanita dan anak-anak tidak akan berakhir.  Daulah Khilafahlah yang akan menyelamatkan serta melindungi wanita dan anak-anak dengan penerapan syariah Islam secara kaffah (keseluruhan). Negara Khilafah akan menjamin kesejahteraan wanita dan anak-anak dalam pelbagai aspek iaitu:

•    Kehidupan sosial yang menjamin keimanan dan ketakwaan
•    Jaminan ekonomi yang memastikan pengagihan yang adil dan sejahtera
•    Pemenuhan keperluan asas; pendidikan, kesihatan dan keamanan secara percuma
•    Sistem pendidikan yang menitikberatkan kepada pembentukan keperibadian Islam dan kemahiran penting untuk kehidupan
•    Menerapkan sistem uqubat (hukuman) Islam yang adil

Khatimah
Semakin bertambahnya permasalahan yang menimpa wanita dan anak-anak, semestinya menyedarkan kita bahawa sistem demokrasi-kapitalis yang diterapkan ketika ini telah gagal. Setiap sistem yang tidak bersumber daripada Allah SWT pasti akan menimbulkan kerosakan dan seribu satu masalah. Hal ini semakin mengukuhkan keyakinan kita bahawa hanya syariat Islam sahajalah yang mampu mengatasi segala masalah tersebut.

Marilah kita menguburkan sistem demokrasi-kapitalis. Mari kita kuburkan demokrasi-kapitalis dan semua budaya yang dibawanya, yang sangat nyata bertentangan dengan akidah Islam dan telah banyak membawa kerosakan dalam kalangan Muslimah dan anak-anak serta masyarakat umumnya. Marilah kita semua berikan komitmen yang  tinggi dengan melakukan kebaikan dan mengambil peranan penting dalam dakwah Islam sehingga dapat memunculkan semula kemuliaan Islam di Malaysia khususnya serta di dunia umumnya. Ingatlah bahawa Allah menjanjikan kemenangan bagi orang yang mentaatiNya. Firman Allah,

Dan barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan[TMQ an-Nuur (24):52].