Genocide: Di Kala AS Mendendangkan Kedamaian

Dua pekan lepas The Washington Post melaporkan bahawa majoriti daripada sidang Foreign Affairs Committee (Kongres Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat), telah menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi berkenaan ‘Armenian Genocide’, yang mendakwa telah berlakunya pembantaian massa secara kejam terhadap orang-orang Armenia oleh pemerintahan Khilafah Turki Othmaniyah dalam tahun 1915. Resolusi yang tidak mengikat itu mendapat undi 27 lawan 21 dari Senat, Keputusan ini telah memanaskan hubungan politik di antara negara Turki dengan Rejim AS yang diterajui oleh Bush. Adam Schiff, selaku jurucakap sidang itu memberitahu bahawa walaupun genosid itu telah lama berlalu sekian lama dahulu, namun ia masih lagi membayangi rakyat Armenia ketika ini, kerana ia melibatkan kehilangan sanak saudara dan juga kaum kerabat terdekat.[Washington Post, Khamis, 11.11.2007] Namun, presiden Bush kelihatan cuba menutup dakwaan pihak kongres terhadap pemerintahan Turki itu. Pada dasarnya, Bush sendiri kini berada di dalam dilema kerana Turki mengugut jika resolusi tersebut diiktiraf, maka karajaan Erdogan akan menarik balik kerjasama ketenteraan dengan rejim AS.
Marilah kita melihat sejauh mana propaganda yang dilakukan oleh negara Barat menggunakan isu genocide untuk mengelabui mata masyarakat dunia di atas kekejaman mereka lakukan sendiri. Perlu ditegaskan di sini bahawa Islam sebagai sebuah cara hidup yang lengkap telah mengharamkan dengan pembunuhan tawanan perang, mengebom kawasan kediaman awam, jauh sekali dari menyokong tindakan ganas Adolf Hitler di mana-mana kem tahanan. Apa yang ingin dibongkar ialah bagaimana negara-negara kapitalis menggunakan isu’ genosid’ untuk mengabsahkan tindakan kezaliman mereka ke atas penduduk dunia, khususnya kepada umat Islam.Definisi , Genocide dan HolocaustSebelum kita melangkah jauh, terlebih dahulu marilak kita sama-sama melihat makna genosid itu sendiri. Genocide merupakan gabungan dari perkataan Greek iaitu ‘Genos’ yang bermaka kaum, bangsa dan ‘cide’ bermakna pembunuh. Genosid atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘genocide’ adalah sebuah istilah yang pertama kali diguna pakai oleh Raphael Lemkin, seorang sarjana Poland berketurunan Yahudi (Father of Genocide) di dalam bukunya Axis Rule in Occupied Europe pada tahun 1944. Kemudian pada tahun-tahun berikutnya, perkataan ini mula menjadi popular. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-IV, genocide ini telah dimelayukan kepada genosid; (génosid) pembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum. Genosid membawa maksud perbantaian atau pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran dalam kerangka sistematik terhadap sesebuah suku kaum atau kelompok bangsa dengan tujuan untuk menghapuskan bangsa tersebut terus dari muka bumi ini. Holocaust pula adalah gabungan dari dua perkataan Greek iaitu Holokaust (berkorban kepada Tuhan dengan pembakaran), namun dari segi istilahnya holocaust ini adalah genosid, yang berbezanya adalah tekniknya. Beberapa ahli akademik Yahudi cuba menjadikan isu Holocaust ini spesifik untuk kaum Yahudi sahaja, Sebagaimana dinyatakan dalam Enyclopedia of Holocaust “One of the first to use the term in the historical perspective was the Jerusalem historian BenZion Dinur (Dinaburg), who, in the spring of 1942, stated that the Holocaust was a “catastrophe” that symbolized the unique situation of the Jewish people among the nations of the world.”

