Hanya Kerja Sebagai GRO Diharamkan Untuk Wanita?

Wanita Islam Dilarang Bekerja Sebagai GRO Di Kuantan Mulai Tahun Depan

KUANTAN:
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini Rabu dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkannanti.

Beliau berkata semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

“Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

“Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
Di samping itu, kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Mstar Online


HANYA KERJA GRO DIHARAMKAN UNTUK WANITA?
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah paling tepat untuk menggambarkan peranan agensi-agensi kerajaan yang kononnya menjaga kemaslahatan umat Islam di negara ini umumnya dan kesejahteraan wanita khususnya. Banyak aspek yang perlu diluruskan dalam perkara di atas.

Pertama, kenapa hanya di Kuantan? Adakah menjadi GRO di daerah dan negeri lain dibenarkan kepada muslimah? Inilah yang dinamakan tiada kesatuan dalam soal pemerintahan. Ini soal hukum melibatkan perbuatan seorang hamba Allah, bukan soal administrasi. Tak kira di mana kita berada, tentunya mesti terikat dengan hukum Allah. Hanya, satu caranya, pemerintah tertinggi yang perlu menerapkan untuk keseluruhan negara.

Kedua
, banyak lagi pekerjaan di negara ini selain menjadi GRO, adalah haram bagi wanita muslimah. Allah melarang sama sekali, baik lelaki atau wanita, terlibat dalam pekerjaan yang membahayakan akhlak dan merosakkan masyarakat walaupun alasannya mencari rezeki sesuap nasi untuk menyara diri dan keluarga. Contohnya, pramugari yang mendedahkan aurat, penyanyi wanita yang melunakkan suara di hadapan lelaki bukan mahram, lelaki yang menjadi jurusolek dan sebagainya. Ini bertepatan dengan kaedah usul fiqh dibawah,
Sarana yang menuju perkara haram adalah haram’ (al-wasilatu ila al haram haram)

Ketiga
, mengapa perlu dikuatkuasakan tahun 2012? Sepatutnya, seorang muslim apabila mengetahui sesuatu hukum syarak dia harus segera melakukannya, tidak perlu ditangguh lagi. Kita bukan tahu bila ajal dan kiamat akan tiba, yang keduanya merupakan penamat bagi pengampunan Allah. Jangan sesekali lupa dengan peringatan Allah seperti ayat di bawah
“….kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, lalu barangsiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan menderita azab sengsara. Dan barangsiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. [TQM Thaahaa (20): 123-126]

Wahai muslimah!

Sengsaranya kalian di dunia dan akhirat sekiranya hukum Allah ini di abaikan. Sedarlah, kita benar-benar perlukan seorang pemimpin yang takut kepadaNya, lantas menerapkan Islam yang kaffah ke atas kita melalui pemerintahannya. Dengan itu, kita selamat dunia dan akhirat, Insya Allah.