Huluran Bantuan Daripada Tangan Yang Berlumuran Dengan Darah Kaum Muslimin

 
altAS peruntuk RM465 juta untuk Mesir

WASHINGTON 18 Feb. – Amerika Syarikat (AS) akan memperuntukkan AS$150 juta (RM465 juta) untuk membantu Mesir dengan transformasi demokrasi dan pemulihan ekonomi selepas pengusiran Presiden Hosni Mubarak, menurut setiausaha negara AS, Hillary Clinton semalam.

“Saya senang untuk mengumumkan hari ini kita akan memperuntukkan AS$150 juta (RM465 juta) kepada Mesir bagi menyokong peralihan di sana dan membantu pemulihan ekonomi mereka,” kata Clinton kepada wartawan. – Reuters
Sumber : Utusan Online, 18/02/2011

Huluran Bantuan Daripada Tangan Yang Berlumuran Dengan Darah Kaum Muslimin

Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak dengan hinanya pada 11 Februari 2011, Amerika memang telahpun memberikan bantuan kewangan kepada Mesir sepanjang 30 tahun pemerintahannya. Sepanjang 30 tahun tersebut, Mesir telah menerima sebanyak USD60 bilion daripada Amerika. Nyata, rasuah dari negara pengganas tersebut tidak sia-sia, kerana Mubarak sanggup menjadi anjing kepada Amerika untuk menjaga kepentingan strategik mereka di rantau tersebut termasuklah menjaga anak mereka, Israel. Malah yang lebih menyedihkan, Mubarak sanggup mengkhianati umat Islam demi menjaga hati kaum kuffar seperti tindakannya mengenakan sekatan terhadap umat Islam di Palestin. Namun, apakah hukum bagi umat Islam bergantung kepada negara kafir harbi seperti Amerika? Malahan, sudah pasti “bantuan” yang diberikan ini bukanlah bantuan yang percuma sahaja. Pastinya akan ada balasan yang mereka inginkan dari penguasa umat Islam semasa mereka memberikan “bantuan” tersebut. Malah, bantuan tersebut adalah umpama baja yang akan menyuburkan agenda Amerika di rantau tersebut seperti agenda demokrasi dan kebebasan mereka.

Tidakkah mereka merasa hina untuk menerima hadiah daripada tangan musuh Allah yang sedang berlumuran dengan darah kaum Muslimin? Janganlah kita lupa bahawa tempat yang selayaknya untuk menerima bantuan dan pertolongan ialah daripada Allah SWT. Sekiranya pemerintah tentera Mesir sekarang mendahulukan Allah dalam tindakan mereka dan berusaha menegakkan Islam di bumi Mesir, nescaya bantuan daripada Allah pasti akan datang mencurah- curah. Penguasa tentera Mesir sepatutnya melempar jauh rasuah daripada Amerika ini, serta memberi amaran keras kepada mereka supaya tidak mencampuri urusan kaum Muslimin.

Sudah tiba masanya bagi para penguasa kaum Muslimin, terutamanya pimpinan angkatan tentera Mesir supaya tidak bergantung dengan negara penyembelih umat lslam seperti Amerika dan menyeru kepada penyatuan umat Islam dan mendirikan Khilafah. Semoga dengan ini, sinar kebangkitan Islam yang kedua kalinya akan bermula di bumi Mesir dan seterusnya menerangi seluruh alam. Sesungguhnya, pada Allah jualah tempat sebaik- baiknya untuk memohon pertolongan.