Setelah kekalahan tentera Jerman ditangan tentera bersekutu, isu Holocaust Yahudi oleh pihak Jerman menjadi popular, yang mana kononnya Yahudi telah dilakukan pembantaian massa oleh Hitler lebih 6 juta orang. Walaupun beberapa dokumen rasmi yang dicatat dari Pertubuhan Palang Merah menunjukkan bahawa korban jumlah angka yang dilaporkan oleh media massa jauh dari catatan mereka, terutamanya kem induk iaitu Kem Tahanan Auschwitz –Birkenau. Selepas itu beberapa fakta dan bukti menjadi medan kontroversi pihak yang mengiyakan dan pihak yang menafikannya, setiap hujah, foto, peta dan data statistik dikemukakan oleh gerakan yang menyokong holocaust ini telah dianalisis secara terperinci oleh gerakan holocaust revisionism banyak terdapat keraguan dalamnya. Sebagai contoh sekeping gambar dari The Simon Wiesenthal Center sebuah organisasi antarabangsa menjaga hak asasi Yahudi pernah menerbitkan sekeping gambar palsu 1999, dilaman web mereka tentang holocaust, yanag mana gambar tersebut berlatar belakangkan asap yang keluar dari serombong gas (gas chamber), yang digunakan untuk membunuh tahanan Yahudi. Namun bila gambar sebenar dari tentera Bersekutu didedahkan, tidak ada serombong asap itu, sebenarnya yang didakwa tempat membakar mayat Yahudi itu adalah pondok pengawal, dan temberang dari web-site terbongkar akhir web-master laman web tersebut telah menggantikan gambar tersebut dengan gambar sebenar yang tidak ada asap, dan ianya ada semburan tambahan (airbrushed in) ke atas gambar tersebut. [http://www.codoh.com/revision.html]. Banyak lagi contoh yang boleh ditemukan dari foto, peta, data statistik penghijrahan orang Yahudi (Aliyah) dan dokumentasi yang didakwa menyokong teori holocaust, namun bila dikaji dengan teliti ia membuktikan sebaliknya. Namun bukanlah tujuan kami untuk membentangkan fakta yang saling bercanggah tentang Holocaust ini.

Oleh kerana negara-negara Eropah telah trauma dengan kebangkitan Nazi di Jerman dan untuk menutup kelemahan mereka yang mana mereka telah mempropagandakan isu kekejaman Nazi iaitu satu teknik OTHERING (bahasa jurnalistik : Othering is a way of defining and securing one’s own positive identity through the stigmatization of an “other.”) iaitu menunjukkan bangsa lain kejam , untuk menjayakan misi ini meraka telah mengiakan sahaja tentang peristiwa Holocaust yang dicanangkan oleh Yahudi ini. Akibat ketidakmampuan mereka berhujah dengan data, fakta, dan statistik yang benar. Negara Barat yang terlalu mendewa-dewakan kebebasan bersuara telah membuat satu undang-undang Draconian berkenaan dengan isu ini, iaitu Holocaust Denial (Penafian Holocaust) akan dikenakan tindakan undang-undang. Holocaust denial adalah secara tersurat dan tersiratnya haram di 14 buah negara iaitu Austria, Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, “Israel”, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Poland, Portugal, Romania, Sepanyol, and Switzerland. Itali dan Belanda baru-baru ini bercadang untuk menguatkuasakannya tapi ditolak 2007 and 2006. Slovakia menganggap jenayah jika melakukan Holocaust Denial penghujung tahun 2001 tetapi telah memansuhkannya pada tahun May 2005. Yang menariknya dalam undang-undang ini tidak sering mengaitkan bahawa Holocaust Denial, dengan Anti-Semitism dan pro-Nazi.[http://en.wikipedia.org/wiki/Laws_against_Holocaust_denial ]. Signifikannya tragedi ini kepada entiti Yahudi dan Zionist adalah sebagai justifikasi mereka untuk mendapat simpati mereka dari dunia (AS dan Sekutunya). Setiap kali, mereka membantai umat Islam di Palestin, mereka akan mempropagandakan isu mereka dulu dibunuh lebih dari 6 juta. Prof Harun Yahya ada mengingatkan bahawa “The tragedy of the Holocaust cannot be used to justify the outrages inflicted by Israel on the Middle East. Such behavior is the worst possible lack of respect for the Holocaust’s victims.” [The Holocaust Violence, hal 144]

Maka tidak hairanlah jika tragedi seperti ‘The Holocaust’ dan ‘Armenian Genocide’ selalu mendapat perhatian antarabangsa, kerena ia banyak sekali melibatkan kepentingan politik dan ideologi kapitalisme terhadap kepada suka ‘mencari pasal’, terutamanya dari kelompok negara kuasa besar. ‘Armenian Genocide’ yang diresolusikan di Washington baru-baru ini juga pada dasarnya dapat dilihat sebagai melibatkan kepentingan politik dan ideologi. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain termasuk Kesatuan Eropah, Argentina, Uruguay dan Russia turut menyalahkan Kerajaan Turki Othmaniyah.

