HTM teruskan jelajah Dialog Negara Islam ke Pahang
Walaupun cuaca mendung dan diikuti dengan hujan lebat mengiringi perjalanan dialog, sambutan kaum Muslimin di sekitar Kuantan langsung tidak mengecewakan. Malah ada yang datang dari Kemaman, Terengganu semata-mata untuk mengikuti dialog kali ini.
Sepertimana di Kuala Terengganu, dialog di Kuantan ini juga dihangatkan dengan pelbagai soalan dan komen dari peserta yang hadir. Antara lain, para peserta ingin mengetahui mengapakah HizbutTahrir tidak bergabung dengan parti Islam yang lain di dalam menegakkan Negara Islam dan apakah jalan yang diambil oleh HizbutTahrirsekiranya HizbutTahrir menolak demokrasi dan pilihan raya. Seorang peserta non-Muslim yang turut hadir bertanyakan soalan mengenai model Negara Islam manakah yang HizbutTahrir akan ambil sekiranya memerintah.
Ust Abdul Hakim Othman dan juga Ust Abu Hafiz Ibrahim sebagai ahli panel dialog di Kuantan ini, menjawab kesemua persoalan dari para peserta baik yang diajukan secara lisan, bertulis dan juga melalui SMS.
Dari borang kaji selidik yang diisi dan diserahkan oleh para peserta di akhir program, kesemuanya menyokong perjuangan HizbutTahrir dan mengharapkan kejayaan kepada usaha-usaha HizbutTahrir menegakkan Khilafah di muka bumi ini.