Islam Akan Mendominasi Dunia, 200 000 Orang Amerika Masuk Islam Setiap Tahun

altmykhilafah.com – Suatu ketika nanti Islam akan menguasai dunia. Sejak kedatangan Islam, Rasulullah telah memberi gambaran tentang perkara tersebut. Sejak kebelakangan ini ada beberapa media di Amerika yang telah menyiarkan berita bahawa semakin ramai rakyat Amerika telah memeluk Islam. Sebelum itu ada juga beberapa media yang  telah menyiarkan berita bahawa orang-orang di Eropah sudah semakin ramai yang memeluk Islam.

Sebuah akhbar di Amerika, “An-Niqab” , telah menyiarkan bahawa Islam tersebar dengan begitu cepat dI kalangan berbagai keturunan dan kelompok etnik masyarakat Amerika, seperti Puerto Rico, Dominica, Mexico, Cuba, dan Sepanyol. Hampir 35% dari mereka adalah pelopor Pusat Islam Hudson Utara  di kawasan New Jersey.

Akhbar Amerika “New York Times” menyebutkan: “Sebahagian besar dari mereka yang masuk Islam di Amerika Syarikat adalah dari komuniti Hispanik (keturunan Sepanyol).

Bahkan hasil daripada kajian, hampir 200,000 orang Hispanik masuk Islam di Amerika setiap tahun. Dan di antara mereka adalah Musa Franco, keturunan Colombia dan dia telah memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.”

Akhbar tersebut menambah: “Miriam Celeste telah memeluk Islam pada tahun 2002, dan dia sedang merancang untuk memakai pakaian dengan mengikuti fesyen masakini, namun tetap dengan ukuran Islam.”
Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa seorang Muslimah bernama Rodriguez yang telah memeluk Islam pada tahun 2000 memutuskan untuk memakai niqab dan menjadi seorang Muslimah yang taat.

Kini umat Islam di Amerika sudah mencecah 2 juta orang daripada 310 juta jumlah keseluruhan rakyat Amerika. Islam nampaknya semakin berkembang di AS, sejajar dengan gencarnya dakwah Islam hingga suatu saat nanti Islam akan meliputi seluruh bahagian muka bumi ini di bawah naungan Khilafah. InsyaAllah, tidak lama lagi.