Jihad Adalah Wajib Tanpa Mengira Betapa Lemah Atau Kuatnya Kita, Dan Allah Pasti Akan Memberikan Kemenangan Kepada Kita Terhadap Musuh-Musuh Kita

Dalam wawancara bersama TV3 dalam segmen “Soal Rakyat” pada 10/07/2019, Menteri Pertahanan Mohamad Bin Sabu meluahkan terima kasih kepada kerajaan dahulu kerana meletakkan Malaysia sebagai negara berkecuali dan beliau seterusnya berkata “Kita mesti kekalkan Malaysia sebagai negara berkecuali dan kita lebih mengutamakan dialog dan diplomasi pertahanan dengan negara-negara kuasa besar khasnya Amerika dan China yang sedang merebut pengaruh di rantau ini. Kita berbaik-baik dengan kedua-dua negara tersebut. Polisi kita ialah mereka berdua merupakan rakan dagang, rakan bermuamalat dan rakan dialog”. Dalam wawancara itu juga, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, turut menjelaskan maksud ucapan beliau semasa Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, Dialog Shangri-La di Singapura pada 1 Jun, di mana beliau mengatakan “Kapal pesisir pantai China lebih besar daripada kapal perang Malaysia, bagaimana kita mahu mengejar mereka. Jadi kita tidak dapat melawan mereka.” Ungkapan “kita tidak dapat melawan mereka” bermaksud “kita tidak mahu berperang dengan mereka”, jelas Mat Sabu dalam wawancara tersebut. Penjelasan yang sama telah diberikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia itu semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 03/07/2019 di mana beliau menegaskan bahawa maksud kata-kata beliau “kita tidak dapat melawan mereka” ialah “kita tidak mahu berperang dengan mana-mana kuasa besar.”

Siapa tidak kenal Mat Sabu yang pernah dijolok sebagai ayam sabung Parti Islam SeMalaysia (PAS) suatu ketika dahulu? Selama 39 tahun beliau menjadi pembangkang yang cukup tegar dan lantang mengkritik apa sahaja polisi kerajaan termasuklah dalam isu-isu antarabangsa sehingga menyebabkan beliau sering meringkuk dalam penjara. Siapa tidak kenal hero demonstrasi PAS ini yang sudah tidak terhitung jumlah demonstrasi yang dipimpin dan disertainya, termasuklah di hadapan kedutaan Amerika bagi membantah campur tangan Amerika di dunia Islam, dan juga kerjasama erat Amerika-Yahudi dalam membunuh umat Islam, khususnya di tanah Palestin yang diberkati? Kini, setelah bergelar Menteri Pertahanan, segalanya berubah! Apabila kuasa sudah berada di tangan, bukan hanya tindakan, malah ucapan sekalipun dikeluarkan dengan penuh hati-hati kerana khuatir mengguris hati musuh-musuh Allah (swt) seperti Amerika dan China! Lebih buruk daripada itu, hilang sudah perjuangan Islam dan segala kritikan kepada kuasa-kuasa besar telah diganti dengan polisi berbaik-baik atas dasar manfaat dan ketakutan!

Bagaimana mungkin seorang yang mendakwa dirinya mempunyai fikrah Islam, tetapi setelah berkuasa terus mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali? Tidakkah beliau sedar bahawa dasar berkecuali selama-lama bermakna menghapuskan hukum jihad fi sabilillah? Bagaimana mungkin seorang yang sejak 39 tahun lepas mendakwa dirinya sebagai pejuang Islam, tetapi setelah berkuasa, ingin mengamalkan dasar berbaik-baik dan tidak mahu berperang dengan negara muharibah fi’lan (negara kufur yang sedang memerangi Islam) seperti Amerika dan China? Bagaimana mungkin seorang yang selama ini terkenal berani dan kental melawan musuh politiknya, tetapi setelah berkuasa, terus mengalah dan tunduk kepada musuh Allah (swt), musuh RasulNya (saw) dan musuh kaum Mukminin seperti Amerika dan China? Ya kita boleh berkawan dengan mereka, tetapi hanya setelah mereka menukar polisi mereka terhadap Islam dan umatnya, serta mereka mengakujanji akan patuh kepada Islam.

