Karadzic dah ditangkap, Bush hanya menunggu masa…
Sebelum itu Amerika telah berlagak baik dengan menawarkan USD$5 juta kepada sesiapa yang berjaya menangkap atau memberi maklumat sehingga tertangkapnya si Karadzic ini. Selama 13 tahun Karadzic dilaporkan hidup dalam penyamaran sebagai Dr. Dragan David Dabic yang mengamalkan teknik perubatan alternatif dan psikologi di bawah syarikat bernama “Human Quantum Energy”.
Pelbagai reaksi dapat kita lihat sejak penangkapan Karadzic diumumkan. Antaranya ialah seperti yang dapat ditonton dalam TV3 pada malam 21 Julai 2008, di mana penduduk di Serbia dan Bosnia berpesta di jalanan setelah diumumkan penangkapan Karadzic ini. Tidak kurang yang mengucap syukur dan berterima kasih atas “berita gembira” ini yang amat mereka nantikan sekian lama. Namun ada juga penyokong Karadzic yang marah dengan apa yang terjadi.
Dalam pada masyarakat dunia bergembira dengan penangkapan penjenayah perang paling dikehendaki ini, sebahagian besar penduduk dunia telah lupa bahawa sebenarnya bapa kepada segala penjenayah perang dunia masih hidup bebas dan dihormati. Siapa lagi kalau bukan si Bush laknatullah! George Bush, Tony Blair dan sekutu mereka masih lagi terlepas bebas, walhal mereka ini berada di tangga pertama dan kedua ranking penjenayah perang yang paling zalim di abad ini. Sejak dulu hingga kini, kedua penyangak ini masih hidup bebas dan mewah dan dalam Bush laknatullah masih lagi aktif memburu mangsa siang dan malam. Pelbagai kerosakan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah No. 1 dunia ini, khususnya ke atas umat Islam. Perang yang dilancarkan ke atas Afghanistan masih berlangsung hingga kini. Begitu juga Iraq, pertempuran demi pertempuran masih terus berlaku. Askar AS masih lagi ramai ditempatkan di Iraq dan juga Afghanistan atas perintah Presiden regim AS ini.
Sekiranya diteliti dari fakta yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, jumlah korban yang dilakukan oleh tangan Bush laknatullah dan sekutunya, di Afghanistan, dilaporkan seramai lebih daripada 50,000 telah terkorban semenjak 2001 manakala di Iraq pula, jumlah korban mencecah 100,000 orang. Jumlah ini pastinya belum termasuk jumlah korban akibat kebuluran, wabak penyakit dan lain–lain kesan akibat perang yang dilancarkan oleh Bush celaka ini.
Jumlah korban yang dilakukan Bush dan Blair pastinya lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah korban yang telah dilakukan oleh Karadzic (sekiranya “jumlah korban” yang menjadi ukuran). Justeru, kalau Karadzic dianggap sebagai penjenayah perang yang paling dikehendaki di Eropah, maka gelaran yang layak untuk Bush adalah penjenayah perang yang paling dikehendaki di dunia. Namun, apa yang berlaku sekarang, penjenayah No.1 dunia ini masih bebas ke sana ke mari menjaja cerita dongeng terorisnya dan agenda demokrasi basinya. Sekiranya Karadzic ditangkap setelah sekian lama menyembunyikan diri, kenapa pula Bush, penjenayah perang yang paling kejam di abad ini, yang berada jelas di depan mata, masih dibiarkan bebas melakukan kerosakan dan pembunuhan?
Sudah semestinya, pengganas dan penjenayah No.1 dunia ini akan terus bebas terlepas dalam keadaan AS masih lagi negara super power dan sistem Kapitalis masih lagi mengatur dunia. Namun, bila Daulah Khilafah tegak nanti, maka penjenayah seperti Bush ini Insya Allah tidak akan dibiarkan oleh Khalifah untuk terus merosakkan dunia ini dan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Apabila terwujudnya Khilafah sedikit masa lagi, maka AS tentunya ibarat buku bertemu ruas, dan kemenangan pasti akan berpihak kepada umat Islam, dengan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla. ALLAHU AKBAR!