Hizbut Tahrir Indonesia Kecam Letupan di Jakarta

letupan-jakartaJurucakap Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) Muhammad Ismail Yusanto menyampaikan lima mesej terkait letupan dan serangan di Sarinah, Thamrin, Jakarta.

Pertama; Mengecam letupan dan serangan di Thamrin Jakarta pagi itu sebagai kezaliman yang luar biasa. Syariat Islam jelas melarang siapa pun dengan motif apa pun membunuh dirinya sendiri dan juga membunuh orang lain tanpa hak, apatah lagi sampai menyebabkan kematian dan ketakutan yang meluas, ujarnya kepada mediaumat.com [Khamis 14/01/2016].

Kedua; Menolak usaha mengaitkan tindakan keganasan tersebut dengan Islam dan perjuangan untuk mewujudkan Islam secara kaffah. Mesti diwaspadai usaha memburukkan Islam dan pejuangnya.

Ketiga; Berharap kepada semua pihak khususnya polisi dan juga media massa untuk tidak membuat spekulasi dan mengaitkan bom itu dengan kelompok, gerakan atau pun organisasi Islam. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi dan dari sekian banyak kemungkinan tersebut, boleh sahaja letupan itu dilakukan oleh siapa saja atau kelompok mana sahaja, bahkan oleh negara tertentu untuk mengacau-bilaukan masyarakat dan negara ini.

“Hal itu dilakukan demi kepentingan ekonomi dan politik mereka yang tidak segan-segan melakukan fitnah dan rekayasa keji untuk menuduh dan meletakkan Indonesia sebagai sarang pengganas,” ujarnya.

Keempat; Oleh yang demikian, polis hendaklah siap siaga menangkap pelaku dan dalang serangan serta mengungkap motif di balik tindakan tersebut. Ini kerana, hanya dengan cara itu segala macam spekulasi yang menimbulkan keresahan dapat dihentikan.

Kelima; Peristiwa ini tidak boleh mengendurkan langkah perjuangan kita. Kita harus tetap teguh, sabar dan istiqamah dalam perjuangan ini hingga terwujudnya cita-cita dakwah,” tegasnya.

Sumber: hizbut-tahrir.or.id