HTI – Bersihkan Indonesia daripada Pornografi dan Seks Bebas!

altHizbut Tahrir Indonesia (HTI) mendesak supaya diterapkan syariah untuk mengatasi merebaknya gejala seks bebas, pornografi dan aksi porno yang mengancam generasi akan datang. Dalam kenyataan medianya, menurut HTI, pengedaran video porno para artis atau selebriti tanah air itu menunjukkan bahawa :

Pertama, betapa gejala seks bebas di kalangan selebriti sudah semakin parah.
Ini bukan kali pertama video lucah dari kalangan mereka didedahkan. Sebenarnya gejala seks bebas bukan hanya dilakukan di  kalangan orang yang tersohor, tetapi juga di kalangan para pelajar, mahasiswa, guru atau pensyarah, pegawai negeri sehinggalah kepada ahli politik. Pendek kata, hampir semua peringkat yang terbabit dengan skandal seks bebas  telah didedahkan di tengah-tengah masyarakat. Itu semua membuktikan bahwa seks bebas seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat, walaupun perbuatan tersebut dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Kedua, teknologi informasi pada hari ini ibarat pisau bermata dua. Dari satu sudut, ia  banyak memberikan manfaat. Tetapi dari sudut yang lain, ia juga boleh membawa kepada mudarat yang sangat besar. Penyebaran rakaman video lucah mereka yang terkenal ini dengan begitu cepat di kalangan masyarakat merupakan bukti kesan buruk daripada teknologi itu. Tanpa pengurusan yang efektif, nescaya  teknologi informasi itu akan menjadi salah satu sarana penghancur moral masyarakat yang sangat dahsyat.

Ketiga, hukuman yang sedia ada yang tidak dapat menyelesaikan masalah. Walaupun telah terbukti dengan sangat jelas siapakah yang terlibat dalam kes video lucah tersebut, malah menurut pakar IT bahawa semua rakaman itu asli tanpa sebarang rekaan sedikitpun termasuk para pelakunya iaitu artis-artis yang selama ini terkenal dalam masyarakat, malangnya  tidak ada satu pun undang-undang sama ada kod undang-undang jenayah, undang-undang pornografi mahupun  undang-undang IT yang mampu mensabitkan kesalahan mereka yang terlibat.

Mengikut kod undang-undang jenayah, mereka yang terlibat tidak boleh dikategorikan sebagai zina kerana zina hanya berdasarkan kepada aduan. Jadi mereka hanya boleh dikatakan berzina apabila ada orang yang membuat aduan. Juga mereka tidak boleh dikatakan melanggar undang-undang pornografi jika perbuatan tersebut bukan bertujuan untuk dijadikan tatapan umum. Ia juga tidak boleh dikatakan melanggar undang-undang IT jika mereka tidak berniat untuk mengedarkannya kepada orang ramai.

Berkaitan dengan hal ini, Hizbut Tahrir Indonesia memberi kenyataan di mana ia menyatakan bahawa:

1.    HTI menyeru kepada semua pihak khususnya anggota parlimen untuk melakukan penggubalan yang menyeluruh ke atas sistem undang-undang yang sedia ada  sehingga tindakan melampau seperti skandal seks bebas yang dilakukan oleh para artis tersebut dapat dikenakan hukuman. Dan penggubalan undang-undang hanya dapat dilakukan dengan  baik  apabila syariat Islam diterapkan. Mengikut hukum syarak, mereka yang terlibat dalam kes video tersebut dianggap sebagai penzina, di  mana bagi yang sudah berkahwin maka hukumannya adalah direjam sampai mati, manakala bagi yang belum berkahwin disebat sebanyak 100 kali di khalayak ramai.  Melalui hukuman tersebut, dapat dijamin bahawa seks bebas tidak akan berleluasa dengan liar sepertimana yang berlaku sekarang ini.

2.    Menyeru kepada pihak berkuasa agar segera menangkap dan menghukum mereka yang terlibat. Keterangan daripada pakar IT yang menyatakan bahawa rakaman tersebut dan juga mereka yang terlibat adalah asli dan adalah benar dapat dijadikan sebagai petunjuk untuk mendapatkan pengakuan daripada mereka. Membiarkan mereka bebas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman pasti akan menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat bahawa perbuatan seperti itu bukanlah perbuatan jenayah, oleh kerana itu ia boleh dilakukan secara bebas. Persepsi seperti ini sudah tentu  sangat merbahaya.

3.    Meminta kepada pihak penguasa untuk bersungguh-sungguh mencegah daripada terus tersebarnya video lucah tersebut dan semua bahan-bahan pornografi yang lain dalam semua media, baik media cetak, elektronik mahupun media on-line. Ingin ditegaskan bahawa menyebarkan video seperti itu dan bahan-bahan pornografi yang lain bermakna sama dengan  menyebarkan kemungkaran. Oleh karena itu, mereka yang menyebarkan juga harus dikenakan hukuman.
4.    Menyeru kepada  orang-orang tua, golongan pendidik, pengembang dakwah, pegawai pemerintah dan seluruh lapisan masyarakat supaya bersungguh-sungguh memelihara generasi muda daripada pandangan tentang seks yang tidak lagi mengendahkan hukum agama (Islam). Pandangan seperti inilah yang selama ini membawa kepada gejala seks bebas, di samping meningkatnya program-program televisyen yang menggoda serta sikap masyarakat yang semakin permisif (mengendahkan hal berkaitan sosial dan seks).

5.    Menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat agar bersama-sama berjuang bagi membangunkan masyarakat Islam, iaitu masyarakat di mana di dalamnya diterapkan hukum syarak  dalam seluruh aspek kehidupan. Hanya dengan syariah sahajalah, semua masalah termasuk masalah seks bebas, pornografi dan aksi porno boleh diatasi dengan sebaiknya sehingga Indonesia betul-betul bersih daripada semua itu.

Demikianlah kenyataan yang disampaikan oleh jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto di dalam kenyataan media.

Sumber: syabab.com