Keberanian Pemuda Hizbut Tahrir di Hadapan Tony Blair
Pemuda yang berumur 25 tahun itu bernama Ali Muhammad, seorang syabab Hizbut Tahrir. Ia memegang beg kertas di tangan kirinya, mengangkat tangan kanannya sambil berteriak ke arah Tony Blair, “Kamu teroris!”. Walaupun pihak keselamatan mengerumuni dan memukul pemuda tersebut, ia masih lagi berteriak. Para pengawal Blair dan penjaganya menolak pemuda tersebut ke belakang sehingga akhirnya tersepit ke dinding bahagian belakang masjid.
Pelbagai media tempatan dan antarabangsa melaporkan konfrontasi politik yang berlaku pada hari Selasa lalu antara Ali Muhammad, salah seorang syabab (aktivis) Hizbut Tahrir dan Tony Blair. Ketika itu Blair sedang berjalan-jalan dalam Masjid Ibrahimi di Hebron, didampingi oleh tokoh-tokoh Palestin serta mendapat perlindungan daripada pasukan keselamatan penguasa Palestin.
Seungguhnya dalam hal ini, Ali telah bersikap berani dan bercakap secara berterus terang di hadapan Blair yang telah membunuh kaum Muslimin di Iraq dan Afghanistan. Berkenaan hal ini, Hizbut Tahrir ingin menegaskan fakta-fakta berikut:
Blair adalah seorang penjahat yang begitu memusuhi Islam dan kaum Muslimin. Selama ia memimpin Dewan Kabinet Britain, tindakan dan sikapnya telah menunjukkan fakta ini. Dia sentiasa berkonspirasi bersama para penjahat yang lain dalam masalah Palestin.
Sesungguhnya Ali Muhammad telah bangun di atas akidah Islam, serta memahami hukum-hukum Islam tentang bagaimana menghadapi kaum kafir penjajah. Daripada motivasi ideologi tersebut, maka ia pun melakukan tindakan yang menjadi sorotan umum ini.
Sikap berani yang diperlihatkan oleh Ali ini adalah tindakan spontan, yang boleh saja terjadi pada mana-mana Muslim yang memiliki kesedaran dan keimanan ketika melihat Blair sedang berjalan-jalan di salah satu masjid di antara masjid-masjid kaum Muslimin yang terkenal, walhal kita tahu bahawa Blair adalah orang yang telah membunuh kaum Muslimin dan menjadikan anak-anak mereka yatim piatu.
Tindakan Ali ini merupakan tindakan seorang Mukmin yang cukup berani kerana beliau tidak berteriak pada Tony Blair dari jauh atau dari belakang, tetapi ia berdiri di hadapannya ibarat gunung yang berdiri kukuh lalu dengan berterus terang ia berkata: “Blair, kamu teroris!”, “Kamu telah membunuh ribuan kaum Muslimin!”, “Blair, keluar dari masjid!”,
“Tidak ada sambutan dan ucapan selamat bagi kamu!”. Namun, para pengawalnya mencegah Ali daripada meneruskan teriakannya. Mereka menutup mulut Ali dengan kuat sekali, sementara Ali berusaha meneruskan hujahnya. Bahkan, Ali meminta kepada jabatan keselamatan agar membiarkannya meneruskan apa yang ingin ia katakan, tetapi anggota pasukan keselamatan tetap melarangnya.
Daripada pelbagai laporan dan foto-foto di media, dapat dilihat dengan jelas pelakuan kejam dan keji terhadap Ali oleh anggota pasukan keselamatan, iaitu tindakan yang telah menjadi tradisi yang sentiasa dijalankan sejak Jeneral Dayton menguasai pasukan keselamatan. Sehinggakan mereka boleh melakukan penindasan dan penyeksaan terhadap setiap orang yang menentang rancangan penguasa Palestin, yang mengakui keberadaan negara Yahudi, dan selalu seirama dengan rancangan orang-orang kafir.
Pasukan keselamatan telah menangkap Ali dan pada saat penangkapannya, Ali telah dipukul serta diperlakukan dengan kejam. Begitu juga selama dalam tahanan, ia tidak henti-henti diseksa secara fizikal dan diperlecehkan, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia. Kemudian, ia diancam akan dihancurkan tulang-tulangnya dan akan dibunuh. Sesungguhnya perilaku yang hina ini menunjukkan tahap pendidikan moral yang dicapai oleh para anggota pasukan keselamatan ini melalui pelbagai program dari Dayton.
Sesungguhnya para rejim, penguasa dan pengikutnya, kesemuanya setia kepada musuh umat Islam. Mereka ini lebih memilih untuk menyerahkan leher umat Islam kepada musuhnya daripada pada memihak dan menyokong generasi umat Islam yang berani berkata-kata dengan terus terang terhadap musuh dan orang-orang zalim. Akibatnya, mereka tidak segan silu menangkap dan menyeksa generasi umat Islam tersebut.
Sesungguhnya umat Islam adalah bangsa yang hidup, yang melahirkan generasi demi generasi. Umat Islam, melalui mereka yang beriman (dengan izin Allah dan pertolonganNya) akan membuat jalan menuju kedudukan (posisi) yang tinggi bagi umat Islam di antara bangsa-bangsa yang lain dengan mendirikan negara umat Islam iaitu Daulah Khilafah yang akan menegakkan agama ini dan menyatukan kaum Muslimin. Pada saat itu, Khilafah akan memberi pengajaran kepada musuh-musuh umat Islam dan orang-orang yang setia kepada mereka di antara para penguasa yang zalim.
“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”[TMQ. Asy-Syu’ara (26) : 227]
Subhanallah. Demikianlah sepatutnya seorang Muslim yang berani dengan tegas untuk mengatakan kebenaran walaupun ia harus menghadapi risiko. Biar siapapun orangnya, mereka yang beriman seharusnya bertindak seperti pemuda berani tersebut ketika mana berhadapan dengan penguasa yang telah membunuh saudara mereka, dan bukan seperti para penguasa dan ulamak yang jahat yang masih lagi boleh bersalaman serta menyambut kedatangan seorang pembunuh.