Hanya Khilafah dapat Membela Kekejaman Ke Atas Aafia Siddiqui
04 Februari 2010
Demonstrasi Diseluruh Negara Oleh Hizbut Tahrir Terhadap Keputusan Penghakiman Dr Aafia Siddiqui
Hanya Khilafah Mampu Menebus Aafia Siddiqui dan Para Muslimah lain yang senasib dengannya
Setelah diseksa selama lima tahun dan dipisahkan dari anak-anaknya, Amerika yang keji telah mengumumkan Dr Aafia Siddiqui didapati bersalah terhadap perbuatan yang tidak pernah sama sekali beliau lakukan. Mengharap sinar keadilan dari pentadbiran Amerika, yang kekejamannya mengatasi pemerintahan Firaun dan pemimpin seperti Halaku Khan di masa lalu, tentunya sama seperti memperbodohkan diri sendiri.
Di sebalik kenyataan-kenyataan yang bercanggah dikemukakan oleh para saksi, barisan juri telah memutuskan bahawa anak kelahiran Pakistan, Dr Aafia Siddiqui, bersalah terhadap pertuduhannya. Maka dengan itu, Dr Aafia boleh dikenakan hukuman penjara selama 60 tahun atas tuduhan percubaan membunuh, di mana tiada seorang pun yang tercedera, sebaliknya Dr Aafia sendiri yang telah ditembak parah di perut ketika kejadian itu.
Para pemimpin pengkhianat Pakistan berserta Amerika, adalah sama-sama bertanggungjawab terhadap jenayah kejam dan licik ini. Tiada siapa yang berani menanyakan bagaimanakah agaknya, Dr Aafia boleh berada di penjara penuh penyeksaan, iaitu Penjara Bagram , sejak dari mula lagi. Atas arahan siapakah beliau telah diculik bersama-sama tiga orang lagi anak-anaknya? Di manakah beliau berada selama lima tahun yang lalu? Di manakah dua orang lagi anak-anaknya sekarang? Para pemerintah demokrasi Pakistan menjadi pekak, buta dan tuli serta hamba yang hina kepada pihak Amerika, tak ubah seperti para pemimpin diktator Pakistan sebelum ini. Ke manakah menghilangnya suara-suara mereka yang mengagung-agungkan keindahan demokrasi?
Ketidakadilan ini adalah amat jelas sebagai mercu dan tanda kebusukan sistem demokrasi Kapitalis di mana, mereka yang tidak bersalah dikorbankan untuk mempertahankan majoriti. Ketidakadilan yang di hadapi oleh Dr Aafia ini bukanlah satu perkara yang baru. Malahan, kisah kekejaman dan penindasan para muslimah lain yang dipenjarakan di Abu Ghuraib mungkin lebih buruk dan menyayat hati.
Namun demikian, pada hari ini, para pemimpin kita, terus berkelakuan seperti anjing-anjing pemburu yang membantu tuannya memburu dan menangkap anak-anak lelaki dan perempuan kaum Muslimin, untuk diserahkan sebagai hidangan kepada sang serigala.
Hizbut Tahrir ingin memaklumkan kepada Umat Islam bahawa Aafia Siddiqui dan para Muslimah lain yang senasib dengannya, tidak akan dapat dibebaskan dari pihak Kuffar dengan hanya memohon dan merayu kepada pihak musuh yang keji itu. Untuk membebaskan mereka, kita semua perlu melakukan apa yang telah dilaksanakan oleh Muhammad Bin Qasim dan Khalifah Mu’tasim dalam membela dan menebus maruah para Muslimah di zaman mereka iaitu dengan melancarkan jihad oleh bala tentera terlatih daulah Khilafah.
Pada hari ini, kita semua juga perlu menggembeling seluruh tenaga dan kekuatan untuk sama-sama berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah. Hanya dengan itu kita akan dapat melihat bagaimana Amerika yang pengecut itu, tidak lagi akan berani memenjarakan saudara-saudara muslimin dan muslimat kita, seandainya mereka mahu melihat tentera-tentera pengecut mereka dibebaskan dari wilayah kita.
Hizbut Tahrir menyeru kepada Angkatan Tentera Pakistan, berapa lamakah lagi kamu mahu melihat pencabulan keatas maruah saudara Muslimah mu? Bangkit dan lindungilah maruah para Muslimah mu dan bebaskanlah mereka dari kerakusan dan kekejaman pemenjaraan pihak Kuffar ini. Kejarlah syahid yang dijanjikan Allah kerana hanya itulah kemenangan di dunia dan di Akhirat di sisi Allah kelak.
Namun, kamu tentunya tahu bahawa ini semua tidak mungkin akan terjadi, selagi mana para pemimpin pengkhianat umat Islam masih membelenggu leher-leher kamu. Maka, berikanlah sokongan (Nusrah) dan dukungan kepada Hizbut Tahrir untuk mengembalikan Khilafah dimana dengannya seluruh pemimpin pengkhianat ini serta sistem-sistem kufur mereka dapat dihapus dan dilenyapkan. Hanya inilah cara yang paling benar untuk membawa Dr Aafia pulang.
Pada hari ini, Hizbut Tahrir telah mengadakan demonstrasi dan bantahan di daerah Islamabad, Karachi, Lahore dan Peshawar terhadap penghakiman yang kejam dan hina ini. Para peserta demonstrasi membawa sepanduk yang tertulis slogan seperti:
“Wahai Tentera Pakistan! Bela Aafia, Tegakkan Khilafah, Hentikan Kehadiran Amerika”
Mereka menggesa Angkatan Tentera Pakistan untuk menyerahkan Nusrah(sokongan) kepada Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali Khilafah supaya pasukan Jihad yang dipimpin oleh Khalifah dapat segera dilancarkan untuk menghentikan kekejaman terhadap umat Islam diseluruh dunia.
Naved Butt
Jurucakap Rasmi Media Hizbut Tahrir Pakistan
Sumber: Khilafah.com