Jalin Kerjasama Militari dengan Kufur adalah suatu keharaman dan membahayakan diri!
MELAKA: Tentera Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang dalam usaha mengekalkan keselamatan di rantau ini. Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad, berkata kerjasama itu amat penting dan selari dengan hasrat Malaysia menjadikan Asia sebuah rantau yang aman dan selamat.
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menyumbang serta berkhidmat ke arah mencapai hasrat dan matlamat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Eksesais Keris Strike 15/2011 di Kem Terendak, dekat sini, hari ini. Turut hadir Komander Pusat Ketumbukan Sokongan Misi Ke-9 AS, Briget Jeneral Michele G Compton.
Razali berkata, kerjasama dengan tentera AS juga akan membolehkan anggota tentera Malaysia menimba pengalaman dan pengetahuan berguna daripada tentera AS. Mengenai eksesais itu, beliau berkata, ia dijalankan mengikut kerangka pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan pasukan pelbagai negara di bawah PBB. Katanya, projek kesihatan komuniti membabitkan kedua tentera akan turut dijalankan semasa latihan itu selain bimbingan mengenai langkah-langkah menyelamat ketika berlaku krisis pertempuran. Kira-kira 150 pegawai dan anggota dari 3 Divisyen serta 117 anggota dan pegawai pusat ketumbukan itu terlibat dalam eksesais itu. Sementara itu, Compton berkata, latihan bersama amat penting kerana ianya adalah platform untuk mengukuhkan lagi hubungan angkatan bersenjata kedua-dua negara. – BERNAMA
Sumber : Berita Harian 15/09/11
Jalin Kerjasama Militari dengan Kufur adalah suatu keharaman dan membahayakan diri!
Disebabkan alasan inilah, syarak telah mengharamkan jalinan kerjasama militari antara pihak Islam dan kufur, apatah lagi AS yang terang memerangi umat Islam di Afghanistan, Pakistan, Iraq dan seumpamanya. Jalinan seperti ini bukan sekadar haram disisi syarak dimana pelakunya mendapat dosa besar, bahkan tindakan ini sebenarnya dikategorikan sebagai ‘political suicidal’ yang boleh mendatangkan mudarat besar kepada keamanan rakyat terutamanya umat Islam!
Kita wajib dan perlu segera menyampaikan hal ini kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal ini agar pengkhianatan seperti ini perlu segera dihentikan. Ini bukanlah satu langkah yang wajar dan bijak kerana musuh (kaum kuffar) tidak pernah berhenti melakukan helah untuk menghancurkan Islam.
[Lihat: SN224 – HUKUM PAKATAN MILITER DENGAN KUFFAR]