Jemaah haji Ghaza tersekat
Laporan-laporan dari Mesir mengatakan, ratusan warga Palestin yang pulang dari ibadah haji dan terlibat dalam konfrontasi di atas kapal penyeberangan di pelabuhan Nuweiba, Mesir, telah diangkut dengan bas ke khemah-khemah di Sinai utara.
Mereka dijangka akan disekat di sana hingga sengketa soal kepulangan mereka ke Gaza diselesaikan.
Mesir bertegas bahawa mereka mesti pulang melalui Aouja, pos sempadan yang dikuasai oleh Israel.
Kumpulan itu dipercayai termasuk anggota senior organisasi militan Hamas, dan Israel yakin sebahagian dari mereka mungkin berupaya menyeludupkan dana ke Gaza.
Sekitar dua ribu warga Palestin yang tiba dari melakukan Haji menolak untuk kembali ke Gaza melalui sempadan yang dikuasai Israel.
Tekanan
Hamas yakin bahawa jika rombongan haji itu melintas melalui Aouja, Israel akan menahan para anggota Hamas.
Para tokoh Senior Hamas menuduh Mesir telah tunduk kepada tekanan Israel dengan menolak mengizinkan jemaah haji Palestina memasuki Gaza melalui penyeberangan perbatasan Rafah, yang merupakan satu-satunya jalan masuk ke Gaza yang tidak diduduki Israel
“Kami menyedari soal tekanan Israel dan Amerika kepada Mesir, dan kami menggesa Mesir agar mengabaikan sahaja tekanan itu, dan mengizinkan jemaah haji pulang dengan aman melalui Rafah,” kata Sami Abu Zuhri dari Hamas.
Rombongan haji dari Ghaza tertahan dua hari di dua kapal yang berlabuh di pelabuhan Laut Merat, Nuweiba, tempat mereka tiba setelah menunaikan ibadah haji.
Keadaan mereka di kapal feri itu dilaporkan memburuk. Tidak ada persedian obat-obatan bagi mereka yang jatuh sakit.
Sumber: BBC
Ulasan:
Sungguh malang nasib jemaah haji ini, mereka baru sahaja pulang dari menjadi tetamu agung Allah swt di rumah Allah, namun sekarang mereka disekat oleh pemimpin Mesir yang zalim penyembah Amerika dan entiti Yahudi. Ini gara-gara entiti Yahudi dan Rejim AS yang tidak mahu mereka keluar masuk dari Mesir ke Ghaza dengan kemungkinan bahawa mereka membawa wang bantuan kewangan yang besar kepada saudara mereka di sana.
Pemimpin Mesir penyembah Amerika ini telah membiarkan tetamu Allah ini merempat di khemah di Sinai yang tidak mempunyai bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, laporan Al-Jazeera hari ini (pukul 4pm 1/1/2008) yang menyoroti nasib malang mereka ini. Ini semua adalah hasil ‘arahan’ AS dan entiti Yahudi. Semoga Allah melaknat pemimpin yang menzalimi umat ini. Nabi saw pernah bersabda
“Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya (membiarkannya), barang siapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah memenuhi hajatnya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang Muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kepayahan dari kepayahan-kepayahan hari Kiamat. Barang siapa yang menutup aib maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat” [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]
Imam Ibn Hajr menerangkan maksud “la yuslimuhu / membiarkan” iaitu “la yatrukuhu ma’a man yu’zihi wala fi ma yu’zihi, bal yansuruhu wa wa yadfa’u anhu” (tidak boleh meninggalkan dia bersama-sama dengan orang yang akan mengganggunya dan tidak dalam keadaan yang mengancamnya, bahkan dia hendaklah menolong dan menolak apa-apa yang mengancam Muslim tadi. [Syarah Fathul Bari, Hadis no #2262, Min Muqawwinmat Nafsiah Islamiah, Hizbut Tahrir ms 67]
Tidakan kejam pemimpin Muslim Mesir ini jelas-jelas haram dan menyalahi perintah Rasulullah saw. Dia telah membiarkan jemaah haji Palestin untuk balik ke rumah mereka di Ghaza melalui pos sempadan entiti Yahudi yang mana tentera Zionis Yahudi bersiap sedia untuk mengacau ketenteraman mereka. Nampaknya ‘sabda’ dari Rejim AS dan entiti Yahudi lebih ditaati oleh pemimpin Mesir ini dari sabda Rasulullah saw. Semoga azab Allah menimpa mereka yang zalim. Amin.