Kapitalisme Mengsensarakan Manusia Dengan Piala Dunia

Warga Afrika Selatan bantah belanja mewah Piala Dunia

DURBAN
: Beribu-ribu penduduk Afrika Selatan mengadakan perarakan membantah belanja mewah Piala Dunia dan pemecatan kakitangan keselamatan, mencetuskan satu lagi perkara memalukan kepada penganjur.

Ketika negara itu menyambut ulang tahun ke-34 Soweto, kebangkitan menentang pemerintahan aparteid, kira-kira 3,000 orang berarak di Durban mengutuk FIFA dan kerajaan kerana memberi keutamaan kepada perbelanjaan menganjur Piala Dunia ketika berjuta-juta penduduk hidup dalam kemiskinan.    “Keluar mafia FIFA!” jerit penunjuk perasaan di sebuah taman di Durban, di mana mereka disertai sebilangan pekerja yang terbabit dalam rusuhan dengan polis Isnin lalu ketika mengadakan tunjuk perasaan berkenaan gaji mereka.   Tunjuk perasaan Isnin lalu oleh pekerja terbabit menyebabkan polis Afrika Selatan terpaksa mengawal stadium yang menjadi tumpuan Piala Dunia di Cape Town, Port Elizabeth, Johannesburg dan Durban.
Sebanyak 40 peratus daripada penduduk negara itu masih hidup dalam kemiskinan dengan purata pendapatan kurang AS$2 (RM6.4) sehari. – AFP

Sumber : Berita Harian,17/06/2010

Kapitalisme Mengsensarakan Manusia Dengan Piala Dunia

Inilah salah satu dari keburukan sistem dan aspirasi penerapam sistem Kapitalisme. Lihatlah bagaimana warga Afrika Selatan yang saat ini negara mereka menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2010 membantah penganjuran pesta sihir yang terbesar bagi tahun 2010 ini. Mereka menyedari bahawa penganjuran Piala Dunia itu tidak memberikan apa-apa bagi Afrika Selatan melainkan hanya akan menguntungkan segelintir para pemilik modal yang berkuasa saat ini. Kita yakin berbilion ringgit telah digunakan oleh kerajaan Afrika Selatan semata-mata untuk menjayakan pesta sihir ini sedangkan realitinya, dilaporkan sebanyak 40 peratus daripada penduduk negara itu masih hidup dalam kemiskinan dengan purata pendapatan kurang AS$2 (RM6.4) sehari. Jelas sekali sistem Kapitalisme yang menguasai dunia saat ini, termasuklah di Afrika Selatan telah gagal untuk memakmurkan kehidupan umat manusia.

Hakikatnya hanya sistem kehidupan yang berasaskan ideologi Islam sahajalah yang telah terbukti mampu membawa kesejahteraan kepada manusia. Catatan kegemilangan Islam yang lampau tatkala zaman kegemilangan Khilafah suatu masa dahulu pernah mencatatkan tinta emasnya apabila sebahagian dari benua Afrika yang berada di bawah kekuasaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz terbebas dari belenggu kemiskinan apabila tidak ada sesiapapun yang layak menerima zakat dari kawasan tersebut. Untuk itu wahai seluruh umat Islam, berhati-hatilah dan jauhilah sihir yang menipu ini. Firman Allah SWT:

”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al- Anbiyaa’ (21) :107].

Lihat SN073 – BOLA SEPAK – Pesona Yang Melalaikan & SN222- Sihir Piala Dunia 2010