Jangan Kaitkan Anggota Tentera Dengan Politik – Panglima Tentera Darat

altKUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat Jen. Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan anggota tentera dengan agenda politik tanah air. 

Beliau berkata penglibatan anggota tentera dalam pembangunan negara hanya untuk menyokong usaha kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan politik.  “Kita juga turut terlibat dengan ‘nation building’ demi kesejahteraan rakyat jelata maka bila kita terlibat dengan ini, kita juga terlibat dengan rakyat dan mungkin ini disalah tafsirkan, ataupun sengaja diputarbelitkan.  “Walaupun saya tentera, ini tidak bererti saya tidak ambil tahu tentang hal politik…tetapi saya tidak terlibat dalam politik. Saya mengambil tahu untuk pengetahuan, tetapi saya tidak terlibat,” katanya kepada pemberita selepasmenyampaikan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, Selasa.  Beliau yang mengulas tuduhan sesetengah pihak yang mengaitkan anggota tentera darat dengan kancah politik negara juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai mahu menjatuhkan kredibiliti pasukan itu.  Zulkifeli berkata sebagai sebuah angkatan tentera, tugas utama adalah mempertahankan negara dan menyokong usaha yang dilakukan kerajaan yang memerintah. 

Mengulas perkara berbeza, Zulkifeli berkata tentera darat akan berbelanja mengikut kemampuan demi memantapkan angkatan tenteranya.  “Berdasarkan perkakasan dan sistem yang canggih, yang kita boleh mampu, sudah tentu kita perlu berbelanja. Ini seperti polisi insurans, kalau anda bayar premium pada sekian jumlah, maka anda akan dilindungi polisi untuk sekian jumlah,” katanya.  Terdahulu dalam perutusannya, beliau mahu aset utama tentera darat iaitu sumber manusia dibangunkan sebaik mungkin selaras peredaran masa.  “Secanggih mana pun sesuatu peralatan itu, sekiranya sumber manusia tidak cekap untuk mengendalikan alat itu, maka segalanya adalah sia-sia. Maka saya tekan kepada latihan dan saya berharap tentera darat akan terus membangun dan maju,” katanya.  Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.  Zulkifeli turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia, Pingat Perkhidmatan Setia dan Sijil Ketua Perkhidmatan PTD kepada pegawai anggota tentera dan tiga penjawat awam. – BERNAMA

Sumber : mStar Online : 01/03/11
 


Wahai Panglima Tentera Berikanlah Nusrah Kepada Perjuangan Untuk Menegakkan Khilafah!
Malang sekali bagi umat Islam di Malaysia apabila mempunyai seorang Panglima Tentera Darat yang berpemikiran seperti di atas. Ketahuilah bahawa persoalan politik dan tentera adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan kerana dalam pandangan Islam tentera adalah institusi yang berfungsi untuk memikul tugas bagi melaksanakan polisi luar negara Daulah Islam iaitu dakwah dan jihad.  Berdasarkan tugas itulah maka kedudukan dan tanggungjawab tentera adalah amat besar dan mulia di sisi Islam. Apakah kerana pemikiran sekular yang menebal di kalangan para pemilik kekuatan hari ini, maka mereka lebih rela mempertahankan dan mendokong pemerintahan sekular yang ada? Wahai para Panglima Angkatan Tentera! Wahai para ahlul quwwah! Kamu adalah ahlun nusrah. Kamu adalah kelompok yang mempunyai kekuatan. Gunakalah kekuatan yang kamu ada itu untuk memberikan nusrah bagi menegakkan Daulah Islam. Di tangan tentera yang mempunyai kekuatan inilah terletaknya  nusrah bagi menegakkan kekuasaan Islam. Lihatlah dan hayatilah pengorbanan yang ditunjukkan oleh kelompok Aus dan Kharaj yang berbaiah kepada Nabi SAW ketika Bai’ah Aqabah yang kedua sehingga Allah SWT menggelar mereka dengan panggilan golongan Ansar. Hayatilah kisah bagaimana Barra bin Ma’rur ketika memegang tangan baginda SAW di saat berlakunya Bai’ah Aqabah kedua sambil berkata: “Ya, demi Tuhan yang membangkitkan kamu menjadi Nabi dengan sebenarnya, kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kami mempertahankan isteri dan keluarga kami.

“Berbaiahlah dengan kami wahai Rasulullah, sesungguhnya kami, demi Allah adalah terdiri dari kalangan yang berpengalaman dengan peperangan dan mahir menggunakan semua jenis senjata yang kami warisi sejak turun temurun lagi.” Inilah sikap yang sepatutnya dimiliki  oleh para panglima angkatan tentera kaum muslimin termasuklah di Malaysia, di mana mereka sewajarnya bersedia untuk berjuang bagi menegakkan Islam, bukan sebaliknya.

Wahai para Panglima Tentera Darat! Sepatutnya kepakaran dan kemahiran kamu dalam dunia ketenteraan kamu gunakan untuk memenangkan dan menguatkan Islam. Apakah kecintaan kamu kepada dunia telah memalingkan kamu dari bergerak bagi memberikan nusrah kepada usaha dan perjuangan untuk menegakkan Islam? Tidakkah kamu merindukan syurga sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada golongan Muhajirin dan Ansar beserta golongan yang mahu mengikuti mereka dengan cara yang baik? Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah (9) : 100].

Wahai para Panglima Angkatan Tentera! Untuk apa kamu menjadi tentera! Untuk apa kamu mempelajari ilmu-ilmu ketenteraan? Untuk apa itu semua? Apakah sekadar untuk keluar berbaris setiap tahun semasa hari kemerdekaan? Jika sekiranya kamu tetap terus berdiam diri dan tetap mendokong pemerintah sekular yang ada pada hari ini, apakah kelak pingat-pingat yang bergantungan di baju dan bahu kamu ketika ini akan dapat menolong kamu ketika berhadapan dengan Allah SWT di hari akhirat nanti? Wahai ahlul quwwah! Kamu memiliki kekuatan! Sudah saatnya kamu menjadi golongan Ansar.