Jurucakap HTI: Hentikan Kontrak Freeport!
JAKARTA, HTI Press – Persoalan Freeport yang semakin memanas telah mengundang perhatian banyak organisasi bukan kerajaan (NGO). Pada hari Isnin (14/12/2015) delegasi dari Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) bersama dengan beberapa organisasi lain seperti Sarikat Islam, Bela Negara, Islamic Brotherhood, Laskar Antikorupsi Pejuang 45 (LAKI 45) telah mengunjungi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan diterima oleh Wakil Ketua DPR Republik Indonesia, Fahri Hamzah.
“Dalam Islam, bahan galian seperti emas merupakan milkiyah ‘ammah (pemilikan umum), tidak boleh diserahkan kepada swasta, baik domestik mahupun asing. Oleh itu, berhubung dengan sambungan kontrak Freeport hanya ada satu kata, ‘Hentikan kontrak Freeport!’” ujar Jurucakap HTI, Ismail Yusanto.
Mayjen Kivlan Zein dari Bela Negara berkata, “Indonesia saat ini telah dikuasai oleh pihak luar, penyangak dan ejen, termasuk dalam kes Freeport. Kita mesti menyelamatkannya.”
Hal yang senada disampaikan oleh Setiausaha Agung LAKI 45, Hasbi Ibrahim, “Jangan sampai kes MKD menjauhkan inti persoalan. Masalah yang justeru mesti diselesaikan adalah, hentikan kontrak Freeport”.
“Tidakkah sebaiknya DPR memikirkan adanya Jawatankuasa Khusus Freeport,” tambah M Rahmat Kurnia, salah seorang delegasi HTI.
Ketua Islamic Brotherhood, Prof. Musjbi menasihatkan, “Para anggota DPR Muslim hendaklah berpegang kepada syariat Islam, termasuk dalam masalah Freeport. Jangan serahkan kepada asing!”
Terakhir, seorang lagi delegasi HTI, Rokhmat S Labib mengingatkan, “Jawatan ini hanya sementara, maka para pemegang jawatan termasuk DPR dan pimpinannya mesti menggunakan kekuasaannya untuk membela Islam dan kaum Muslimin. Salah satu kekuasaan, hentikan Freeport! Jangan sampai menyesal kelak apabila dihisab oleh Allah SWT di akhirat”.
Menanggapi pandangan para tokoh tersebut, Fahri Hamzah mengatakan apa yang disampaikan itu adalah selaras. “Kami sedar apa yang sedang terjadi, kerana itukami sedang berusaha mendorong terbentuknya Jawatankuasa Siasatan Khusus Freeport”.