Kebiadapan si kafir kerana kebebasan bersuara jaminan demokrasi

Berita:

KUALA LUMPUR: “Kalau anda (ahli Parlimen) semua rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang,” itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Jawapan Loke itu mencetuskan kekecohan khususnya di kalangan ahli pembangkang yang menyifatkan isu pemakaian pramugari yang terlalu mencolok mata tidak sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam. Menurut Loke lagi, setiap syarikat penerbangan bebas memilih pakaian korporat masing-masing selagi mampu menjalankan tugas keselamatan dengan baik.

Berita penuh: bharian.com.my

Komentar:

Sejak kebelakangan ini, emosi umat Islam tidak putus-putus diusik oleh para kuffar di Malaysia yang semakin berani dan lantang mempersenda Islam dan hukumnya. Keadaan ini bertambah buruk apabila menteri-menteri yang beragama Islam pula lebih bersifat defensif dan meletakkan  Islam di kandang tertuduh. Tiada satu pun kenyataan balas daripada menteri-menteri yang memegang jawatan penting negara untuk membela Islam walaupun hanya dengan satu ayat. Ternyata agenda kerajaan baharu Malaysia untuk memperkasa hak bersuara semakin menghimpit umat Islam yang telah memenangkan mereka sebelum ini atas alasan inginkan keadilan yang didamba-dambakan.

Hakikat yang perlu diketahui umat Islam di Malaysia hari ini ialah, semua ini berlaku hasil daripada tindakan mereka sendiri iaitu membela sistem demokrasi yang menjamin kebebasan bersuara dan terus menyuburkannya bersungguh-sungguh dengan cara mengambil bahagian dalam pengundian malahan mempromosi parti masing-masing bahawa merekalah yang paling demokratik! Akhirnya apabila parti yang diundi memanifestasikan asas perjuangan mereka iaitu kebebasan bersuara, ia memakan diri sendiri.

Wahai umat Islam di Malaysia, walaupun situasi seperti ini bukanlah yang pertama kali, namun peristiwa ini masih lagi tidak mampu mengetuk minda anda bahawa sistem pemerintahan yang anda junjung inilah yang telah membuat anda sakit hati di kemudian hari. Tamatkanlah penghinaan puak kuffar ini dengan meninggalkan sistem demokrasi ini, dan bersatulah untuk menegakkan Islam kaffah melalui penegakkan Daulah Khilafah yang akan menghukum sesiapa sahaja yang berani mempersenda Islam dan hukumnya. Tidak ada gunanya jika kita melenting, namun tindakan yang sama dilakukan berulang kali; turun mengundi dalam sistem demokrasi dengan harapan Islam akan terbela di kemudian hari.

Shah Sinan
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia