Forum Muslimah anjuran MHTM di Johor Darul Takzim

Sabtu, 4hb Julai 2009, Muar, Johor

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia(MHTM) telah  mengadakan sebuah forum Muslimah yang bertajuk Ibu Mithali, Muslimah Sejati di sebuah sekolah di Muar, Johor. 
 
Alhamdulillah, forum tersebut  telah mendapat sambutan yang  menggalakkan daripada hadirin yang terdiri daripada guru-guru, kaum ibu serta pelajar-pelajar sekolah.
 

Program bermula seawal jam 8.30 pagi, di dahului dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh seorang penuntut sekolah terbabit  disusuli dengan siaran sebuah tayangan multimedia  yang memaparkan realiti permasalahan remaja dan wanita hari ini. Agenda diteruskan dengan  acara Forum  yang menghadirkan tiga orang ahli panel, yang juga merupakan aktivis MHTM.  Forum tersebut telah dibahagikan kepada tiga slot untuk  membincangkan tentang permasalahan remaja Muslimah  berdasarkan realiti permasalahan sosial yang dipaparkan dan menelusuri punca kepada segala permasalahan itu serta mengupas sejauh mana keberkesanan sistem Sekular Kapitalis yang diamalkan pada ketika ini dalam memberikan penyelesaian terhadap  penularan masalah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

Alhamdulillah, hasil dari perbincangan itu, ketiga-tiga ahli panel dapat memberikan sebuah rumusan yang menunjukkan bahawasanya permasalahan gejala sosial pada masa ini adalah berpunca dari hilangnya sebuah sistem yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah iaitu tiadanya Sistem Islam yang diterapkan secara Kaffah(menyeluruh).  Para ahli panel bersetuju menyimpulkan satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang dibincangkan itu adalah dengan menyeru kepada umat untuk  berjuang bagi menegakkan kembali Daulah Khilafah Islamiyyah yang bakal menerapkan syariat Islam sepenuhnya.

 Di sepanjang forum tersebut, para hadirin juga berkesempatan mengunjungi pameran MHTM yang khususnya mempamerkan realiti dan fakta gejala sosial serta penyelesaian sebenar Islam bagi menjamin kesejahteraan wanita.
 
Dikesempatan ini, pihak MHTM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah sudi menjemput kami untuk menjayakan forum itu. Begitu juga setinggi-tinggi ucapan syabas kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di lain masa dalam membantu mendaulatkan kembali Islam dan umatnya di muka bumi ini dan diberi ganjaran pahala disisi Allah Subhanahu wa Taala.

Gambar-gambar disekitar seminar: