Gaza Kini Di Puncak Pengkhianatan!

Entiti haram Yahudi terus melakukan serangan dan pembantaian ke atas Gaza yang sehingga kini menyaksikan lebih 17,000 korban dan 45,000 lagi cedera. Kemusnahan di Gaza sudah tidak terkata, namun kaum terlaknat itu terus sahaja mengebom dan melakukan pembunuhan tanpa henti. Mereka benar-benar kehausan darah dan sudah kehilangan kemanusiaannya.

Dengan kedahsyatan kekejaman yang tidak dapat diterima oleh seluruh dunia ini, dan dengan para penguasa umat Islam menjadi saksi mata terhadap apa yang berlaku di Gaza, namun para penguasa ini tetap sahaja membisu. Bukan sekadar membisu, bahkan sebahagian mereka seperti Turki terus menyalurkan “bantuan” kepada entiti Yahudi agar entiti haram itu dapat terus mengganyang umat Islam semahu mereka.

Jika kaum terlaknat itu sudah hilang kewarasannya terhadap Gaza, maka begitu jugalah dengan para penguasa Muslim saat ini, yang juga telah hilang kewarasannya terhadap Gaza! Bagaimana mungkin para penguasa boleh terus berpeluk tubuh menyaksikan apa yang berlaku di Gaza sekarang ini?!

Para penguasa ini sudah tidak punya malu kepada kaum Muslimin. Mereka telah mengkhianati Gaza tanpa selindung. Mereka mengkhianati Baitul Maqdis dan mereka mengkhianati Tanah Palestin Yang Diberkati secara terang-terangan. Mereka sudah tidak ada maruah sebesar zarah pun. Alangkah hinanya mereka!

Orang-orang kafir yang tidak mempunyai keimanan itu pun tidak sanggup membiarkan Gaza diperlakukan sedemikian rupa oleh kaum Yahudi la’natullah, sehingga mereka melakukan usaha sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan Gaza. Lalu, di manakah keprihatinan dan keimanan para penguasa Muslim?

Sungguh, Gaza kini berada di puncak pengkhianatan oleh para penguasa Muslim! Hati mereka sudah mati. Syaitan telah berjaya menutup pintu hati mereka serapat-rapatnya dan mereka merelakannya, dan mereka tidak mahu membukanya demi menggembirakan para syaitan daripada kalangan jin dan manusia!

Sungguh, Gaza kini berada di puncak pengkhianatan! Tentera kaum Muslimin sudah tidak mempedulikannya lagi! Kaki-kaki tentera ini telah diikat oleh pemimpin-pemimpin mereka, dan mereka merelakannya, dan mereka tidak mahu membukanya, padahal mereka mampu!

Sungguh, tidak ada sejarah pengkhianatan ke atas Gaza sebesar apa yang berlaku sekarang! Dengan angka korban, kecederaan dan kemusnahan yang sebesar ini, pun para penguasa Muslim tetap tidak menggerakkan tentera, dan para tentera pula terus tunduk patuh pada para penguasa yang khianat ini, maka pengkhianatan apakah lagi yang lebih besar daripada ini?!

Sungguh, pengkhianatan ini tidak akan berakhir kecuali kaum Musliminlah yang akan menoktahkannya. Bagaimanakah caranya? Tidak lain tidak bukan, kaum Muslimin hendaklah menolak para penguasa yang khianat ini, dan berusaha untuk menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah, yang dengan berdirinya kembali institusi politik Islam ini untuk kali yang kedua, nescaya Khalifah tidak akan berdiam diri walau sebentar kecuali akan terus mengirim pasukan jihad yang terbaik untuk membebaskan Palestin.

Sebagaimana Umar al-Khattab membuka Palestin dengan jihad, dan Sallehuddin al-Ayubi mendapatkannya kembali daripada pasukan Salib, juga dengan jihad, maka begitulah Palestin akan dibebaskan dalam masa terdekat insya Allah, melalui jihad yang akan dilancarkan oleh Sang Khalifah.

Inilah satu-satunya harapan yang tinggal, setelah kita menyaksikan Gaza kini berada di puncak pengkhianatan oleh para penguasa Muslim, yang mana pengkhianatan ini akan segera berakhir dengan tegaknya Khilafah insya Allah, dan para pengkhianat ini sudah pasti tidak akan dapat melarikan diri daripada azab Allah!

Wallahu a’lam.