Wahai Menteri Pertahanan! Setelah berkuasa, bagaimana mungkin anda menjadikan musuh anda, musuh Allah (swt), musuh RasulNya (saw) dan musuh kaum Mukminin sebagai rakan baik, rakan dagang dan rakan dialog? Setelah berkuasa, sudah lupakah anda dengan ayat-ayat Allah (swt) yang begitu banyak di dalam Al-Quran yang memerintahkan jihad fi sabilillah, khusus ditujukan kepada anda sebagai orang yang memegang kuasa tentera? Setelah berkuasa, sudah lupakah anda akan kewajipan untuk memerangi musuh-musuh Allah (swt) sehingga mereka tunduk kepada Islam dan membayar jizyah? Setelah berkuasa, sudah lupakah anda akan kewajipan untuk membebaskan kaum Muslimin yang ditindas, untuk membebaskan tanah-tanah kaum Muslimin yang dirampas, untuk membuka (futuhat) negeri-negeri baru dan untuk menyebarkan rahmat Allah (swt) ke seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad? Setelah berkuasa, sudah lupakah anda akan janji Allah (swt) bahawa berapa banyak daripada golongan yang sedikit dan dilihat sebagai lemah, namun berjaya mengalahkan golongan yang ramai dan dilihat kuat, dengan izin Allah (swt)? Sudah lupakah anda bahawa Rasulullah (saw) dan para sahabat telah memerangi dan berjaya mengalahkan dua empayar besar di zaman mereka iaitu Rom dan Farsi? Sudah lupakah anda bahawa Allah (swt) telah menjanjikan kemenangan kepada orang-orang Mukmin dalam mengalahkan musuh-musuhNya? Sudah lupakah anda pada semua ini?

Wahai kaum Muslimin! Kita telah menyaksikan banyak bukti di seluruh dunia, sebagaimana kita telah saksikan di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu, bahawa perjuangan Islam yang dibalut dengan sistem demokrasi, sesungguhnya tidak pernah memberi kemenangan kepada Islam, walaupun parti Islam berjaya menang dan berada di tampuk kekuasaan. Siapa pun yang menjadi pemimpin dalam sistem ini akan tunduk kepada ‘pencipta’ sistem ini iaitu Barat. Ia akan memimpin dengan kehendak Barat dan memimpin untuk mendapat redha Barat, walaupun perjuangannya sebelum ini ialah atas nama Islam dan kelihatan seperti anti-Barat. Sesungguhnya demokrasi telah melahirkan ramai pemimpin yang hipokrit dan akan terus melahirkan pemimpin yang hipokrit. Satu-satunya perjuangan Islam yang benar ialah perjuangan yang bersih lagi murni tanpa dibaluti sedikit pun dengan ‘ajaran’ Barat, dan bukan perjuangan atas dasar semangat dan kepentingan duniawi, tetapi perjuangan untuk menerapkan Islam sebagai sebuah ideologi berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah di bawah naungan Daulah Khilafah Rashidah ala minhaj nubuwwah.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Selasa, 13 Zulqa’idah 1440 H
16/07/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 11


Press Release

Jihad is Fard Regardless of How Weak or Strong We are, and Allah (swt) Shall Grant Us Victory Over Our Enemies

In an interview with TV3 in a program called “Soal Rakyat” on 10/07/2019, Minister of Defence Mohamad Bin Sabu expressed his gratitude to the previous government for putting Malaysia as a Non-Aligned Movement (NAM) and he further said, “We must keep Malaysia as a NAM and our preference is to have dialogue and defence diplomacy with major powers such as the United States of America and China which are struggling to have influence in this region. We befriend both countries. Our policy is that they are our partners in trade, business and dialogue.” In the said interview, Mohamad Sabu or better known as Mat Sabu, also explained his speech during the 18th IIS said, “The Chinese coast guard is bigger than Malaysian warship, how come we are going to chase them. So, we cannot fight with them.” According to Mat Sabu, the phrase “we cannot fight with them” means “we do not want to have war with them.” The same explanation was given earlier by him in response to questions in Dewan Rakyat (the House of Representatives) on 03/07/2019 where he asserted that “we cannot fight with them” means “we do not want to have war with any superpower.”

