Gaza – bukti nyata pengkhianatan pemimpin umat Islam dan mereka perlu dibuang segera

Setelah bertubi-tubi melancarkan serangan udara, Israel kini sedang enak mengganas dengan serangan darat pula ke atas Gaza. Ribuan jiwa umat Islam telah dilaporkan terkorban. Seluruh dunia kini telah melihat gambar-gambar ngeri mangsa yang terbunuh, namun di masa yang sama media Israel masih cuba melakukan propaganda perang mereka. Walau bagaimanapun, media-media yang pro-Israel kini sudah tidak dapat mempertahankan tindakan kententeraan Israel apabila imej mayat yang terkorban di hospital ditayangkan ke seluruh dunia.

Setelah umat Islam mengalami kemerosotan dan perpecahan yang berkurun-kurun lamanya, kini tindakbalas umat Islam ke atas isu Gaza telah menjadi satu ‘kesatuan’. Demonstrasi terhadap keadaan di Gaza melalui perhimpunan besar-besaran umat Islam di merata dunia membuktikan bahawa umat Islam melihat serangan di Gaza sebagai sebuah serangan kepada salah satu bahagian tubuh umat Islam dan Palestin bukannya sebagai satu tubuh yang terpisah.

Ini menunjukkan bahawa umat Islam telah menghadapi serangan ini sebagai satu kesatuan dan kita juga melihat perkara ini berlaku sejak kuffar Barat melancarkan serangan terhadap umat Islam selepas peristiwa 9/11.

Kita boleh saksikan di mana-mana sekarang bahawa umat Islam sedang bertindakbalas sebagai satu kesatuan dalam menghadapi serangan terhadap saudara mara mereka di Palestin.

Pengkhianatan pemimpin umat Islam telah mencapai fasa baru iaitu penglibatan mereka sekarang dapat dilihat ‘secara langsung’ dan tidak lagi secara rahsia. 20 tahun lepas, ramai pemikir dan cerdik-pandai tidak dapat melihat pengkhianatan pemimpin kaum Muslimin ini. Tetapi selepas tamatnya Perang Teluk pada tahun 1991, yang kononnya (ditonjolkan) sebagai penaklukan Irak ke atas Kuwait, kedua-dua fakta iaitu pertama, permusuhan Amerika Syarikat (AS) dengan Islam, dan kedua, penglibatan secara senyap para pemimpin umat Islam, menjadi jelas. Bukan sahaja rejim-rejim Arab di rantau Teluk sudah kehilangan kepercayaan kepada pemimpin mereka kerana membenarkan AS membina pangkalan ketenteraan di rantau Teluk, bahkan golongan alim ulama yang membenarkan serangan tersebut dilancarkan dari bumi umat Islam, semakin diketepikan. Umat Islam telah mula sedar tentang jurang yang terdapat di antara mereka dan para pemimpin mereka.

Peranan jahat para pemimpin umat Islam telah semakin terbongkar. Pengkhianatan rejim Mesir telah dibongkar oleh suratkhabar yang paling terkenal di Israel iaitu Haaretz, yakni Mesir telah pun diberitahu beberapa hari sebelum Gaza diserang. Para pemimpin rejim Arab yang sepatutnya menghantarkan tentera mereka untuk mempertahankan Gaza, telah mengancam Iran kerana sokongan mereka kepada Hamas. Kesemua para pemimpin negara Arab tidak melakukan apa-apa selain daripada mengkritik Hamas yang dituduh

Nah! Kita sekarang telah sampai kepada suatu jurang perbezaan yang sangat besar di antara para pemimpin dan umat Islam, di mana  umat Islam telah semakin sedar bahawa pemimpin mereka sebenarnya berpihak kepada musuh.

Sekiranya kita selidiki perkembangan umat Islam kebelakangan ini dan hubungan mereka dengan para pemimpin, kita boleh simpulkan bahawa hubungan tersebut telah menjadi goyah yakni umat Islam semakin mempunyai mafhum dan perasaan yang sudah bertentangan dengan para pemimpin mereka. Jurang ini tidak terdapat pada sebahagian besar umat Islam di abad lepas. Di abad yang lepas, kebanyakan umat Islam tidak nampak pengkhianatan yang dilakukan pemimpin mereka.

