Kafir Harbi: Istilah syarak yang ada kesan hukum, bukan sekadar perbincangan ilmiah – Jurucakap HTM

BULETIN HTM – Persoalan siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kafir harbi dan bolehkah istilah tersebut digunakan terhadap bukan Muslim di Malaysia telah dikupas oleh Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman dalam program Kupas Tuntas Bersama Jurucakap HTM bertajuk “Siapakah Kafir Harbi?”, pada Jumaat, 14 Ogos 2026, jam 9.30 malam.
Tema tersebut dipilih susulan perbincangan mengenai istilah kafir harbi yang menurut beliau telah mendapat perhatian beberapa orang mufti termasuk Menteri Agama.
Ustaz Abdul Hakim berkata, antara perkara yang dilaporkan berhubung perbincangan tersebut ialah kenyataan bahawa bukan Muslim yang berada di Malaysia tidak sesuai disebut sebagai kafir harbi. Menurutnya, isu ini perlu diperhalusi kerana istilah kafir harbi mempunyai pengertian hukum tertentu dan tidak boleh difahami secara terpisah daripada kategori-kategori lain seperti kafir zimmi, mu‘ahid, dan musta’min serta tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan mengenai Darul Islam dan Darul Kufr.
Beliau menjelaskan bahawa pembahasan mengenai kategori orang kafir bukanlah sesuatu yang baharu dalam fiqh Islam. Ia telah dibahaskan oleh para ulama sejak dahulu dan turut dihuraikan dalam kitab-kitab Hizbut Tahrir khususnya Asy-Syakhsiyyah al-Islamiyyah Jilid II.
Menurut beliau, memahami kategori tersebut penting kerana setiap satu daripadanya mempunyai hukum yang berbeza.
“Bila kita membincangkan orang kafir, kenapa kita perlu kategorikan mereka? Sebab kategori itu akan menentukan hukum yang terpakai ke atas mereka,” jelasnya.
Pengkategorian ini telah dilakukan oleh ramai ulama sejak dulu, dan ia bukan dibuat sekadar untuk membezakan, tetapi kerana terdapat pelaksanaan hukum muamalat, uqubat, dan lain-lain yang berbeza-beza di antara masing-masing kategori di samping adanya persamaan.
Beliau seterusnya menerangkan bahawa perkataan harb membawa maksud perang, tetapi istilah kafir harbi tidak boleh difahami secara mudah sebagai bermakna setiap orang kafir yang sedang berperang dengan umat Islam.
Ustaz Abdul Hakim menjelaskan bahawa perbincangan mengenai kafir harbi perlu diletakkan dalam konteks hubungan antara Darul Islam dan Darul Kufr. Daripada hubungan inilah lahir beberapa kategori hukum yang berbeza ke atas jenis-jenis kafir yang berbeza seperti mu‘ahid, musta’min dan harbi.
Kafir mu‘ahid, katanya, merujuk kepada orang kafir yang negara mereka (Darul Kufr) mempunyai perjanjian dengan negara Islam (Darul Islam). Selagi perjanjian tersebut masih berkuat kuasa, hubungan kedua-dua pihak terikat dengan perjanjian berkenaan.
Kafir musta’min pula ialah orang kafir yang diberikan kebenaran atau jaminan keamanan untuk memasuki negara Islam. Beliau memberikan contoh pemberian visa di zaman moden ini sebagai gambaran mudah untuk memahami bentuk izin masuk dan jaminan keamanan tersebut.
Ustaz Abdul Hakim kemudian menghuraikan kedudukan kafir harbi. Menurutnya, seseorang atau sesebuah negara boleh berada dalam kategori harbi fi’lan atau harbi hukman, iaitu pada asalnya berada di luar perlindungan dan hubungan negara Islam.
Namun, status hubungan tersebut boleh berubah apabila wujud perjanjian atau jaminan keamanan. Pihak yang mempunyai perjanjian menjadi mu‘ahid, manakala individu yang diberikan keamanan menjadi musta’min, walaupun asalnya datang daripada Dar al-Harb.
Beliau turut membezakan keadaan tersebut dengan harbi fi‘lan, iaitu kafir yang benar-benar berada dalam keadaan peperangan dengan negara Islam atau secara nyata memerangi umat Islam.
Menyentuh kafir zimmi, beliau menjelaskan bahawa mereka ialah orang bukan Muslim yang menjadi warga negara Islam dan berada di bawah zimmah atau perlindungan negara. Antara hukum yang berkaitan dengan status tersebut ialah pembayaran jizyah.
Jurucakap HTM kemudian mengembalikan isu kepada persoalan asal iaitu apakah non-Muslim di Malaysia boleh dipanggil sebagai kafir harbi, atau jika tidak boleh, bolehkah mereka dipanggil sebagai kafir zimmi?
Menurut beliau, mereka tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi, kerana kafir harbi merujuk kepada kaum kafir di luar Darul Islam. Walaupun Malaysia bukan Darul Islam, tetapi takrifan harbi itu sendiri tidak mencakupi kafir yang ada di dalam negara. Orang kafir di Malaysia juga tidak boleh digelar kafir zimmi kerana status zimmi mempunyai definisi syarak tersendiri yang terkait dengan pembayaran jizyah. Hal ini tidak berlaku di Malaysia hari ini, ujar beliau.
Justeru, apabila ditanya apakah gelaran yang lebih tepat terhadap bukan Muslim warganegara Malaysia dalam keadaan ketiadaan Darul Islam hari ini, Ustaz Abdul Hakim mengumpamakannya dengan keadaan sebelum terbentuknya Daulah Islam di Madinah.
“Bagi saya, status mereka ialah sebagaimana orang kafir yang ada di Mekah pada waktu sebelum berdirinya Daulah Islam di Madinah. Kalau dia musyrik, maka dia adalah kafir musyrikin. Kalau dia Ahli Kitab, maka dia adalah kafir Ahli Kitab,” katanya.
Di akhir program, Ustaz Abdul Hakim menegaskan bahawa perbincangan mengenai kafir harbi, kafir zimmi, musta’min dan mu‘ahid tidak sepatutnya berhenti sebagai perbahasan akademik ataupun sekadar untuk memberikan kepuasan intelektual, kerana ada hukum yang berbeza-beza yang wajib diterapkan ke atas mereka oleh negara.
Kafir harbi memang ada sekarang, dan mereka ialah Amerika dan entiti Yahudi dan mana-mana negara yang sedang memerangi umat Islam. Berdasarkan hukum, pemerintah kaum Muslimin, termasuk Malaysia, wajib mengisytiharkan jihad ke atas kafir harbi ini. Malangnya perkara ini tidak dilakukan. Palestin dibiarkan begitu sahaja untuk dibantai oleh kafir harbi ini. Begitulah yang terjadi apabila persoalan kafir harbi dijadikan hanya sekadar perbincangan ilmiah, kata beliau,
Namun, apabila kembalinya Khilafah, kesemua kaum kafir akan “dilayan” berdasarkan pengkategorian masing-masing sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah, tegas beliau.