HTM Berarak & Serah Memo ke Kedutaan Syria

[youtube:urlhttp://www.youtube.com/watch?v=KbsaQ–6QyQ]
 
 

KUALA LUMPUR 24 Feb – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Syria di Jalan U Thant di sini hari ini. Memorandum tersebut mengecam dan memberi peringatan kepada Bashar al-Assad di atas pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Syria terbabit ke atas rakyatnya sendiri.

Penyerahan memorandum itu dilakukan lebih kurang jam 3.30 petang dalam keadaan hujan lebat. Hujan rahmat itu bagaimanapun terus memberikan semangat kepada sekumpulan pemuda dan Muslimah HTM yang mula berarak dari bangunan berhampiran disertai laungan takbir dan slogan, menuju ke bangunan kedutaan. Pihak polis yang telah berada di situ sejak awal, tidak membenarkan konvoi HTM menghampiri bangunan kedutaan tetapi mengizinkan dua orang wakil HTM untuk masuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara menunggu serahan dilakukan, Ust Umar Hussien selaku ketua konvoi telah menyampaikan seruan kepada hadhirin yang turut didengari dengan penuh perhatian oleh pasukan polis, mengutuk kekejaman Bashar ke atas umat Islam di Syria. Seterusnya, salah seorang pemuda Arab yang juga turut serta di dalam demonstrasi aman itu menyampaikan seruannya di dalam bahasa Arab, menyatakan sokongan ke atas perjuangan rakyat Syria serta menjelaskan bahawa umat Islam sesungguhnya benar-benar memerlukan Khilafah sebagai ganti kepada para pemimpin diktator yang menjadi ejen Barat yang memerintah umat Islam sekarang.

Demonstrasi berjalan dan berakhir dengan baik di mana pihak polis yang bertugas memberikan kerjasama sepenuhnya di sepanjang penyerahan memorandum tersebut.
 

{sfx rss=’https://picasaweb.google.com/data/feed/base/user/116661879362415969427/albumid/5713953118362734513?alt=rss&kind=photo&hl=en_US’ display=’album’}