Kita telah melihat bagaimana Jamal Abdul Nasser dilihat sebagai mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan rakyatnya. Dia juga dilihat sebagai penyelamat kepada kaum Arab dengan merampas balik Terusan Suez daripada Britain dan sikapnya terhadap Israel. Umat Islam mempercayai bahawa Jamal Abdul Nasser adalah pemimpin yang memenuhi kehendak mereka.

Umat Islam juga menyanjung dan menghormati Yasser Arafat sebagai seorang wira Islam. Arafat kononnya telah berjaya merekrut ribuan pemuda Muslim untuk berjihad melawan penguasaan Israel. Dalam masa yang sama, dia dianggap hero kerana usahanya ke arah perjanjian damai dengan Israel.

Umat Islam sehingga lewat tahun 1980-an juga masih tidak sedar akan pengkhianatan Raja Fahd dan pemimpin Arab Teluk lainnya. Ini disebabkan oleh kekayaan ekonomi mereka dan sokongan para ulama upahan kepada para pemimpin ini dan sokongan gerakan Islam yang dibiayai oleh Arab Saudi sendiri.

Hubungan di antara para pemimpin dan yang dipimpin di dunia Islam selalu goyah; Umat Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah nasionalisme, dan terdapat faktor lain seperti Ba’atsism dan Socialism. Di setengah-tengah rantau Arab Teluk, kekayaan ekonomi menjadikan mereka hanyut dan tenggelam dalam kemewahan. Inilah keadaannya sehingga peristiwa 9/11. Serangan terhadap menara kembar AS ini telah menyedarkan bahawa umat Islam mempunyai pandangan hidup yang berlainan sekali dengan kuffar Barat.

Apabila umat Islam yang lahir di Barat kelihatan bersama-sama berjuang dengan Taliban, peristiwa tersebut telah mengemparkan seluruh dunia Barat, disebabkan umat Islam yang lahir dan dibesarkan di Barat telah mengutamakan perjuangan untuk membela saudara-sadauara mereka dan bukan lagi memberikan keutamaan kepada negara di mana dilahirkan atau dibesarkan.

Selanjutnya setelah peperangan AS ke atas Irak pada tahun 2003,  sikap khianat pemimpin kaum Muslimin semakin terbongkar dan sekaligus membuktikan bahawa para pemimpin ini tidak mempunyai apa-apa nilai di kalangan umat Islam. Saddan Hussien sendiri ‘lari’ dari peperangan, manakala para pemimpin umat Islam yang lain dari seluruh dunia tetap membisu dan hanya tahu mengeluarkan ‘kutukan’.

Satu soalan yang perlu ditany sekarang adalah: sekiranya nilai-nilai kehidupan yang umat Islam cita-citakan adalah berlainan dengan apa yang dilaksanakan terhadap mereka (oleh pemimpin mereka), jadi, kenapakah umat Islam berterusan hidup di dalam nilai-nilai tersebut dan membenarkan para pemimpin berterusan memerintah mereka?

Jawaban kepada persoalan ini adalah para pemimpin umat Islam tidak ingin sama sekali membahagikan kekuasaan mereka dengan umat Islam, tetapi sebaliknya menggunakan kekerasan dan kezaliman termasuk penyeksaan untuk menundukkan umat Islam kepada mereka.

Fakta tersebut adalah diketahui umum dan tidak perlu perjelasan lanjut. Itulah keadaannya selama beberapa puluh tahun yang lalu dan ianya bukan suatu perkembangan baru.

Sekarang para pemimpin umat Islam berada di dalam keadaan ‘terperangkap’ di antara kehendak taghut mereka iaitu AS dan Kapitalis Barat yang mempunyai tuntutan yang semakin banyak, ataupun umat Islam yang semakin marah dan boleh menggulingkan mereka pada bila-bila masa.

Hanya dalam beberapa minggu lepas sahaja, berita secara online daripada sumber diplomatik yang tidak mahu dinamakan melaporkan bahawa pihak berkuasa Mesir telah membuat tangkapan terhadap beberapa pegawai tinggi ketenteraan Mesir dan meletakkan keadaan di dalam pengawasan dan berjaga-jaga disebabkan oleh rasa tidak puas hati di kalangan tentera Mesir terhadap cara Presiden Hosni Mubarak mengendalikan krisis di Gaza.

