HTM serah memo, seru ATM jihad ke Myanmar
KUALA LUMPUR 2 Disember – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) hari ini sekali lagi menggegarkan Kementerian Pertahanan (Kementah) dengan seruan jihad fisabilillah, agar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak ke Myanmar dengan segera bagi menyelamatkan Muslim Rohingya yang sedang dibunuh secara besar-besaran oleh tentera rejim. Kali terakhir HTM menggegarkan Kementah ialah pada bulan September 2012 apabila lebih kurang 300 orang anggota dan penyokong HTM menyeru ATM agar berjihad mempertahankan kesucian Rasulullah SAW daripada dihina oleh Sam Bacileke melalui filem The Innocence Muslim.
Kali ini, jumlah yang hampir sama berarak ke Kementah selesai solat Jumaat di Masjid Khalid al-Walid, dalam rangka menyeru dan mengingatkan ATM akan tanggungjawab untuk menyelamatkan kaum Muslimin Rohingya yang sedang dibantai dengan amat dahsyat di Arakan, sekaligus memberi pengajaran yang secukupnya kepada rejim kuffar Myanmar melalui jihad fisabilillah.
Para peserta berarak sejauh 500 meter diiringi dengan takbir dan tahlil, sebelum tiba di perkarangan Kementah untuk menyerahkan memorandum berkenaan. Sebaik tiba di situ, Jurucakap HTM, Ust Abdul Hakim Othman membacakan memorandum tersebut dari awal hingga akhir, bagi memperdengarkannya kepada semua anggota tentera yang berada di sekitar dan juga kepada para peserta perhimpunan.
Dalam masa yang sama, dua orang pimpinan HTM menunggu di pintu pagar bagi menunggu kehadiran wakil Kementerian untuk turun menerimanya. Setelah lebih kurang 10 minit, seorang wanita berpangkat Koperal turun untuk menerima memorandum tersebut, walaupun HTM sebenarnya mengharapkan pegawai atasan ATM sendiri yang turun menerimanya.
Di dalam memo dan juga kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum tersebut, Ust Abdul Hakim menjelaskan bahawa tidak ada solusi lain bagi menyelamatkan Muslim Rohingya kecuali bala tentera mesti digerakkan ke Myanmar kerana realitinya sekarang ialah umat Islam di Arakan sedang dibantai oleh tentera kuffar Myanmar. ATM wajib memberikan pertolongan kepada Muslim Rohingya dengan menyahut seruan Allah untuk berjihad di negara kafir harbi itu, tegas Jurucakap HTM itu.
“Hizbut Tahrir telah pun menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia pada hari Isnin lepas, menggesa orang nombor satu Malaysia itu melancarkan jihad ke Myanmar, namun setakat ini tidak diendahkan, dan kami yakin PM tidak akan melakukannya, maka kami datang ke sini (Kementah) untuk menyeru ATM secara langsung”, jelas Hakim.
Di akhir seruannya, Abdul Hakim menegaskan yang Hizbut Tahrir telah pun menjalankan kewajipannya sebagai sebuah parti politik untuk mengingatkan ATM agar bergerak, persoalannya sekarang bilakah pula ATM akan melaksanakan kewajipannya untuk berjihad?
Perhimpunan selama lebih kurang setengah jam itu diakhiri dengan bacaan doa dan qunut nazilah oleh Ust Umar Hussein, yang juga AJK Pusat HTM.