Kebiadaban Yahudi: HTM serah memo seru PM hantar tentera

PUTRAJAYA 14 April – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menggesa Perdana Menteri Malaysia agar mengambil tindakan tuntas bagi menjawab kebiadaban Yahudi la’natullah menceroboh Masjidil Aqsa.

“Kami mengingatkan Perdana Menteri Malaysia bahawa satu-satunya solusi hakiki untuk masalah Palestin ialah dengan menggerakkan tentera untuk menghapuskan entiti haram Yahudi”, demikian tegas Ustaz Abdul Hakim Othman yang mengetuai delegasi HTM dalam proses serahan memorandum ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

“Selama ini para penguasa umat Islam hanya melihat kepada aspek mangsa, tetapi tidak pernah melihat kepada pemangsa. Atas dasar itu masalah Palestin tidak pernah selesai. Jika pemangsa dihapuskan, maka sudah pasti tidak akan ada lagi mangsa”, ujar Jurucakap HTM itu lagi semasa menjawab soalan media di luar bangunan JPM.

Itulah juga antara sebahagian kandungan tiga mukasurat memorandum yang diserahkan oleh HTM ke JPM, yang diterima oleh En. Muhammad Fikri bin Khalid, Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri. Memorandum itu diterima dengan baik wakil JPM tersebut, dengan dikawal oleh sepasukan anggota keselamatan.

“Kita akan terus memuhasabah penguasa umat Islam dalam isu Palestin ini, dan dalam masa yang sama kami, Hizbut Tahrir berjuang untuk menegakkan Khilafah, yang dengan tertegaknya institusi politik umat Islam ini, Khalifah sudah pasti akan menghantar tentera untuk membebaskan Palestin dan menyelamatkan saudara-saudara kita di sana”, kata Abdul Hakim  di akhir sidang media.