Hizbut Tahrir Britain – Demonstrasi Bagi Menyeru Tentera Arab Untuk Mempertahankan Gaza
Ramai yang memberi pengucapan, termasuk Mohamed Ali, CEO bagi Islam Channel, Mozzem Beg, bekas tahanan Guantanamo dan Dr Abdul Wahid dari Hizbut Tahrir, sebuah Parti Politik Islam yang menganjurkan demonstrasi tersebut. Mereka telah mendesak tentera-tentera Islam dan pihak kerajaan untuk membantu saudara Muslim di Gaza. Selepas sebulan pengepungan oleh tentera yang mengakibatkan kebuluran ratusan ribu penduduk, pengganas Zionist di Palestine ini telah membunuh lebih dari 300 orang lelaki dan wanita dan juga kanak-kanak dalam siri serangan di Gaza yang telah juga mengakibatkan ribuan yang tercedera. Di manakah pemerintah-pemerintah Muslim? Di manakah tentera-tentera Muslim? Di manakah kerajaan yang akan menjawab pembunuhan Muslimin di Gaza dan di seluruh dunia?
Sudah berbulan-bulan, rejim-rejim di dunia Islam telah diam membisu atas pengepungan Israel di Gaza. Rejim Mesir bahkan telah menghalang bantuan ke Gaza. Rejim Saudi telah memujuk penakluk dan pembunuh kejam ini dengan mempromosikan apa yang dikatakan ‘proses damai’, yang mana ianya tidak lebih dari proses untuk memperkuatkan cengkaman Israel ke atas wilayah tersebut. Pujukan mereka initelah dibayar dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.
Tidak akan ada perundingan, resolusi dari UN ataupun kutukan yang akan dapat membebaskan Palestin dari penaklukan ini. Ketika mana penduduk Palestin yang ikhlas ini terus menerus secara berani berjuang menentang penaklukan, hanya tentera-tentera beserta kelengkapan ketenteraan dari bumi Islam, yang kini sedang disimpan di berek oleh agen-agen pengkhianat, apabila dibebaskan barulah tanah Palestin akan dapat dipertahankan. Mesir sahaja memiliki kemampuan ketenteraan untuk mempertahankan penduduk di Gaza sekiranya sebanyak 220 jet pejuang F-16 yang ia ada beserta kekuatan kententeraan seramai 450,000 orang digunakan.
Sumber: www.hizb.org.uk