Ziarah Ukhuwah HTM ke pejabat Adun Bangi

BANDAR BARU BANGI 30 Ogos – Presiden HizbutTahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman ditemani oleh Ustaz Abu HafizIbrahim yang juga AJK Pusat HTM meluangkan sedikit masa berkunjung ke pejabat YB Dr.Shafie Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri N26 Bangi. Adun PAS Bangiyang merupakan bekas pensyarah UKMitu menerima kunjungan ini dengan ramah.

Beberapa persoalan diajukan oleh Dr.Shafie  kepada Abdul Hakim untuk mengetahui dengan lebih jelas dan tepat akan perjuangan HizbutTahrir. Masing-masing juga sempat berkongsi perkembangan parti politik masing-masing dalam suasana yang ukhuwah. Di samping itu, perbincangan juga meliputi isu-isu gerakan Islam tempatan dan antarabangsa dan tidak ketinggalan aktiviti politik dan keilmuan di Bandar Baru Bangi sendiri.

Sebagai penghargaan atas lawatan ini, YB Dr.Shafie menghadiahkan buku karangan beliau berjudul ‘Bangi Bandar Ilmu’ kepada delegasi HTM.