Menurut dakwaan mereka dalam Perang Dunia Pertama, Kerajaan Turki Othmaniyah dikatakan telah memimpin antara 600,000 hingga 1.5 juta rakyat Armenia ke kawasan Mesopotamia dan padang pasir Deir ez-Zor di Syria. Kerajaan Turki Othmaniyah didakwa dengan sengaja membawa mereka ke kawasan tersebut sehelai sepinggang tanpa apa-apa bekalan makanan dan ubat-ubatan sehingga menyebabkan rakyat bangsa Armenia mati akibat kebuluran dan sakit. Kononnya kerajaan membenarkan tentera mereka dan orang-orang awam untuk merompak, membunuh dan mencabul wanita-wanita Armenia yang berada dalam pelarian itu, dengan harapan untuk memusnahkan bangsa tersebut. Walaupun hampir 21 buah negara setakat ini menyokong kewujudan berlakunya genosid ini, namun kerajaaan Turki termasuk sebahagian besar ahli-ahli sejarah telah menafikan sekeras-sekeras tuduhan ini. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan bangsa Armenia yang mati itu disebabkan oleh peperangan yang meletus, bukan penganiayaan dari kerajaan Islam Turki, kedua-dua belah pihak juga kehilangan nyawa anggota masing-masing. Beberapa orang sarjana seperti Ara Safarian telah mengkaji dokumen tentang genosid Armenia dan dia menerangkan bahawa banyak sumber adalah dikeluarkan dengan bias dan ada matlamat politik . Sementara Ismet Binark, seorang pustakawan dan penyimpan koleksi bahan bersejarah, dan para intelektual Turki, telah membentangkan laporan dan kertas kerja berdasarkan fakta visual sejarah mengenai dakwaan palsu negara sekutu Amerika terhadap kerajaan Turki. Sebaliknya mereka mendakwa bangsa Armenia juga turut terlibat membunuh bangsa Turki berdasarkan gambar-gambar yang berada dalam arkib sejarah negara berkenaan. [Ringkasan dari Remembrance and Denial, The Armenian Genocide, ms 52]. Turki mengakui bahawa ratusan ribu orang Armenia dan askar Uthmaniyah terkorban akibat perang itu. Ketika itu, Uthmaniyah memihak dengan Jerman tetapi telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa Eropah, termasuk Britain. Sesudah Perang Dunia Pertama, Uthmaniyah tumbang dengan banyak kawasannya di utara Afrika dan Dunia Arab dikuasai Barat. Mustafa Kemal telah memimpin satu rampasan kuasa tentera dan mewujudkan republik Turki yang sekular pada 1923. Yang peliknya, selama bertahun-tahun sebelum ini, kebanyakan pemimpin dunia dan negara-negara Barat telah cuba menghindari untuk memperbesarkan isu ini di peringkat antarabangsa, kerana dikatakan sebagai tanda menghormati kepimpinan sekular yang dibawa Mustafa Kemal Atartuk suatu ketika dahulu. Isu ini telah dilupakan dan cuba dihidupkan balik apabila pemimpin Turki sekarang menunjukkan sedikit kecenderungan kepada Islam. Kesatuan Eropah dilihat telah mula meletakkan syarat untuk kerajaan Turki memasuki kesatuannya, supaya mengakui tragedi genosid rakyat Armenia ini sebagai salah satu syarat untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Isu genosid yang dibangkitkan ini telah memarahkan lagi hubungan rejim sekular Turki- rejim AS bagaikan telur di hujung tanduk, tambahan pula AS pada masa ini menghadapi masalah dengan sikap Turki untuk menyeberang sepadan dan menyerang kedudukan strategik Parti Buruh Kurdis (PKK), sedangkan AS ingin mengeksploitasi kekayaan minyak di kawasan utara Iraq ini.

Sejarah Genosid Barat

Amerika dan Barat yang tidak sedar atau tidak perasaan akan rekod buruk dalam jenayah genosid yang mereka sendiri lakukan ataupun mereka telah dijangkiti penyakit hilang daya ingatan (amnesia) dalam aspek politik. Resolusi ‘tidak-mengikat’ (non-binding resolution) dijangka akan diendors oleh Dewan Perwakilan dalam bulan November yang mana ia telah menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dan Turki, dan Turki bertindak memanggil semula utusan khas Washington untuk perundingan. Turki juga telah memberikan bayangan akan tindakannya untuk menarik balik bantuan logistik yang dihulurkan kepada pasukan tentera Amerika yang bertugas di Iraq dan Afghanistan jika rang undang-undang itu diluluskan, dan ia juga akan menghentikan kontrak-kontrak ketenteraan yang lumayan terhadap firma-firma Amerika.

