Israel Terus Meratah Tanah Palestin

altIsrael tetap teruskan pembinaan

BAITULMAQDIS 9 Sept. – Israel tetap akan meneruskan rancangannya untuk membina beratus-ratus apartmen di kawasan yang ditawannya di timur Baitulmaqdis, kawasan yang diimpikan oleh penduduk Palestin untuk dijadikan negara mereka pada masa depan, yang merumitkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) yang sedia tegang yang menuntut agar kerja-kerja pembinaan itu dibekukan.   Kerajaan Yahudi telah memilih pemaju untuk membina 486 apartmen baru di kawasan berhampiran Pisgat Zeev selepas kerja pembinaan lama tertangguh berikutan pertikaian mengenai harga, menurut satu pengumuman yang disiarkan semalam.   Israel telah meluluskan projek itu sebelum ini, namun pemilihan pemaju ditunda kerana masalah harga.   
 
Tawaran dibuka untuk pembinaan 668 apartmen, namun kerajaan hanya melayan kertas cadangan yang memenuhi syarat minimum.    Pembinaan tersebut dirancang di luar sempadan sebelah timur laut Baitulmaqdis dan akan merapatkan jarak antara Pisgat Zeev dengan kawasan penduduk Palestin, lapor akhbar Haaretz hari ini.   Pengumuman mengenai pemilihan pemaju itu dibuat beberapa hari selepas AS mengkritik Israel kerana membenarkan pembinaan beratus-ratus penempatan haram yang baru di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.  
Tindakan tersebut turut dikutuk penduduk Palestin yang mengecam bahawa tidak ada sambungan semula rundingan damai selagi negara Yahudi itu tidak menghentikan pembinaan di kawasan berkenaan.   Penduduk Palestin mahu kawasan Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Genting Gaza dijadikan negara baru mereka pada masa depan.    Kesemua kawasan itu ditawan Israel dalam perang pada 1967 sebelum berundur dari Gaza pada 2005.    Pergerakan Hamas menguasai kawasan tersebut dua tahun kemudian. – AP

Sumber: Utusan Malaysia 09/09/09

Hanya Khilafah Yang Mampu Untuk Memberhentikan Kebiadaban Israel

Wahai umat Islam! Saksikanlah dengan perasaan dan pemikiran kamu, betapa biadapnya Israel laknatullah yang secara berterusan menunjukkan kesombongan mereka terhadap umat Islam. Apa lagi kezaliman yang tidak dilakukan oleh Israel kepada umat Islam di Palestin hari ini? Segala bentuk kezaliman mereka himpitkan ke atas umat Islam di sana -dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada membunuh dan menumpahkan darah umat Islam dengan kejam!

Ternyata umat Islam hanya mampu memerhatikan keadaan ini tanpa dapat berbuat apa-apa. Jika ada pun di kalangan umat Islam yang cuba untuk menyelesaikan masalah yang menimpa saudara mereka di Palestin, ramai yang mengambil pendekatan yang salah.

Wahai umat Islam! Yakinlah, selagi entiti haram Israel itu masih wujud di bumi Palestin maka selama itulah persoalan dan permasalahan umat Islam di Palestin tidak akan dapat diselesaikan. Jawaban yang paling tepat untuk merungkai persoalan nasib umat Islam di Palestin tidak lain dan tidak bukan adalah jihad. Adalah menjadi kewajiban bagi para pemimpin umat Islam untuk menyerukan jihad kepada para tentera kaum Muslimin agar menyahut seruan yang mulia ini!

Hakikatnya Islam tidak mengenal istilah perjanjian damai dengan Israel untuk selama-lamanya. Tetapi para pemimpin umat Islam telah mengkhianati Islam dan umat Islam itu sendiri. Para pengkhianat ini tanpa rasa malu kepada Allah SWT, rasulNya dan umat Islam, begitu setia menghulurkan tangan-tangan mereka bersalaman dengan tangan-tangan kotor yang berlumuran dengan darah umat Islam untuk berdamai dengan musuh-musuh yang terlaknat ini.

Amat malang dan hina apabila kita melihat para penguasa sekular umat Islam hari ini terus bersikap pengecut dan bacul untuk menyerukan jihad bagi menggerakkan kekuatan tentera yang mereka kuasai untuk menghapuskan entiti haram Israel dari bumi Palestin.

Wahai umat Islam! Apakah kamu masih mengharapkan Mubarak, Raja Abdullah, Ali Zardari, Basyir Asad dan yang seangkatan dengan mereka untuk menyelesaikan dan membantu umat Islam di Palestin?

Amat malanglah nasib umat Islam jika terus mengharapkan boneka-boneka Barat ini untuk membela dan mempertahankan maruah, darah dan nyawa mereka. Satu-satunya jawaban yang selayaknya kita berikan kepada Israel laknatullah ini adalah jihad.

Wahai umat Islam! Hanya Khilafahlah yang akan mengistiharkan jihad ini kepada Israel laknatullah .

Apakah tidak cukup peringatan Rasulullah SAW bagi membangkitkan umat Islam yang sedang dibuai mimpi oleh dunia yang menipu saat ini? Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim].

Saat ini umat Islam sebenarnya memerlukan pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan Palestin. Bukannya pemimpin-pemimpin yang bacul yang sedang menerajui dunia umat Islam hari ini!.