Hizbut Tahrir Palestin mengecam keras penggunaan senjata dalam insiden di Tebing Gaza

altHizbut Tahrir Palestin mengecam keras terhadap gerakan Hamas dan Jemaah Jundu Ansarullah berkaitan penggunaan senjata dalam kejadian yang berlaku di Tebing Gaza baru-baru ini yang telah mengakibatkan lebih dari sepuluh orang maut dan puluhan yang lain cedera.

Menurut Hizbut Tahrir Palestin, konflik antara dua kelompok ini terjadi disebabkan oleh apa yang  disebutkan sebagai “kedaulatan yang tidak sempurna”, atau ‘kedaulatan yang tidak pernah wujud’,  selagimana mereka masih berada di bawah bayang-bayang penjajahan Israel. Hizbut Tahrir menyeru kepada semua pihak di Palestin untuk mengarahkan senjatanya kepada pencerobohan Israel.

Berikut adalah penjelasan lengkap Hizbut Tahrir berhubung perkara ini:
Wahai kaum Muslimin! Hentikan pertumpahan darah di Tebing Gaza!

Dalam kejadian yang sangat dikesali ini, telah berlaku pertempuran berdarah yang mengakibatkan lebih dari sepuluh orang Muslimin maut dan puluhan lainnya cedera. Mereka menumpahkan darah disebabkan konflik atas kedaulatan yang tidak sempurna, atau kedaulatan yang tidak pernah wujud. Pertempuran ini tercetus selepas pengumuman Syeikh Abdul Latif Musa, iaitu pemimpin Jundul Islam tentang (pembentukan) pemerintahan Islam dari Rafah. Inilah yang telah menggerakkan pihak berkuasa di Tebing Gaza untuk melakukan campurtangan ketenteraan serta mengepung masjid dan tempat-tempat para pengikut Syeikh Musa berkubu. Pertempuran pun tercetus sehingga mengakibatkan sejumlah pengikut Syeikh Musa terbunuh. Turut menjadi korban dalam  pertempuran itu adalah sejumlah pihak berkuasa Gaza dan juga sejumlah orang yang tidak bersalah yang kebetulan sedang melalui tempat kejadian. Berhubung dengan insiden yang tragik ini, maka kami ingin menegaskan hal berikut:-

(1) Kami dari Hizbut Tahrir berasa amat kesal dengan berlakunya insiden malang ini, kerana pembunuhan seorang Muslim ke atas Muslim yang lain adalah satu kejahatan yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian kembali menjadi kafir sesudahku, di mana satu dengan yang lain saling membunuh”. Kaum Muslimin tidak sepatutnya berfikir untuk menggunakan kekuatan senjata bagi menyelesaikan perbezaan yang wujud di antara mereka, tambahan pula mereka semua sedang dikuasai melalui penjajahan Israel. Sesungguhnya pembunuhan dan perang tidak akan pernah menjadi kaedah yang sah (menurut syara’) dalam usaha  mendirikan sebuah pemerintahan Islam.

(2) Kami memerhati dan berasa hairan terhadap aktiviti pembunuhan yang membuatkannya sangat digemari. Kami ingin bertanya, adakah ini adalah kaedah Islam dalam menerapkan hukum-hukum syariah? Adakah ini kaedah Islam dalam mengatur urusan masyarakat? Atau adakah ini hanya untuk menyenangkan hati kaum kafir Barat dan bimbang sekiranya tidak lagi mendapat bantuan dari mereka, sehingga membenarkan tindakan melakukan penindasan terhadap orang yang menginginkan pemerintahan Islam dengan cara yang sekejam ini?

(3) Kami menyedari sepenuhnya bahawa keperluan-keperluan utama negara tidak dapat dipenuhi di tanah Palestin selagimana Tebing Gaza, Tebing Barat, dan wilayah Palestin yang lainnya masih di bawah bayang-bayang penjajahan Israel. Malah tidak ada kedaulatan bagi orang yang menguasai kawasan-kawasan tersebut, kecuali sekadar yang diizinkan oleh penjajah Israel kepada mereka. Oleh kerana itu tidak ada peluang untuk mengisytiharkan pembentukan pemerintahan Islam di Palestin yang masih di bawah bayang-bayang kaum penjajah Israel.

(4) Sesungguhnya ini hanyalah merupakan sebuah perancangan selagimana mereka tidak mengenal gerakan-gerakan pembebasan, memahami pemikiran warga Palestin, dan mengalami mimpi buruk yang mengganggu tidur mereka. Malah perselisihan dan pertentangan kaum-kaum dalam merebut kekuasaan yang tidak memiliki kedaulatan ini hanya akan menambahkan beban rakyat Palestin yang sudah sememangnya hidup dalam kesempitan, ratusan telah terbunuh, dan kehilangan keperluan-keperluan penting mereka.

(5) Kami menyeru kepada setiap mereka yang ikhlas dari organisasi-organisasi dan puak-puak di Palestin agar terus mempertahankan senjatanya supaya diarahkan kepada kaum kafir  dan jangan sekali-kali senjatanya diacukan kepada sesama kaum Muslimin. Dan hendaklah mereka melupakan konflik yang berlaku di antara mereka yang hanya untuk merebut kerusi-kerusi palsu. Dan hendaklah mereka memfokuskan perhatian untuk menjaga nyalaan api kesedaran bahawa konflik di Palestin adalah konflik berhadapan dengan bangsa Yahudi, sehinggalah datangnya orang yang akan membebaskan seluruh Palestin dari kotoran bangsa Yahudi dan mengembalikannya ke dalam pangkuan Daulah Islam.

“Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. [TMQ Yusuf [12]: 21].