Walau bagaimanapun, jika genosid adalah isu yang hendak dibangkitkan oleh Amerika, mereka sewajarnya menyemak dahulu rekod prestasi mereka sendiri di dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang mereka lakukan secara pukul-rata termasuk yang dilakukan oleh sekutu-sekutu Eropah mereka.

Dalam tempoh memantapkan kedudukan mereka di Amerika, populasi kaum peribumi Amerika yang dipanggil Red Indian telah mengalami penurunan yang amat ketara akibat peperangan, konflik dan pembunuhan beramai-ramai, yang mana beberapa komuniti peribumi ini telah berkurangan sebanyak 80-90% dalam satu generasi. Ia bermula seawal tahun 1490-an apabila Christopher Columbus mula-mula menjejakkan kaki di bumi Amerika sehingga tragedi pembunuhan beramai-ramai kaum Indian Sioux di Wounded Knee yang dilakukan oleh askar-askar Amerika sehingga menyebabkan populasi puak peribumi Amerika di Hemisfera Barat berkurangan sebanyak 100 juta orang.

Kekejaman ala-ala orang gasar (barbarian) yang hampir sama adalah perdagangan hamba-abdi merentasi Lautan Atlantik atau ‘Maafa’ yang menyaksikan penghapusan sebahagian besar komuniti Afrika di sepanjang tempoh 400 tahun untuk membekalkan tenaga kerja untuk kemajuan ekonomi di Dunia Baru. Di mana-mana jua, diantara 9 hingga 12 juta orang Afrika telah dipindahkan secara paksa oleh pedagang-pedagang hamba-abdi Eropah. Seramai lebih kurang 8 juta bangsa Afrika telah terbunuh semasa dalam tahanan sementara, sewaktu proses pemindahan dan semasa mula-mula sampai ke petempatan baru di Amerika tetapi ahli sejarah mengakui bahawa jumlah kematian sebenar mungkin tidak diketahui.

Tragedi yang masih belum lama berlaku adalah serangan Amerika ke atas Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia ke II yang menyebabkan kematian seramai 40,000 dan 80,000 orang di kedua-dua bandar tersebut di akhir tahun 1945, di samping pembunuhan akibat terdedah kepada radiasi dan kecederaan semenjak dari kejadian tersebut. Sesungguhnya telah menjadi satu pendapat umum yang diperakui bahawa pengeboman ke atas kedua bandar tersebut adalah tidak perlu memandangkan tentera Jepun sedang dalam proses untuk menyerah diri. Perang Vietnam dan Korea juga menunjukkan secara langsung dan tidak langsung penglibatan dan campur-tangan Amerika di dalam jenayah perang. Sekatan yang dilakukan oleh PBB ke atas Iraq dalam tahun 1990-an yang disokong oleh Amerika dan sekutu-sekutu Eropahnya telah menyebabkan kematian ke atas lebih 500,000 kanak-kanak. Penjajahan ke atas Iraq yang sedang berlangsung saat ini telah mengorbankan sejumlah 1 juta orang awam di samping kemusnahan besar-besaran ke atas masyarakat Iraq serta prasarana-prasarananya seperti pembunuhan besar-besaran yang memilukan di Haditha dan Falluja.

Selain dari itu, terdapat banyak contoh yang terlalu banyak untuk dinyatakan di sini antaranya adalah berkenaan dengan Amerika yang menjadi dalang dalam rampasan kuasa secara kejam yang turut disertai dengan kehilangan banyak nyawa. Amerika telah menjadi rakan subahat sewaktu Jeneral Suharto merampas kuasa pada tahun 1965 yang ditakrifkan sebagai ‘zaman kehidupan penuh bahaya’. Rampasan kuasa ini telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai, seperti yang dipetik oleh New York Times sebagai ‘salah satu penyembelihan paling ganas dalam sejarah politik moden’ sehingga sesetengah pihak beranggapan bahawa ahli-ahli politik Amerika sepatutnya didakwa atas tuduhan membunuh. Contoh-contoh lain termasuk penggulingan Salvador Allende di Chile dan Presiden Mossadegh di Iran.

Jika dilihat pembunuhan ke atas bangsa Armenia dalam sejarah Uthmaniyyah adalah berkaitan dengan usaha untuk mengekalkan integriti negara. Sebaliknya, tindakan yang diambil oleh Amerika dan sekutu-sekutu Eropahnya di masa lalu dan di masa kini sering kali berkenaan dengan campur tangan di dalam urusan negara-negara lain. Maka, disebabkan oleh rekod prestasi buruknya sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyokong kemusnahan dana pembunuhan beramai-ramai, Amerika sama sekali tidak layak untuk berkhutbah kepada orang lain berkenaan dengan genosid dan pembunuhan beramai-ramai.

