HTM serah memorandum bantahan kepada kedutaan Bangladesh

 
Pada 2hb Mac 2011 yang lalu iaitu kira-kira pada pukul 11.45, delegasi  Hizbut Tahrir Malaysia yang diketuai oleh Presiden HTM sendiri, Ustaz Abdul Hakim Othman dan diiringi oleh 3  orang AJK Pusat HTM yang lain terdiri daripada Prof. Dr. Muhammad, Ustaz Omar Hussein dan Ustaz Tarmizi Salleh tiba di kedutaan Bangladesh untuk menyerahkan sebuah memorandum bantahan.
Walaupun Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M Atiqur Rahman ada di pejabat waktu itu, tetapi beliau enggan bertemu dan hanya mengirim Kaunselor kedutaan, iaitu  Dr.  Md. Zakir Hossain Khandker untuk menerima memorandum bantahan bagi pihak beliau. Memorandum bantahan itu merujuk kepada tindakan pihak berkuasa Bangladesh menahan dan menyeksa syabab Hizbut Tahrir dengan seksaan yang tidak berperikemanusiaan. Memorandum bantahan daripada HT Bangladesh itu mengandungi  isi  surat  yang diserahkan kepada seluruh organisasi hak asasi manusia dan ia merupakan salinan kepada pihak kedutaan agar pihak kedutaan menyampaikannya kepada kerajaan Bangladesh sebagai satu bentuk protes bahawa tindakan mereka menyeksa aktivis HT di tahanan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Pihak HT menuntut agar kesemua mereka dibebaskan segera tanpa syarat. Delegasi HTM meninggalkan perkarangan kedutaan lebih kurang pukul 12.40pm seusai menyerahkan memorandum.
 
alt