HTM buat lawatan ukhwah ke pejabat Mursyidul Am PAS
![alt](https://mykhilafah.com/wp-content/uploads/archive/stories/4(4).jpg)
Pertemuan di antara pimpinan dua parti Islam di Malaysia itu berlangsung selama lebih kurang 15 minit dengan suasana perbincangan ringkas mengenai fikrah parti masing-masing di dalam usaha menegakkan Islam di bumi Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan pendapat yang agak mendasar, suasana perbincangan berjalan dengan baik. Di akhir perbincangan, Ustaz Hakim telah menghadiahkan empat buah buku keluaran Hizbut Tahrir kepada Tuan Guru Nik Aziz iaitu Nizam al-Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam), ad-Daulah al-Khilafah (Daulah Khilafah), Ajhizah Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Pemerintahan Khilafah Di Dalam Pemerintahan Dan Pentadbiran) dan juga Min Muqawwimat an-Nafsiyyah al-Islamiyyah (Tiang-tiang Pengukuh Nafsiyah Islam).
Sebelum berpisah, Ust Hakim menjelaskan harapan HTM kepada Mursyidul Am PAS bahawa sekiranya PAS berjaya memerintah Malaysia selepas pilihan raya umum nanti, HTM mengharapkan PAS menerapkan sistem pemerintahan Khilafah dengan menjadikan buku Ajhizah Daulah al-Khilafah yang dihadiahkan itu sebagai rujukan.
![alt](https://mykhilafah.com/wp-content/uploads/archive/stories/1(3).jpg)