Amaran Amerika kepada Kerajaan Turki untuk meneruskan serangan mendadak ke atas Utara Iraq menunjukkan satu lagi contoh betapa ironinya situasi politik elit Amerika. Amerika menyerang dan menjajah Iraq dengan bukti yang amat meragukan seperti Saddam Hussein memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMDs) dan boleh menjejaskan kepentingannya. Ia (Amerika) sekarang melarang orang lain untuk campur-tangan di Iraq sungguhpun mereka sangat prihatin akan kesan ketidakstabilan di Iraq kepada wilayah tersebut. Ini menunjukkan bahawa Amerika mendakwa dirinya sebagai satu-satunya negara yang boleh dipercayai dari segi kuasa dan autoriti moral untuk menakluki pihak lain. Memetik ucapan George Bush Sr selepas Perang Teluk Pertama, “Suatu masa, dunia terbahagi kepada dua kuasa ketenteraan tetapi sekarang hanya mengiktiraf satu kuasa tunggal dan agung iaitu Amerika Syarikat. Dan mereka mengakui semua ini tanpa takut-takut. Dunia meyakini kita dengan kuasa dan dunia adalah betul. Mereka percaya kita akan berlaku adil, dan mampu mengawal. Mereka percaya kita berpihak pada kesopanan dan kesusilaan. Mereka meyakini kita untuk melakukan apa yang betul”.

Ugutan Turki untuk mengehadkan kerjasama dengan Amerika, adalah satu perkara yang tidak jelas. Mengikut laporan CNN 70% dari kargo udara ke Iraq adalah melalui Negara Turki. Turki yang sebelum ini merasakan perlu bertindak untuk mengehadkan kerjasama setelah terasa dengan tindakan Amerika yang menghina negara bangsanya, yang mana mereka selama ini tidak terfikir untuk melakukannya walhal mereka tahu bantuan kepada tentera AS menyerang Iraq akan menyebabkan huru-hara dan mengorbankan beribu nyawa umat Islam selama ini. Tentu sahaja keengganan sokongan logistik oleh pihak Turki sudah tentu menjejaskan kekuatan Amerika untuk menduduki Iraq dalam tahun 2003 dan dapat mengelakkan episod penuh kemusnahan dari terlakar dalam sejarah Iraq, terutamanya apabila tindakan sama oleh Mesir, Arab Saudi, Qatar dana Kuwait. Penjajahan Amerika keatas Iraq telah menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu, menguatkan nasionalisme Kurdish dan mengancam kestabilan wilayah Kurdish di Turki secara langsung. [www.khilafah.com]

Wahai kaum Muslimin Ingatlah dalam rangka untuk mencapai tujuan politik mereka, pihak kuffar terutamanya AS dan Yahudi sering memberikan gambaran bahawa mereka adalah mangsa penindasan dan kekejaman. Rejim AS telah berjaya menggunakan isu 911 sebagai senjata untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah mangsa kekejaman pengganas. Dengan teknik Othering mereka cuba mendefinisikan bahawa ‘kami’ adalah kumpulan orang yang meyokong tindakan Rejim AS dalam Polisi Luara Negaranya dan ‘Other’ adalah pengganas. Sungguh memilukan hati kita bila pemimpin negara umat Islam, sanggup bersama-sama sekongkol untuk memerangi pengganas dan berebut-rebut untuk menjadi ‘kami’ dalam bahasa politik AS. Al-Quran telah memberitahu kita bahawa ini pernah dahulu kaum kafir Quraisy telah menggunakan teknik yang sama. Apaibla kabilah mereka telah diserang hendap oleh tentera kaum Muslimin yang diketuai oleh Abdullah bin Jahsy di Nakhlah, dalam bulan Haram, mereka dengan hipokritnya mempropagandakan isu kekejaman ini, walhal meraka lupa bahawa mereka yang selama ini memerangi, menyiksa, menghalau umat Islam dari solat di masjidil haram. Allah Subhana Wa Ta’ala telah menurunkan ayat sebagai tempelak tentang teknik meraka ini, sebagaimana dalam Firman Allah

“Mereka bertanya kepada mu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah; Berperang pada bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalang (manusia) dari Jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalang masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, adalah lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama mu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. ” [TMQ Surah Al-Baqarah (2):217]