HTM serah memo seru ATM segera jihad ke Palestin
KUALA LUMPUR 27 Okt – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekali lagi menggegarkan Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dengan seruan jihad, menggesa Angkatan Tentera Malaysia untuk segera menunaikan kewajipan agung itu di Tanah Palestin Yang Diberkati.
Bermula dengan seruan awal di Masjid Khalid al-Walid seusai solat Jumaat, HTM kemudian mengajak para jemaah untuk turut serta berarak ke Mindef sekitar 600 meter dari masjid, bagi menyerahkan memorandum kepada Panglima ATM secara khusus, dan kepada seluruh anggota ATM secara umum.
Dalam seruan yang disampaikan oleh Jurucakap HTM itu, pihak tentera diperingatkan dengan kewajipan untuk membantu saudara-saudara mereka yang sedang diperangi, sekali gus membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati dari cengkaman Yahudi la’natullah.
Di sepanjang bacaan seruan, laungan takbir dan kata-kata semangat turut diselang-selikan oleh para peserta demonstrasi.
ATM yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran peserta demonstrasi seramai lebih kurang 200 orang itu, bagaimana pun akhirnya menerima memorandum daripada HTM setelah mendapat arahan daripada pihak atasan mereka untuk berbuat demikian.
HTM sebelum itu telah pun menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia agar segera menghantar tentera ke Palestin, namun ternyata PMX tidak berbuat demikian, sebaliknya hanya memberi alasan demi alasan. Lebih malang apabila lawatan yang dilakukan oleh PMX ke beberapa negara Arab dan Turki beberapa hari lepas ternyata mendahulukan kepentingan perdagangan berbanding menyelesaikan masalah Palestin.
Hizbut Tahrir dengan tegas dan lantang menyuarakan bahawa satu-satunya solusi untuk konflik Palestin ialah dengan jihad fi sabilillah yang wajib dilancarkan oleh penguasa dan tentera kaum Muslimin.