Hizbut Tahrir Malaysia Seru Perdana Menteri dan Semua Penguasa Muslim Hantar Tentera Untuk Berjihad di Palestin

Kira-kira tiga ratus ahli dan penyokong Hizbut Tahrir Malaysia berhimpun di hadapan Masjid Putra di Putrajaya untuk menyampaikan mesej yang sangat penting kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga kepada para penguasa Muslim lainnya, tentang kewajipan mereka untuk menghantar tentera ke Tanah Palestin Yang Diberkati dengan segera. Daripada masjid, peserta perhimpunan kemudiannya berarak menuju ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ. Delegasi Hizbut Tahrir / Malaysia yang diketuai oleh Jurucakapnya, Ustaz Abdul Hakim Othman telah menyerahkan satu memorandum yang diterima oleh wakil Perdana Menteri Malaysia.

Dalam perhimpunan tersebut, Hizbut Tahrir menegaskan bahawa konflik Palestin tidak pernah berakhir kerana penyelesaian yang sebenar tidak pernah diambil, iaitu Jihad Fi Sabilillah yang sepatutnya diisytiharkan oleh penguasa Muslim. Sebaliknya, penguasa Muslim khususnya di negara-negara Arab menjadi benteng pertahanan kepada entiti Yahudi dan mereka sangat jelas merupakan pengkhianat kepada umat Islam. Walaupun mereka terus mengkhianati umat, namun Hizbut Tahrir tetap secara konsisten memuhasabah mereka tentang kewajipan mereka (untuk menggerakkan tentera), dan pada masa yang sama Hizbut Tahrir terus berjuang secara konsisten untuk menggantikan mereka dengan seorang Khalifah Rasyidah.

Semasa perhimpunan, selain menyampaikan mesej secara langsung kepada Perdana Menteri Malaysia, Hizbut Tahrir juga telah menyampaikan suatu mesej yang penting kepada Angkatan Tentera Malaysia dan tentera kaum Muslimin lainnya untuk bergerak sendiri ke Gaza sekiranya penguasa tidak menggerakkan mereka, kerana kewajipan Jihad jatuh ke atas kedua-dua mereka (penguasa dan tentera) tanpa kecuali. “Kalian Wajib Selamatkan Saudara Kalian dan Bebaskan Seluruh Tanah Palestin”, “Tanah Palestin Yang Diberkati Sedang Memanggil Kalian” dan “Bergerak dan Raihlah Syurga Kalian di Tanah Palestin Yang Diberkati” adalah antara mesej oleh Hizbut Tahrir kepada tentera dalam perhimpunan berkenaan. Selain itu, Hizbut Tahrir juga dengan tegas dan lantang menyeru bahawa jika tentera bergerak, maka sesungguhnya mereka tidak bergerak sendirian, kerana malaikat akan bergerak bersama mereka dan kemenangan sudah pasti berada di tangan mereka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah (swt).

Mesej penting juga telah disampaikan oleh Hizbut Tahrir kepada para Mufti dan Ulama untuk mengeluarkan fatwa bahawa Jihad merupakan sebuah kewajipan di Tanah Palestin Yang Diberkati dan tentera Islam mesti berada di sana segera. Hizbut Tahrir mengingatkan para Mufti dan Ulama agar tidak mengeluarkan fatwa yang hanya menyenangkan penguasa, tidak menyempitkan fatwa mereka sebatas dalam sempadan palsu negara bangsa, dan tidak melihat isu Palestin dari sudut kemanusiaan semata-mata, tetapi mesti melihatnya dari sudut hukum syarak. Para Mufti dan Ulama tidak boleh berdiam diri dalam isu ini memandangkan Tanah Palestin Yang Diberkati adalah tanah mereka juga.

Di akhir perhimpunan, Hizbut Tahrir mengajak seluruh umat Islam untuk berganding bahu menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah, satu usaha yang telah dan sedang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia sejak tahun 1953. Tanah Palestin Yang Diberkati sangat memerlukan Khilafah dan apabila ia berdiri sedikit masa lagi, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita, mengalahkan Yahudi dan membebaskan seluruh bumi Palestin dengan izin-Nya.

Pejabat Media

Hizbut Tahrir Malaysia

Ahad, 30 Rabiul Awal 1445 H
15/10/2023 M
Ruj: HTM 1445 / 02


Press Release

Hizb ut Tahrir Malaysia Calls Upon the Prime Minister and All Other Muslim Rulers to Dispatch Armies for Jihad in Palestine

About three hundred members and supporters of Hizb ut Tahrir Malaysia gathered in front of the Putra Mosque in Putrajaya to deliver a very strong message to the Prime Minister of Malaysia and other Muslim rulers on their obligation to dispatch Muslim armies to the Blessed Land of Palestine immediately. From the mosque, demonstrators marched towards the Prime Minister’s Department located about one kilometer away. A delegation of Hizb ut Tahrir / Malaysia led by its Spokesperson Ustadh Abdul Hakim Othman handed over a memorandum which has been received by a representative of the Prime Minister of Malaysia.

In the gathering, Hizb ut Tahrir asserted that the conflict of Palestine will never end as long as the correct solution is never taken, that is Jihad Fi Sabilillah which is supposed to be declared by the Muslim rulers. However, the Muslim rulers, especially the Arab rulers are the fortress of the Jewish entity and are the blatant traitors of the Ummah. Despite their betrayal, Hizb ut Tahrir consistently account them of their obligation (to dispatch the armies) and at the same time the party works consistently to replace them with a Righteous Caliph.

During the gathering, apart from delivering a direct the message to the Prime Minister himself, Hizb ut Tahrir also delivered strong messages to the Malaysian army and other Muslim armies to move to Gaza should there be no command from the rulers upon them, since the obligation of Jihad falls upon both of them without exception. “You Must Save Your Brothers and Liberate the Whole Land of Palestine”, “The Blessed Land of Palestine is Calling You” and “Go and Obtain Your Paradise in the Blessed Land of Palestine” are amongst the messages delivered by Hizb ut Tahrir to the Muslim armies in the gathering. On top of that, Hizb ut Tahrir stated loud and clear that if the armies moved, they are not moving alone, for the angels will move with them and the victory is surely in their hands as promised by Allah (swt).

Strong messages were also delivered by Hizb ut Tahrir to the Muftis and Scholars to issue a fatwa that Jihad is Fard in the Blessed Land of Palestine and the Muslim armies must be dispatched there immediately. Hizb ut Tahrir reminds the Muftis and Scholars not to issue fatwas that only please the government, not to restrain their fatwas within the false boundary of nation-states, and to not view the issue of Palestine only from the humanitarian aspect, but from the angle of Hukm (Divine Law). Muftis and Scholars must not remain silent in this issue since the Blessed Land of Palestine is also their land.

At the end of the gathering, Hizb ut Tahrir invited all the Muslims to work hand in hand to re-establish the Righteous Caliphate (Khilafah Rashidah) upon the Method of the Prophethood, the work that Hizb ut Tahrir has been struggling for across the globe since 1953. The Blessed Land of Palestine is in desperate need of the Caliphate and upon its establishment soon, the Caliph will definitely dispatch the armies to save our Brothers and Sisters, defeat the Jews and liberate the land of Palestine by the Will of Allah.

Media Office of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Sunday, 30th Rabi’ I 1445 AH
Ref: HTM 1445 / 02
15/10/2023 CE