Dengan keadaan tersebut di atas, fakta-fakta berikut mestilah diperhatikan apabila kita mahu melangkah ke hadapan dengan lebih baik lagi:

● Umat Islam mestilah ingat bahawa pengkhianatan para pemimpin mereka berlaku tanpa rasa malu sedikit pun oleh para pemimpin tersebut. Para pemimpin ini hanya mengabui mata umat Islam dengan membenarkan tunjuk perasaan dan mogok, walhal tindakan tersebut bukanlah mencukupi. Umat Islam mestilah mendesak para pemimpin untuk menggerakkan tentera untuk melawan keganasan musuh.

● Pada masa yang sama, umat Islam mestilah membongkar pengkhianatan para pemimpin mereka yang tidak bergerak untuk membantu menyelamatkan saudara-saudara mereka dan memaksa tentera untuk mengenepikan pemimpin yang sedemikian. Tentera hanya akan bergerak apabila mereka merasakan bahawa pemimpin adalah pengkhianat terhadap umat.
 
● Tentera umat Islam adalah sebahagian daripada umat Islam. Mereka merasai keperitan umat Islam. Kebanyakan para pemimpin umat Islam mendapat mandat untuk memerintah hanya dengan adanya tentera yang mereka boleh kawal mengikut kehendak mereka, dan tanpa tentera tersebut, kebanyakan pemimpin adalah dalam keadaan yang lemah. Suatu mesej penting perlu disampaikan kepada tentera adalah – inilah masanya untuk mereka melakukan perubahan, iaitu para pemimpin sekarang perlu diketepikan kerana mereka adalah pengkhianat umat, pengkhianat Allah dan RasulNya.

● Umat Islam di Barat khususnya mestilah berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan kumpulan bukan Islam. Banyak pertubuhan Sosialis dan yang berhaluan kiri sedang bertindak balas terhadap keganasan Israel dengan menonjolkan gerakan perubahan merekalah yang paling baik dalam menghadapi krisis di Palestin. Mestilah diingati bahawa pertubuhan tersebut mahukan pendirian sebuah negara Palestin yang merdeka dan melobi negara-negara Kapitalis Barat yang bertanggungjawab terhadap kewujudan negara Israel dan berterusan bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka telah wujudkan.

● Di saat umat Islam terpaksa berhadapan dengan masalah pengiktirafan negara Israel, Israel di satu sudut, tidak pernah dibantah kewujudannya. Negara Palestin yang merdeka secara hakikinya adalah suatu penjara terbuka kepada umat Islam di sana, dan kebanyakan umat Islam telah tertipu dalam perkara ini. Israel tidak melepaskan kekuasaan mereka terhadap Gaza sepenuhnya, tetapi Israel hanya memindahkan penempatan haram kaum pendatang Yahudi ke Tebing Barat untuk menguatkan lagi penguasaan mereka di kawasan tersebut. Israel telah melakukan penempatan semula tenteranya ke lokasi yang lain supaya mereka boleh masuk ke Gaza semula dengan mudahnya. Israel masih menguasai pantai dan ruang udara Gaza, pergerakan dalam Gaza dan keluar ke Gaza ke Tebing Barat, dan kesemua aspek kehidupan umat Islam di sana. Sejak kemenangan HAMAS pada tahun 2006, Israel secara telah melabel HAMAS sebagai pertubuhan pengganas, lalu memotong bantuan luar, mengenakan sekatan ekonomi, meletakkan jiwa 1.5 umat Islam di dalam keadaan terputus daripada dunia luar, menyebabkan kesusahan yang amat perit dan selalu melakukan penindasan yang telah diketahui umum: pencerobohan, pembunuhan, pembunuhan terancang, pemenjaraan dan penyeksaan.

Dengan apa yang berlaku ini, fikirlah wahai kaum Muslimin, tidakkah saat ini kita sudah tidak memerlukan para pemimpin yang khianat ini, sebaliknya kita sangat-sangat memerlukan seorang Khalifah yang akan menyatukan umat Islam dan membebaskan saudara-saudara kita di Gaza (dan lain-lain) dengan jihad dan kemenangan?