Hapuskan Sempadan Wathaniyyah, Tegakkan Khilafah!
RAFAH, Gaza 28 Mei – Mesir akhir membuka secara kekal sekatan selama empat tahun di Genting Gaza yang merupakan laluan utama penduduk terbabit kepada dunia luar dan sekali gus melegakan 1.5 juta penduduk Palestin.
Tindakan kerajaan Mesir itu membolehkan penduduk Gaza bergerak bebas keluar daripada kawasan berkenaan, bagaimanapun ia menimbulkan kebimbangan kepada pihak Israel kemungkinan senjata dari luar akan dibawa masuk kepada penduduk setempat secara berleluasa.
Israel dan Mesir melaksanakan sekatan itu selepas Hamas menguasai kawasan Gaza pada Jun 2007. – AP
Sumber : Utusan Online, 28/05/2011
Hapuskan Sempadan Wathaniyyah, Tegakkan Khilafah!
Alhamdulillah. Mungkin itu yang mampu diucapkan buat masa ini dalam kita menanggapi krisis yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin di mana mereka terpenjara akibat sekatan oleh Israel dan rejim Hosni Mubarak. Sebelum ini, beberapa pertubuhan serta badan cuba untuk memecahkan sekatan dengan bantuan kemanusiaan, namun berakhir dengan tragedi berdarah oleh rejim Zionis. Krisis ini sebenarnya hasil daripada khianatnya pemimpin umat Islam serta kesan daripada virus assobiyyah dan wathaniyah yang telah ditanam oleh penjajah di dalam tubuh umat Islam.
Dengan adanya “sempadan- sempadan ghaib” yang telah dilakarkan oleh penjajah dalam menghancurkan kesatuan umat Islam, menjadikan umat Islam terpisah kepada negeri-negeri yang kecil dan lemah. Sempadan – sempadan yang dilakarkan ini semakin utuh, dijaga oleh pemimpin yang khianat, demi memastikan kepentingan politik kuffar Barat terus terpelihara. Ini diparahkan lagi dengan pemencilan masalah Palestin menjadi masalah bangsa Arab atau lebih kecil lagi kepada masalah penduduk Palestin. Walhal, isu Palestin merupakan isu keseluruhan umat Islam di dunia ini. Palestin yang telah dibebaskan oleh Saidina Umar Al-Khattab merupakan kiblat umat Islam yang pertama di mana di situlah letaknya masjid ketiga suci bagi umat Islam iaitu Masjid Al Aqsa. Namun, tanah yang telah dibebaskan dengan darah para syuhada’ ini telah dicemari dengan kewujudan entiti haram Zionis.
Wahai para pemimpin kaum muslimin! Wahai para tentera kaum Muslimin khususnya para tentera bumi Mesir! Kalian memiliki kekuatan untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa dari tangan Zionis-Israel, dan bukannya sekadar membuka pintu sempadan yang kalian warisi dari kaum kuffar penjajah. Apakah kalian berasa senang dan mampu tidur dengan nyenyak setelah menikmati makan malam yang enak namun dalam masa yang sama saudara seaqidah kalian di bumi Palestin tidur dalam ketakutan dan kelaparan?
Kalian memiliki kekuatan untuk menyelesaikan masalah Palestin ini dan memberi keamanan kepada umatnya sekiranya kalian berkehendak. Masalah Palestin bukanlah krisis kemanusiaan semata- mata, tetapi ia merupakan masalah yang berkait rapat dengan aqidah umat Islam. Hapuskan semangat wathaniyyah dan marilah menuju kepada penyatuan seluruh negeri – negeri umat Islam di bawah panji Khilafah. Dengan tertegaknya Khilafah dalam sedikit masa lagi, ia akan menyelesaikan isu Palestin ini , serta menghapuskan segala sempadan di negeri-negeri umat Islam yang dilakarkan penjajah Barat. Semoga dengan itu, kemenangan Islam akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Wallahu a’lam.