Who does not know Mat Sabu who was once dubbed as “ayam sabung” (the fighting cock) of Parti Islam SeMalaysia (PAS)? For the past 39 years since his involvement in politics, he was very firm and outspoken in criticizing and opposing whatever policies the ruling government implemented, including international issues, which resulted in him being frequently jailed. Who does not know this heroic demonstrator of PAS, who has led and participated in countless demonstrations, including those in front of the American embassy to protest the American intervention in the Muslim world, as well as the American-Jewish close cooperation in killing the Muslims, especially in the blessed land of Palestine? Now, after becoming the Minister of Defence, everything has changed! When power is in his hands, his actions and even speech are cautiously delivered so as not to break the hearts of the enemies of Allah (swt) like America and China! Worse, his struggle for Islam and all criticisms to the superpowers have died out and replaced with friendly policies based on benefit and fear!

How could a person who claim himself to have Islamic thoughts, but after being in power, keep Malaysia as a non-aligned country? Does he not realize that the long-lasting non-aligned policy means the abolition of Jihad Fi Sabilillah? How could a person who for the past 39 years claimed to be the defender of Islam, but after being in power, wishes to create a friendly policy and do not want to fight with the warring belligerent countries such as America and China? How could a person who was so courageous and bold against his political enemies, after being in power, immediately submit and succumb to the enemies of Allah (swt), the enemies of His Messenger (saw) and the enemies of the Believers, like America and China? Yes, we can befriend them, but only after they changed their policies towards Islam and its Ummah, and undertake to submit themselves to Islam!

O Minister of Defence! After being at the throne, how could you make your enemies, the enemies of Allah (swt), the enemies of His Messenger (saw) and the enemies of the Believers as good friends, trading partners and dialogue partners? After being at the throne, have you forgotten the verses of Allah (swt) in Al-Quran calling for Jihad Fi Sabilillah, specifically addressed to you as a person holding the military power? After being at the throne, have you forgotten the obligation to fight the enemies of Allah (swt) until they submit to Islam and pay Jizyah? After being at the throne, have you forgotten the obligation to free the oppressed Muslims, to liberate the Muslims’ occupied territories, to open (Futuhat) new lands and to spread the Rahmah (mercy) of Allah (swt) to the whole world by way of Da’wah and Jihad? After being at the throne, have you forgotten the promise of Allah (swt) in that how often a small group which appeared to be weak ended up defeating a mighty host and looked strong, with the will of Allah (swt)? Have you forgotten that Rasulullah (saw) and his Companions have fought and managed to defeat two major empires at that time, Rome and Persia? Have you forgotten that Allah (swt) has promised victory to Muslims over His enemies? Have you forgotten all these?

O Muslims! We have witnessed much evidence across the globe, as we have witnessed in Malaysia over the last decades, that any Islamic struggle enveloped in the democratic system has never made Islam victorious, despite the victory of the democratic Islamic party. Whoever turns out to be the leaders in this system will submit to the ‘creator’ of this system i.e. the West. They will lead in line with what the West wants, and will lead to gain the West’s mercy, even though their earlier struggle was in the name of Islam and manifestly anti-Western. Indeed, democracy has produced many hypocritical leaders and will continue to produce such leaders. The one and only true work for Islam is a clean and pure work without even a trace of Western ‘teachings’, and is not based on spirit or any worldly gains, but a work that struggles to implement Islam as an ideology based on Al-Quran and As-Sunnah under the shield of the Righteous State of the Caliphate (Khilafah) upon the method of the Prophethood.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

16/07/2019 CE
Tuesday, 13th Dhul Qi’dah 1440 AH
Ref: HTM 1440 / 11