Hizbut Tahrir Pakistan Mengecam Tindakan Kekerasan Yang Dilakukan Oleh Kerajaan Pakistan

7 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

No PR 09026
31/05/2009

Hizbut Tahrir wilayah Pakistan mengutuk tindakan kasar kerajaan membendung tunjuk perasaan  pada 31 Mei 2009.

Kami mengutuk tindakan kerajaan yang kasar terhadap Hizb ketika mengadakan tunjuk perasaan menentang “Perang Amerika yang menyebabkan umat Islam membunuh sesama sendiri”. Hizbut Tahrir wilayah Pakistan telah merancang sebuah kempen bagi menentang rancangan Amerika dalam mempergunakan tentera umat Islam untuk berperang di Afghanistan  yang telah banyak mengakibatkan malapetaka dan kesusahan.

 
Kerajaan telah menghantar beratus-ratus anggota polis dan perisik yang menggunakan gas pemedih mata dan baton, menghalang orang ramai daripada berkumpul untuk mengadakan bantahan secara aman di tempat tersebut. Pihak kerajaan telah memukul anggota Hizb dan para penunjuk perasaan dan telah menahan seramai 30 orang daripada Lahore, Karachi dan Rawalpindi.

 

Hizbut Tahrir adalah sebuah pergerakan politik tanpa kekerasan dan tidak terlibat dalam penggunaan apa-apa sarana militan. Oleh itu, Hizb tidak membalas kekerasan polis tersebut dan telah bersurai secara aman. Tidak seperti parti politik tertentu, kami tidak memilih jalan kekerasan yang mengakibatkan kemusnahan harta awam mahupun persendirian.  Melakukan kekerasan dan menjalankan aktiviti bersifat militan bukanlah cara shar’i untuk mendirikan Daulah Islam. Kami inginkan penjelasan, adakah ini yang dikatakam sebagai nilai-nilai toleran dalam sistem demokrasi, di mana orang ramai boleh ditahan oleh pihak berkuasa semata-mata kerana menyuarakan pendapat mereka terhadap tindakan zalim kerajaan? Sememangnya telah dibuktikan tanpa ragu lagi, bahawa pemerintahan demokrasi dan pemerintah diktator adalah sama sahaja! Orang ramai telah sedar bahawa dalam mentaati kuasa penjajah, pemerintah demokrasi dan pemerintah diktator adalah sebenarnya tidak berbeza.

Kerajaan sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka langsung tidak mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan mereka sanggup menggunakan kekerasan terhadap rakyat. Ini tidak memeranjatkan memandangkan bahawa kerajaan telah memerangi rakyat sendiri di Lembah Swat semata-mata demi  perang Amerika ‘menentang keganasan’. Darah tentera umat Islam ditumpahkan untuk memenuhi cita-cita Presiden Amerika, Obama dan kehidupan dua juta rumat Islam di Pakistan hancur kerana perang ini.

 
Kerajaan nampaknya sedang melancarkan kekerasan terhadap anggota Hizbut Tahrir yang sedang berusaha membongkar rancangan Amerika dan kuncu-kuncunya di dalam kerajaan. Kerajaan sudah mula merasa cemas terhadap kebenaran yang dibawa oleh Hizb dan merancang untuk bertindak terhadap Hizb. Dengan membendung Hizb daripada mengadakan tunjuk perasaan secara aman hari ini, kerajaan sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka hanya bekerja untuk menjaga kepentingan penjajah Amerika.
Hizbut Tahrir wilayah Pakistan tidak akan berhenti daripada menjalankan kempennya terhadap orang ramai secara amnya dan parti politik serta ulama secara khususnya, dalam membongkar tindakan kejam yang dilakukan terhadap umat Islam dan Islam.

Hizbut Tahrir wilayah Pakistan mengulangi tuntutan berikut:

 

  1. Perang menentang keganasan tajaan Amerika mestilah dihentikan segera dan tentera umat Islam Pakistan tidak lagi digunakan untuk menyokong perang Amerika menentang keganasan yang sudah menjadi semakin parah.
  2. Segala kekuasaan Amerika termasuklah ketenteraan, perisikan dan politik mestilah ditamatkan di wilayah ini kerana ia merupakan sebab kepada kekacauan dan kesusahan yang melanda wilayah Pakistan sejak Amerika melancarkan perang menentang keganasan.
  3. Pihak tentera mestilah membantah perintah daripada ketua-ketua mereka yang telah belot terhadap umat Islam apabila mereka (ketua-ketua ini) memerintahkan pembunuhan sesama umat Islam dan memberikan nusrah kepada Hizbut-Tahrir untuk mendirikan semula Khilafah Islam yang akan membebaskan Afghanistan daripada penjajahan Amerika dan membebaskan Kashmir daripada penjajahan tentera India yang mushrik.

 
Naveed Butt,
Juru cakap Hizbut Tahrir wilayah Pakistan