HIV Serius Adalah Natijah Daripada Kerosakan Sistem Sekular
Buatlah sebarang anjuran kempen di sana-sini, belanjakanlah ratusan juta wang peruntukan negara, tetapi selagimana ia tidak kembali kepada Islam, kesemua usaha-usaha itu akan pasti terus menemui titik kegagalan dan akhirnya akan menuai kekecewaan. Secara hakikatnya individu, masyarakat dan negara telah tersangat jauh daripada Islam, termasuklah para pemimpin negara sendiri. Mereka bukan sahaja tidak menerapkan Islam dalam negara, malah dengan tanpa rasa bersalah telah menghina dan membakul sampahkan hukum-hakam al-Quran dan as-Sunnah. Pemerintah pada hari ini lebih rela mengambil sistem kehidupan jahiliyyah untuk diterapkan di tengah-tengah kehidupan bernegara berbanding kehidupan Islam. Sedangkan Allah SWT telah menempelak, “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka inginkan? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah dalam membuat hukum bagi orang-orang yang yakin?”. [TMQ al-Maaidah (5):50]. Buat mereka yang masih sinis dengan Islam, fahamilah firman Allah swt ini: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.[TMQ Ta-ha (20): 124]. Apakah para pemerintah umat Islam di seluruh dunia amnya, dan Malaysia khususnya, ingin menunggu sehingga seluruh rakyatnya terkena musibah HIV dan barulah ketika itu mereka ingin kembali kepada Islam?
Sumber: Berita Harian, 07/03/13