Perjuangan Sejuta Tandatangan di Pasar Malam Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Program ini dijalankan di Pasar Malam Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9 Julai 2008. Kira- kira pukul 8.00pm, syabab-syabab HTM telah mula membuka kaunter untuk para pengunjung menurunkan tandatangan. Sambutan amatlah menggalakkan dari pengunjung dan pada program yang sama, pelekat kereta yang bertemakan kenaikan harga minyak turut di edarkan. Ada juga pengunjung yang turut memberi keizinan kepada pihak penganjur supaya memasang terus pelekat tersebut pada keretanya. Semoga perjuangan Sejuta Tandatangan membantah kenaikan harga minyak turut mendapat respon yang positif di kawasan- kawasan yang lain.
 
 
 
 
Sejuta Tandatangan
  
 
Sejuta Tandatangan