HTM Kecam Penghina Hukum Allah

seruan-hudud-02KUALA LUMPUR 16 Nov. 2011 – Selepas solat Jumaat, sekumpulan syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia telah berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyampaikan satu seruan dalam usaha untuk melakukan muhasabah kepada umat Islam amnya dan kepada para pemimpin negara khususnya, di samping menyampaikan amaran kepada ahli politik kafir yang semakin hari semakin biadap dalam memberikan pandangan mereka tentang hukum dan perlaksanaan hudud.
Seruan ini dimulakan oleh Ustaz Amin selaku pembuka bicara dengan mengajak para jemaah Jumaat agar bersama-sama mendengar dan menghayati seruan yang akan disampaikan. Seterusnya seruan disampaikan oleh Saudara Khairul Effendy dengan menjelaskan kepada para jemaah tentang keadaan umat Islam hari ini yang dilihat semakin hari semakin tersepit dengan polemik hudud yang dipermainkan oleh pelbagai pihak. Pertikaian tentang hudud ini telah mengundang penghinaan yang sangat menghiris perasaan umat Islam.
Seorang kafir yang sebelum ini telah terkenal dengan kesalahan hudud yang dilakukannya di samping mengaku telah berzina, kini dengan begitu berani dan lantangnya menghina dan mempersendakan pula hukum hudud dengan mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan di negara ini, negara tidak akan mencapai negara berpendapatan tinggi, imej negara akan menjadi buruk, para pelabur akan melarikan diri, hudud tidak adil kepada semua terutamanya kepada wanita dan bentuk perlaksanaannya  juga adalah zalim.

Dalam seruan tersebut, Saudara Khairul Effendy turut menempelak pihak pemerintah dan juga  pembangkang, yang bukan sahaja dengan terang-terangan mengisytiharkan enggan untuk menerapkan hukum Allah, malah tanpa sebarang rasa takut dan malu memperlecehkan hukum Allah ini. Mereka lebih rela untuk menambat hati orang kafir demi meraih undi daripada takut kepada kemurkaan  Allah yg Maha Keras seksaNya. Mereka berterusan dalam berdalih dengan alasan kononnya hukum Allah tidak dapat dilaksanakan kerana masyarakat majmuk, keadaan belum kondusif, hudud bukan keutamaan, hudud tidak sesuai dengan realiti semasa, hudud tidak terkena kepada kafir zimmi, hudud belum dipersetujui oleh parti-parti kawan dan lain-lain lagi. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menghina dan memperkecilkan Allah sebagai Pencipta diri mereka sendiri. Mereka sebenarnya telah menganggap bahawa Allah itu jahil tentang realiti manusia.

Penyampai seruan turut melontarkan satu persoalan kepada hadirin tentang mengapakah kaum kafir (di samping segelintir kaum Muslimin) kini begitu berani mempertikaikan hukum Allah SWT sedangkan para pemimpin tertinggi negara adalah terdiri daripada kalangan orang Islam dan majoriti rakyat juga adalah orang Islam. Ia tidak lain berpunca daripada penerapan sistem kufur demokrasi tinggalan penjajah yang mana salah satu daripada rukun ajarannya adalah mengagung-agungkan idea kebebasan termasuklah kebebasan bersuara yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan masyarakat pada hari ini. Apa yang pastinya, kebencian golongan kafir ini terhadap Islam dan umatnya serta usaha mereka untuk memadamkan  cahaya Allah SWT tidak akan selama-lamanya berjaya. Ini adalah sepertimana janji Allah dalam firmanNya: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah menghendaki menyempurnakan cahayaNya, walaupun ia tidak disukai oleh orang-orang kafir ”. [TMQ At-Taubah (9) :32 ].

Sebagai akhir kalam, Saudara Khairul Effendy mengajak seluruh umat Islam supaya menyedari bahawa segala keceluparan orang kafir dan orang Islam yang berhati serigala ini sekali-kali tidak akan dapat didiamkan selagimana umat Islam tidak mempunyai seorang pemimpin yang berani dan tegas dalam menunaikan kewajibannya untuk melindungi dan menjaga kesucian dan izzah Islam dan umatnya. Ciri-ciri pemimpin itu hanya ada pada seseorang yang bergelar Khalifah yang bertakwa kepada Allah SWT yang menerapkan sistem Khilafah di atas muka bumi ini. Sudah sampai masanya umat Islam yang memiliki aqidah Islam yang unggul ini untuk bersatu dalam satu saf dan bergerak dalam bersama-sama berjuang bagi mengembalikan semula Daulah Khilafah buat kali kedua sepertimana yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Pada ketika itu, mulut-mulut celupar dan biadap yang menghina hukum Islam selama ini akan dihukum oleh Khalifah dengan hukuman yang sangat keras sehingga tidak ada lagi yang berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. 
 

seruan-hudud-01

seruan-hudud-02

seruan-hudud-03

seruan-hudud-04

seruan-hudud-05

Masjid Wilayah, Jalan Duta, KL